Saya tersenyum sendiri mengenangkan manusia yang dalam menjalankan pekerjaan seharian, kadang kadang berfikir dan bertindak seperti robot tanpa menggunakan apa apa budi bicara. Tapi kan.... kita selalu melepaskan peluang untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Sebab apa? Sebab kita pandang remeh bab pahala. Ya lah benda tak nampak di mata. Kalau emas berlian, boleh dipandang dan disentuh. Teringat pesanan boss saya dulu. Bila berurusan dengan manusia, memang banyak permasalahan kerana masalah antara seorang dengan seorang yang lain tak sama. Pesan boss saya, jangan cari seribu alasan untuk menolak sebaliknya cari seribu jalan untuk membantu. Haa ingat pesanan ini tau. Hahaha. Bila kita memudahkan urusan orang, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Selain bekerja, pahala juga dapat.
Hari ini saya nak kongsikan resepi goreng cempedak yang rangup. Cempedak yang diberi oleh sahabat serta jiran kami Encik Hasbullah dan Puan Kartina yang juga buah sulong dari pokok cempedak mereka di kampung. Saya terpaksa lah menanya Pak Cik Google bagaimana cara untuk memeram buah cempedak supaya cepat masak. Dah tak sabar nak menikmati cempedak goreng. Resepi yang saya pelajari Pengasas Vida Beauty, Dato Seri Vida ini memang rangup. Krup krap krup krap saya meratah apa yang dipanggil keropok oleh Dato Seri Vida. Kalau nak tahu bagaimana rangupnya kenalah cuba memasaknya sendiri. Boleh tengok video dalam Instagram Azie Kitchen. Jom layan resepi di bawah ini...
Cempedak Goreng Rangup
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 senduk tepung beras
1/2 - 1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - opsyenal
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya
Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.
No comments:
Post a Comment