Responsive Ads Here
Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Friday, 26 May 2017

Resepi Roti Butter Golok Viral!! | Assalammualaikum resepi Roti Butter Golok Viral cukup mudah Dan sedap versi Irfan dia kurang manis... tag kawan-kawan korang semua ok.. rajin2 scroll setiap gambar ya Irfan nak korang share bukan main cc saja...


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Muhammad Irfan

Resepi Roti Butter Golok Viral!!


Bahan A :) 

500gm tepung bread
70gm gula kastor
1 tbsp susu tepung 
Sedikit garam
11gm yeast
10gm kfine cream* kalau xada hanya tambah 1 biji kuning telur 
300ml air ais 

35gm shortening



Masukkan kesemua bahan Dan masukkan 150ml air ais selepas itu sebatikan barulah masukkan 35gm shortening. Uli lagi Dan masukkan 150ml air ais sikit2 hingga menjadi doh yang lembut, licin, elastik 

Total air 300ml .......



Bulatkan doh



Timbang 70gm



Potong sebiji doh kepada 3 bahagian.



Roll doh tadi seperti di atas



Simpulkan kemas



Rehatkan 25-30 minit mengikut suhu



Bakar 180 20-25 minit sahaja dah bakar gliss dengan butter



Biarkan sejuk seketika



Palit permukaan dengan butter jangan terlampau banyak ok



Gula kastor + susu tepung atau nespray haaa ni akan kawal kemanisan roti golok tu :)



Pap pap pap dahhhh siap hahaha ok tak

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Saturday, 4 February 2017

Resepi Perut Air Asam!!


Cara Membuatnya:

1. rebus perut sampai empuk.. tinggal kan sikit air rebusan

2. cili api dan belacan goreng sekejap blend dengan air asam jawa (jangan hancur sangat)

3. hiris bawang merah dan tomato

4. garam dan perasa

Satu kan semula semua dalam periuk rebus perut tadi... gelegak kan sekejap je... perah limau nipis... siap!!!


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : siti fatimah via Group Masak Apa hari Ni (MAHN)

Resepi Perut Air Asam!!

Resepi Takoyaki Mudah!!


(Menghasilkan lebih kurang 30~40 biji)

Bahan-bahan:


Bancuhan tepung;

1 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung/ 1 sudu besar katakuriko
2 biji telur
2 cawan air
1 sudu kecil dashi
3 sudu kecil kicap jepun

Bahan inti:

Tako (sotong kurita). Boleh juga guna yang lain. Cheese pun sodap~!
Kubis cincang
Daun bawang cincang halus
Agedama/tenkasu (optional. First time buat tak letak. Kali kedua letak..) 

Topping:

Sos takoyaki
Aonori seaweed
Bonito flakes (katsuo bushi)
Mayonis jepun (mayonis biasa tak sesedap mayonis jepun tau!)


Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung-tepung dan tenkasu dalam mangkuk sederhana, lepas tu gaul sikit. Tambah dashi, telur dan secawan air. Kacau sebati.

2. Masukkan kicap jepun dan baki air sambil mengacau. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

3. Bila dah buat semua.. Boleh la start mentako ball. 

4. Masukkan minyak ke dalam tako pan. Agak agak 1/3 dari ke dalamannya gitu. Lepas tu tuang tepung agak agak separuh. Masukkan inti tako dan taburkan kubis dan bawang. Lepas tu tuang lagi bancuhan tepung sampai penuh. Melimpah sikit tak pe. 

5. Bila separuh tu dah nampak golden sikit boleh start menggolek. Kalau nak dapatkan hasil takoyaki yang rangup, bila dah terbentuk bebola tu tambahkan minyak lagi pada bebola.


Resepi Takoyaki Mudah!!
Sumber : Produk Makanan Jepun Halal

Resepi dan cara membuat Takoyaki Mudah!!

Sunday, 29 January 2017

Resepi Sambal Telur Goreng!! | Tik tok tik tok..!! siap2 nak balik keje tp dok fikir nak masak apa utk malam nanti. oohh yaa.!! masak sambal telur goreng sesimple tahap gaban jew laa iyee..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Azizah Agur



Telur digoreng dulu dan ketepikan



Tumis bahan blend iaitu bawang besar 3biji + 2 ulas bawang putih + belacan sikit. Malam nie x de cili kering so zah guna cili boh tapi cili kering kampung tau.. X berbau..



Tumis sehingga garing masukkan serbuk kunyit.guna sudu kecik.kacau rata sebati.



Masukkan air asam jawa pekat.sehingga mendidih masukkan gula. + garam secukup rasa..



Ini paling penting kesukaan en.somi. wajib ado.. bawang hiris bulat.



Bila sambal dah masak cukup rasa nye last sekali bolehlah masukkan bawang potong bulat.. masak lagi 4 minit..masukkan telur atau curah sambal kat telur pun boleh.. siap!!



