Responsive Ads Here
Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, 11 August 2017

Resepi Char Kuey Teow Terbaekk!! | Assalamualaikummmm... Haa..Sape suka char kuey teow? Jom cuba resepi ni..mudah dan sedap... Admin akan berkongsi resepi terbaik utk anda :)

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Jamiah Tulisman

Resepi Char Kuey Teow Terbaekk


Ini adalah bahan yang sangat penting.. Sos char kueyteow.

*Bahan sos boleh simpan lama dan boleh buat 4 kali kueyteow 500gm

2 litre air Masak
100 ml sos ikan
200ml kicap manis (sy guna cap kipas udang)
2 sudu cukup rasa Maggie
3 sudu besar penuh sos tiram Maggie
250ml sos cili (1 cawan)
100ml kicap pekat

Cara: campurkan jek semua dan kacau rata.. dah siapp.. 

*Kalau nak buat separuh adunan sos atas Tu pun boleh sebab dapat banyak dan sos kena simpan dlm bekas bertutup ye.. Dan simpan dalam peti sejuk.. Bila nak buat char kueyteow atau mee amek jek sos ni.



Jom tengok cara membuatnya:

Panaskan sikit minyak..tumis bawang putih dan hirisan bawang merah.. tumis hingga naik bau.. masuk lada kering yang siap blend tu dalam 2 sudu besar.. tumis hingga garing.. Dah garing masukan 500ml sos



Biarkan mendidih.. Dah didih pecahkan 2 baji telur ..biar kejap dan Kacau rata. Masa ni pasang api besar..



Masukan udang,kerang (jika ada)



Kecikkan api, masukan 1/2 sudu makan gula dan kacau kacau rata..Tak perlu masuk garam



Masukkan kueyteow



gaul rata..



Masukan taugeh/ sawi jika suka, dan tutup api
Kacau dan angkat



Hidang panas-panas... Fuhhh...merecikk... :P

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Saturday, 28 January 2017

Resepi Kuey Teow Kung Fu Paling Sedap!! | Salam semua sorry yer arini bizi sangat-sangat tak sempat nak buka fb pun..hihihi ramai yang dok pm mintak resepi kuay teaw kungfu yang saya buat petang semalam.. ok seperti yang saya janji ni dia resepinya yer.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Ana Mariana Ismail

Resepi Kuey Teow Kung Fu Paling Sedap!!


Bahan-bahan:

Ok ni dia bahan-bahan nya kuayteaw agak-agak la nak makan sendiri banyak mana, telur sebiji (saya guna gred A punya kalau yang kecik guna 2 biji yer) isi ayam sikit sotong sikit(nak tambah udang pun boleh ni apa yang ada lam peti ais jer) sayur-sayur pun ikut suka hati sndiri yer nak letak apa pun saya guna carrot, cauliflower dengan broccoli jer. 

Pastu cili padi 3 bji dengan bawang putih 2 ulas (diketuk) dengan sedikit kiub ayam.

Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah nanti



Mula-mula pukul telur dengan sedikit garam dengan lada sulah pastu masukkan kuayteaw tadi gaulkan sampai rata ok.



Pastu panaskan sedikit minyak pastu goreng kuayteaw tadi sampai agak garing pastu ketepikan dulu ye (saya suka betul-betul garing baru x bau hanyir telur) 



Letak lam pinggan dulu pastu leh buat kuahnya pulak ok 



Ok mula-mula panaskan sedikit minyak pastu tumis bawang putih sampai naik bau. 



Pastu masukkan isi ayam (better rebus dulu isi ayam ni baru cepat masak) 



Pastu masukkan sedikit air biar sampai mendidih & isi ayam empuk ok.



Pastu masukkan lak sayur-sayur & cili padi yer. 



Masukkan sotong dengan sedikit kiub ayam lak.

Sotong ni xleh masak lama-lama nanti jadi liat cam selipar yer.



Pastu masukkan lak tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk bagi pekat kuah ok.. kena kacau-kacau yer takut berketul lak nanti. 



Bila dah mendidih perasakan dengan sedikit garam ok.. sikit jer sebab tadi dah masukkan kiub ayam kan. Ok kacau-kacau lagi sampai mendidih yer. 



Ok bila dah ckup rasa semua tutup api pastu angkat tuang atas kuayteaw yang kita goreng tadi dan siappp la. Apalagi cepat la makan panas-panas ni lagi la sedap. Hehe

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Monday, 31 October 2016


Resepi mudah untuk makan malam ini.. :D..  Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Mee Goreng Mamamaicun!!

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Bahan-bahannya:

Mee kuning 
(lupa bubuh gambo la pulak....masa ni mee ada dalam sink...tengah basuh...hahaha)

ikan bilis*

bawang merah*

bawang putih*

cili kering (bergantung kepada kepedasan)*

kicap lemak

sos cili

sos tomato

sos tiram

telur

udang

sotong

sawi

tauge




Method:

Mula-mula kisar semua bahan yang bertanda * 
(saya tak pernah sukat berapa biji bahan-bahan yang saya gunakan...ikut rasa hati masing2)

Kemudian panaskan minyak.




Masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi.




Selepas dah naik minyak bahan tumis tadi masukkan kicap lemak, sos cili, sos tomato, sos tiram. JANGAN bubuh garam tau....sebab sos tu semua dah menyumbang rasa masin...mee kuning tu juga dah rasa masin.




Kacau lagi




Selepas tu masukkan udang, sotong, batang sawi & telur (untuk masak mee mamamai lebih suka masukkan udang & sotong berbanding ayam & daging).




Kacauuuu




Masukkan mee pula




Masukkan sawi.




Masa ni boleh adjust sama ada nak mee tu basah atau kering...kalau nak mee tu kering boleh biar lama sikit.




Tutup api & barulah masukkan tauge.




Tadaaaaaaaaaa....siap!!!! senangkan!!


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Maisarawani Spahat


Saturday, 24 September 2016


Bahan-bahannya:-


  • 500gm Mee Laksa segar,
  • 1kg ketam segar, dibersihkan dan dibelah dua
  • 1 sudu teh ketumbar biji � di sanggai dulu
  • 1/2 sudu teh jintan manis - di sanggai dulu
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya
*Bahan-bahan dan rempah di atas ditumbuk halus
  • 2 batang serai di titik
  • 1 kotak santan krim 200ml
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 kiub knorr ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air - Untuk kuahnya
  • 2 sudu besar minyak makan untuk menumis
  • Bawang merah goreng untuk hiasan
  • Daun ketumbar untuk hiasan


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan minyak di periok, letakan serai yang di titik, kemudian letakan rempah2 yang sudah di tumbuk halus, ketumbar, jintan manis, lada hitam, bawang putih, halia dan daun ketumbar bersama akarnya.
  2. Bila aroma rempahnya bangkit, tuangkan air secukup dan masukkan 1 kuib knorr ikan bilis dan garam secukup rasa.
  3. Gaulkan dan rasa kuahnya.
  4. Bila kuah nya mula mendidih, masukan krim santan dan digaulkan rata2, dalam 2 mins masukan ketam yang sudah dibelah dua.
  5. Biarkan ia selama 8 mins.
  6. Letakan bawang merah goreng pada kuahnya.
  7. Ketam akan bertukar ke warna oren apabila sudah masak.
  8. Di periuk yang lain celurkan
  9. Mee Laksa di air garam selama 2/3 minit, angkat dan toskan.
  10. Sajikan Mee Laksa di mangkuk, tuangkan kuah lemak ketam nya, bersama sebelah isi ketam, taburkan sedikit bawang merah goreng, dan daun ketumbar sebagai hiasan.
  11. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Mee Laksa Lemak Ketam Best!!

Resepi Mee Laksa Lemak Ketam Best!!

Tuesday, 6 September 2016


Bahan-bahannya:


  • Mee Kuning (saya buat 2 peket), tu pun anak cakap sikit hahaha
  • Cili giling 1 senduk
  • Kacang tanah gorang yang dah di tumbuk (saya beli yang dah siap)
  • Mae Pranom Thai Chili Paste
  • Sos Cili
  • Tepung Jagung 1 sudu
  • Perasa
  • Bawang Merah
  • Air
  • Ayam/Seafood
  • Telur 2 biji


Cara Penyediaanya:


  1. Celur Mee Kuning dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, Tumis bawang merah hingga naik bau, masukkan cili giling, Mae Pranom Thai Chili Paste.
  3. Masukkan air, dan kacang tanah tadi, biar sampai mendidih.
  4. Masukkan ayam/seafood, jangan masuk awal-awal sebabnya kita taknak bahan ni terlebih masak, nanti tak sedap.
  5. Masukkan sos cili, dan perasa
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  7. Masukkan telur 2 biji, kacau lembut
  8. Akhir sekali masukkan perasa, dah siap..bolehlah dituang atas mee kuning, letakkan telur separuh masak, pheeww~ sodappp
  9. Hias dengan bawang goreng dan daun ketumbar
  10. Ok selamat mencuba ye!!!


Oleh : Yan Mie
Resepi Mee Bandung Lazat!!

Resepi Mee Bandung Lazat!!

Saturday, 27 August 2016


Bahan untuk kuah:


  • 1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 btg serai*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya


Cara Membuatnya:


  • Panaskan minyak kedalam periuk.
  • Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Sedia dihidang.


Bahan tambahan yang lain:


  1. 1 kg mee kuning - dicelur
  2. 1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
  3. 1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
  4. 300 gm taugeh - dicelur
  5. 3 keping tauhu - dihiris nipis
  6. Daun sup & daun bawang
  7. Bawang goreng
  8. Cili hijau / cili merah - dihiris
  9. Telur rebus
  10. Selamat mencuba!!..


Oleh : fb
Resepi Mee Jawa Lazat!!

Resepi Mee Jawa Lazat!!