Responsive Ads Here

Saturday, 27 August 2016

Resepi Ayam Masak Ros Merah!!


Yang kat atas tu Ayam Ros Merah... Kenapa nama dia ayam ros merah emmm ... mungkin kerana kita letakkan daun pandan dalam masakkan ni.. baunyer yang harum tu lah memungkinkan namanyer ayam ros merah... Resepi ni di ambil dari majalah Rasa resepi dr Chef Azrul Hisyam... sedap!!... TQ chef...

Bahan A:


  • 1 kg ayam - dipotong
  • 100 ml minyak masak
  • 100 ml minyak sapi - ita guna planta


Bahan B:


  • Rempah tumis (4 sekawan)
  • 12 biji bawang merah - dikisar
  • 6 biji bawang putih - dikisar
  • 1 cm halia - dikisar
  • 300 gm cili kering - dikisar
  • 200 gm cili merah - dikisar
  • 100 gm pes tomato - ita tak letak


Bahan C:


  • 100 gm cili sos
  • 100 gm tomato sos
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 200 ml air asam jawa
  • 1/2 liter air
  • garam secukup rasa
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula melaka


Bahan D:


  • 2 biji cili merah - dibelah 2
  • 2 biji cili hijau - dibelah 2
  • 1 biji bawang besar - dipotong gelang
  • 2 biji tomato - dibelah 6
  • 50 gm kacang pis - Ita tak letak


Cara penyediaanya:


  1. Ayam digoreng berasingan dahulu bersama garam dan serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak, tumis rempah tumis dan bahan yg dikisar hingga garing dan harum.
  3. Kemudian masukkan cili kering, cili merah dan pes tomato. kacau hingga cili benar2 masak.
  4. Masukkan air, sos cili, sos tomato, susu cair, daun pandan dan air asam.
  5. Setelah bahan2 sebati dan pekat masukkan garam, gula, gula melaka dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan ayam dan bahan D sebelum dihidangkan.
  7. Selamat mencuba!!


Recipe by: Chef Azrul Hisyam
Sumber: Majalah Rasa
Oleh : Azlita
Resepi Ayam Masak Ros Merah!!

Resepi Ayam Masak Ros Merah!!

No comments:

Post a Comment