Yummmsss.. pekena dgn nasi panas + kicap lemak manis & cili api potong.. layannnn...


Resepi Tomyam Ala Thai Kaw!! | Mesti ramai peminat masakan thailand terutamanya tomyam nie kan?hari ini admin kongsikan step by step sediakan tomyam istimewa.. (Resepi mungkin lain dari biasa,, inovasi. Lain padang lain belalang, haaa gituu). Hidangan untuk 7 - 10 orang makan.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Hajar Hasikin

Resepi Tomyam Ala Thai Kaw!!


satu biji bawang merah
4 ulas bawang putih



cili kering di kisar bersama bawang

Info tambahan admin : Owner resepi letak tak smpai segenggam..kalau nk pedas lagi,boleh letak segenggam atau lebih smpai terbakar lidah hahaha



bahan di kisar tadi
bawang besar
bawang putih
cili kering



5 batang serai
6 helai daun limau purut



sayur kobis bunga & lobak merah



2 biji tomato di belah 4
1 packet cendawan



kiub tomyam maggie
1/2 tin susu cair cream
yg btol kaca pnutup puteh tu pes tomyam
yg tutup biru tu pes cili thai ntahh apa namanye huhuhu.. kat pasaraya mst ada



udang
sotong
isi ayam



bawang holland hiris besar
cili padi.. nk pedas ketuk kan dia



tumis bahan kisar
serai



3 kiub maggie tomyam

Info tambahan : Bila bahan dah ditumis baru masukkan air..Agak-agak air tu setengah periuk sederhana besar



1/2 botol pes tomyam (botol kecik) lihat pada sudu





1/2 botol thai chili pes



masukkan bahan di atas



cendawan
tomato



daun limau purut



Air limau thai @ perahkan limau buang biji nye. Kalau takde boleh ganti dengan perahan limau kasturi. Perah pastu rasa, ikut selera masing masing yer



Masukan bawang holland dan cili padi



1/2 susu cair 

(isu susu/santan menjadi pendebatan hangat, hehe.. kalau taknak pakai takpe, suka lemak-lemak gituuu)



etak garam dan perasa.. ok siap di hidang dan ngapp!!..


Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Resepi Sardin Roll Bakar!! | Sedapnya sardin gulung ni. Cara buatnya mudah . Sesuai sangat buat sarapan pagi. Dengan pastry nye yg rapuh dan lemak rasa butter/marjerin. Dan rasa inti sardin yang menyelerakan

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Blog Citarasawan




Bahan pastri:

(Anggaran 15-16 biji saiz sederhana)

300 gm tepung gandum 

120 gm mentega /butter 

Air secukupnya (Saya letak dalam 4 - 5 sudu besar air sejuk)

Secubit garam 



Cara-cara:
.
Masukkan tepung gandum dan garam kedalam mangkuk besar.

Masukkan juga marjerin/ butter. Gaul rata menggunakan tangan hingga menjadi serbuk roti.

Masukkan air dan uli hingga menjadi doh licin. Tutup doh dan biar seketika.


Bahan untuk inti sardin:

1 tin besar sardin 

*1 biji bawang besar mayang halus/ potong dadu

*2 ulas bawang putih 

*2 sudu besar cili kering kisar / atau 2-3 biji cili padi jika suka pedas

1 biji cili merah - hiris nipis

Garam 

Gula

Perahan limau


Caranya:
.
Panaskan sikit minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu dan wangi. Masukkn isi ikan sardin (sosnya asingkan dahulu) . Kacau rata. Tambah dalam 3-4 sudu besar sos sardin tadi. Lenyek isi ikan. Masukkan jus limau dan perasakan garam gula. Akhir sekali tabur cili merah yang dihiris tadi. Siap


Sukatan tepung gandum gram ke cawan: 
.
45 gram = 1/4 cawan
65 gram = 1/2 cawan
90 gram = 3/4 cawan
125 gram = 1 cawan
250 gram = 2 cawan
500 gram = 4 cawan
10 gram = 2 sudu kecil
15 gram = 2 sudu besar



Doh licin yang siap diuli



Canai doh tadi ketebalan 3mm . Potong bentuk segiempat saiz 4 inc x 4 inc.



Letakkan inti sardin dan sapu hujung pastri dengan putih telur supaya mudah melekat bila siap digulung



Susun sardin gulung dalam tray dan kelar sikit dengan pisau



Panaskan oven 10 minit, 180 degree. Kemudian masukkan dalam oven tray tadi dan bakar selama 25 minit. 

Selepas 10 minit pertama keluarkan tray dan sapu sardin roll dengan kuning telur



Keluarkan tray dan sapu kuning telur yang dicampur sikit pewarna kuning pada 10 minit pertama. Kemudian masuk balik dalam oven dan sambung bakar lagi 15 minit.



Sardin gulung dah siap keluar dari oven. Yumm



Wangi bau satu rumah pastri sardin roll




Selamat mencuba..

Jangan lupa share..