Responsive Ads Here

Friday, 26 August 2016

Daging Masak Hitam Manis Sedap!!

Daging Masak Hitam Manis Sedap!!

Bahan-bahannya:-



  • 1/2 kati daging batang pinang - dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan disimpan)
  • 1/2 cawan kicap manis (cap Kipas Udang)
  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (Kalu nak pedas, tambah lagi)


Bahan A - (asingkan kepada 2 bahagian)


  • 3 sudu besar jintan manis ] disangai dan
  • 3 sudu besar jintan putih ] dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • sedikit halia
  • bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • asam keping
  • minyak masak



Cara penyediaannya:-



  1. Daging yang dipotong/dihiris nipis direbus bersama kicap (simpan air rebusan.
  2. Bila daging telah empuk, gaul dengan sebahagian bahan-bahan A. Goreng sekejap sahaja
  3. Asingkan daging ke dalam pinggan.
  4. Tumis pula lebihan bahan A tadi.
  5. Masukkan cili kering, kacau sebati.
  6. Masukkan daging dan air rebusan tadi. Gaul rata.
  7. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  8. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Angkat.
  9. Selamat mencuba!!


Sumber : Ummi
Daging Masak Hitam Manis Sedap!!

Daging Masak Hitam Manis Sedap!!

No comments:

Post a Comment