Responsive Ads Here
Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Saturday, 11 February 2017

Resepi Cheesy Boat Sedap!! | Assalamualaikum, jom sama-sama mencuba.. Asyik roti john je.., Cuba try Cheesy Boat plak. Uii sedapp! ,  Jom...


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)



Resepi Cheesy Boat Sedap!!


Bahannya:

3 sosej (gorengkan sekejap)
3biji telur 
1/4 cawan susu segar
Mozarella
Roti bagguette
Sedikit garam
Pepper



Combine semua sekali kecuali mozarella, dan kacau 



Kiri sebelum, kanan selepas.

Buatkan ruang di tengah-tengah ala bentuk sampan/boat.


Tuangkan semua yang dikacau sebati ke dalam roti. Jangan risau xkan tumpah. Sebab roti serap telur dan susu. 

Taburkan Mozarella
Optional: tabur paprika / daun bawang 

Bakar dalam oven 160c, 20 minit.



Siappp!!!!



Crunchy kat luar dalam lembut jer rasa telur dalam roti. Sesuai makan dengan sos cili..

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Saturday, 4 February 2017

Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!! | Bismillah arini lunch Western.. anak teruna request nak makan spaghetti carbonara plak dah. Erm dah pndai dah la ni request nak makan itu ini. Ibu ikutkan je la... jomm sesiapa nak resepi tengok kat pic step by step yer. Hahaha ni spaghetti carbonara versi say ayer.. guna apa yang ada je la janji anak-anak maan pastu puji lak sedap pun ibu rsa kembang hidung dah. Hihihi

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Ana Mariana Ismail

Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!!


Ok ni dia bahan-bahan untuk buat spaghetti carbonara kita. Mesti la kena ada spaghetti kan.. susu full cream, chicken mushroom soup, slice mushrooms, sosej, cheese, brokoli, bawang putih, lada sulah dengan mix herbs.



Ok mula-mula didihkan air pastu masukkan sedikit minyak pastu celur spaghetti sampai lembut elok pastu toskan. Pastu rebus jap sosej dengan brokoli toskan.



Ok untuk kuah pulak panaskan sedikit minyak pastu tumis bawang putih sampai naik bau ok. Kalau ada minyak zaitun lagi sedap



Pastu masukkan lak sedikit susu..biarkan mendidih.



Pastu masukkan pula chicken mushroom soup kita.. masukkan sedikit air kacau-kacau sampai sebati & mendidih.



Pastu masukkan slice mushrooms..



Masukkan slice cheese.. jangan banyak sangat nanti muak pulak kan..



Pastu masukkan sosej & brokoli yang kita rebus tadi..



Masukkan lada sulah..



Masukkan mix herbs.. rasa kuah secukup rasa kalau pekat sangat tambah air sikit.. ikut selera masing-masing la yer.



Bila rasa dah ok tutup api pastu siap la.. senang sangat kan?



Pastu letak spaghetti dalam pinggan pastu tuang kuah atasnya. Nyum3 bon voyage!!

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Friday, 3 February 2017

Resepi Grilled Sandwich Lazat!! | Perhhh, tengok pun dah sedap terr.. memang terbaik ah owner resepi sandwich ni Puan Adnilsam Apat, thank you sebab tak kedekut ilmu yer. sama-sama berkongsi dan merasa. Aduii tak tahan betul tengok...

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Adnilsam Apat

Resepi Grilled Sandwich Lazat!!


Bahan:

4 keping roti

2 slice cheese

kepingan daging

telur

tomato

sosej

mentega/majerin



tekapkan 1 keping roti dengan apa-apa aje sampai berlubang kat tengah



haaa camnii...



Panaskan pan dan cairkan majerin



letakkan roti yang berlubang tadi



Pecahkan telur cun kat tengah-tengah lubang okey



Tabur sikit black pepper



sambil tu, goreng dulu daging slice dan sosej yer



balikkan telur dan roti tadi. cantik kan



Panggang sikit 3 keping roti yang lain. tanpa minyak or mentega tau 



bagi garing camtu



potong 2 daging slice yang dah digoreng tadi



Prapp!! camtuuu...



campur sekali dalam bekas sekali dengan sosej dan letakkan mayonis dan sos cili



gaulkan bagi rata



Susunan:

1. roti yang dipangang

2. cheese

3. salad



4. sosej dan kepingan daging yang digaul mesra tadi



5. tutup dengan roti yang kita goreng bersama telur



6. letak pulak sosej yang digaul



7. letakkan roti panggang



8. letakkan daging slice digaul 

9. kepingan tomato



10. pastu letak 1 lagi cheese



11. last letak roti yang tinggal 1 tu...



Lepas tu kita panggang lagi sekali, bagi panas-panas, cairkan cheese tu..



buat camti tau.. hati-hati takut terburai..hihi



siap dah, nampak tak comey jer garing tu kan



potong dengan pisau tajam atau memang pisau khas macam dalam gambar, baru cantikk..



Tadaaaa!!!! Cantik jer kan.. Kaler dia cantik kan? menggoda!! aummm!!!

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Saturday, 28 January 2017

Resepi Sandwich Tersedap!! | Kali ni saya share resepi sandwich yang selalu menjadi kegemaran tetamu saya. Tak cuba rugi tau, boleh buat meniaga ni..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Adnilsam Apat

Resepi Sandwich Tersedap!!


Telur..



Ayamas mushroom frankfuter.. grill/ goreng - potong nipis



Roti yg disapu marjerin/butter



Tomato & salad & pencungkil gigi



Dicampur mayo + sedikit sos cili + sedikit serbuk lada hitam



Hancurkan telur rebus dgn garfu



Gaulkan dengan mayonis



Frankfuter yang telah digaul dengan sos,mayo & serbuk lada hitam



Susunan lapisan pertama:

3/4 telur tadi.. di lapisan pertama..

Tomato



Letak 1 keping roti di atas lapisan tadi



Atas kepingan roti yg kedua

Salad
Frankfuter
Lebihan telur tadi



Letak kepingan roti ke 3



Pacakkan sudut dgn lidi/ pencungkil gg.. tujuannya untuk dapatkan potongan yg sizenya sama dan cantik..



Potong kerak-kerak tepi roti



Potong cantik cantik



Tadaaaa.....Sedapppp..tak percaya cuba la

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..