Bahan-bahannya:
- 4 ekor ketam
- 10 biji lada kering
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit garam, gula
Cara penyediaanya:
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih kemudian tumis hingga naik minyak.
- Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap manis dan sedikit air.
- Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan buah tomato yang di potong.
- Setelah mendidih masukkan ketam yang telah dibersihkan dan di potong.
- Masak ketam hingga isinya empuk dan hidangkan.
- Selamat mencuba!!
*Satu lagi cara boleh goreng ketam terlebih dahulu, selepas itu bolehlah masukkan ke dalam sambal.
Oleh : Wana Yusof
Resepi Ketam Berlada Lazat!!
No comments:
Post a Comment