Pancake Mudah. Salah satu makanan breakfast yang mudah disediakan adalah pancake. Orang Melayu panggil lempeng. Apa jua namanya, kalau kena gaya buat, memang sangat sedap.. Terbaekk.. jom try resepi di bawah..
Bahan-bahan Pancake :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar baking powder
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 sudu besar butter(dicairkan)
Bahan-Bahan untuk cicah (pilih mengikut kesesuaian dan citarasa):
- Maple syrup (Contoh: jenama Pillsbury)
- Madu
- Butter
- Sosej goreng
Cara masakan untuk Pancakes :
- Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas.
- Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna �mixer�, cuma guna senduk.
- Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi.
- Panaskan kuali jenis leper (Frying pan) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung.
- Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda.
- Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat (Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian)
- Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis.
- Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup (seperti di Mcdonald) dan butter. Namun pancakes juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda.
- Selamat mencuba..nyum3..!!!
Oleh : fb
Pancake Gebu Ala McDonald!!
No comments:
Post a Comment