Responsive Ads Here
Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Tuesday, 4 July 2017







Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Harap belum terlambat kerana saya baru sahaja kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah pada 10 Akhir Ramadhan. Di musim perayaan ini, pasti kita akan sentiasa menerima tetamu walaupun tidak ada majlis rumah terbuka. Harus diingat tetamu datang membawa rahmat dan keluar dengan membawa dosa famili kita. Atau dengan kata lain menghapuskan dosa. Jadi kita kena meraikan tetamu yang datang membawa seribu kerahmatan buat seisi keluarga. Apa kata kita menyediakan hidangan ringkas buat tetamu yang mungkin semena mena datang berkunjung tanpa memberitahu terlebih dulu. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah menggunakan Prego. Perisa baru sos lada hitam Prego yang terlajak sedap. Hahaha seriuos sedap. Bukan sahaja sedap tapi menyediakannya juga sangat mudah. Semudah 123 gitu. Boleh sahaja digunakan apa apa bahan yang tersedia dalam peti ais. Arahan penyediaannya cukup ringkas dan mudah diikuti. 

Memang sangat wangi dan bau semerbak dapur ketika sos sedang disediakan. Jika kita kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan buat anak anak atau buat tetamu, memang sangat sesuai untuk kita menyediakan pasta Black Pepper ini. Keenakannya menyebabkan kita tak segan kerana kalau tak ditanya pasti akan dianggap ianya dipesan dari restoran. Hahaha dengan sos Prego siapa pun boleh memasak pasta sedap dengan cepat. 

Jom layan resepi mudah yang saya ikut bulat bulat resepi yang dicadangkan di tin sos Prego. Jika mahu mengubahsuai di sana sini pun boleh juga. Tambahkan sayuran yang disukai seperti karot atau ditambahkan daging. Tapi bagi saya, resepi ini sudah secukup enaknya. Mudah dan cepat disediakan dan yang paling penting, sangat sedap... 





Pasta Prego Lada Hitam Yang Sangat Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram pasta Fettuccine
2 tin sos Prego Lada Hitam
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 biji lada Benggala - hiris memanjang
Sedikit garam - opsyenal
Sedikit lada sulah - opsyenal
8 batang sosej - hiris nipis
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan sosej dan tumis sehingga keperangan. 



Masukkan sos Prego dan sedikit air. Kacau rata. Masukkan lada Benggala, garam dan lada sulah. Renihkan dalam 5 minit. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 




Bolehlah dihidangkan bersama pasta yang telah direbus dalam air mendidih yang dimasukkan minyak dan garam selama 10-12 minit. 







Thursday, 11 May 2017





Walaupun setiap hari adalah hari untuk kita mengingati dan menghargai jasa ibubapa terutama ibu, namun 14 Mei dah dikhaskan sebagai Hari Ibu. Kalau kita sibuk di hari hari lain, sekurangnya pada hari tersebut anak anak mengambil kesempatan untuk meluangkan masa mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu masing masing. Sempena hari Ibu tahun ini, saya menyediakan masakan istimewa yang digemari oleh semua anak anak saya iaitu, hidangan pasta. Kali ini, saya mengolah sendiri resepi mengikut bahan yang disukai oleh anak anak dengan menggunakan sos pasta Prego. Prego adalah produk yang dsahkan halal menjadi pilihan kami sekeluarga. Menikmati pasta di rumah bersama suami dan anak anak ala hidangan pasta di restoran mewah adalah saat membahagiakan buat kami sekeluarga. Tak perlu menghabiskan masa yang lama di dapur untuk menyediakan hidangan istimewa. Hahaha semudah 1 2 3 gitu. Prego banyak membantu bila kita perlu menyediakan makanan dalam masa yang singkat. Perasanya memang secukup rasa dan seimbang. 

Prego memang jenama yang telah sangat terkenal di Malaysia. Sos Prego terdiri dari sos merah dan sos putih berkrim terdapat dalam botol dan di dalam tin. Semua boleh dipilih mengikut citarasa masing masing. Di samping sos, Prego juga ada mengeluarkan pasta kering seperti spaghetti, fetucinni dll. 





Haa kalau nak tahu, Prego ada 2 perisa baru yang baru dilancarkan iaitu Cheesy Alfredo  pada Novermber 2016 dan Black Pepper & Chicken Mushroom dilancarkan pada Mac 2017.  Saya sertakan reaepi yang saya gunakan di bawah ini. 







Spaghetti Cheesy Alfredo
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram spaghetti Prego
350 gm sos Prego Cheesy Alfredo
8-10 ekor udang 
4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar daun ketumbar - potong kecil
2 sudu besar jus perahan limau - tak letak pun ok
1/2 ketul kiub ayam -opsyenal
Serbuk lada sulah

Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan. 

Mengguna kuali yang sama, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun ketumbar dan jus perahan limau serta pati ayam. 

Kemudian masukkan sos Prego Cheesy Alfredo dan gaul rata. Sesuaikan rasa. Bolehlah tutup api. 

Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit minyak dan 1 sudu besar garam. Rebus spaghetti dalam 11-13 minit. Angkat dan tos. Nota: Garam mesti lebih supaya ianya terasa di spaghetti yang direbus. 


Hidangkan spaghetti dengan sos dan udang yang digoreng tadi. Sedia untuk dinikmati. 

Di samping kita menyediakan hidangan sempena hari ibu, kita juga boleh menyertai  peraduan sempena Hari Ibu bersama Prego melalui facebook (Prego Malaysia). Peraduan terbuka kepada semua para suami yang berumur antara 25-45 tahun bersama anak yang berumur 16 tahun ke atas. Suami dan anak anak dikehendaki memasak untuk isteri dan juga ibu kesayangan sempena hari ibu. 





Hari hari istimewa mestilah diraikan dengan masakan yang istimewa. Dengan Prego, semua orang boleh menyediakan pasta yang lazat dan enak di rumah. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan produk Prego, boleh singgah di facebook Prego Malaysia dan juga layari website Prego123 dengan klik di SINI. Jom jom apa ditunggu lagi. Meh pakat ramai ramai kita memasak Prego sambil menyertai peraduan di Prego Malaysia.