Responsive Ads Here
Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Tuesday, 6 September 2016


Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus mee maggi perisa kari
  • 2 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan
  • 1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daunnya
  • 2 biji cili padi merah thai, hiris
  • 2 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 hirisan nipis halia, hiris halus
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos cili
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1- 2 biji tomato ceri dihiris untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Sedikit parsley untuk hiasan


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan yang agak dalam).
  2. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia, tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan perencah kari mi maggi (yang disertakan sekali dalam paket mi maggi).
  3. Kacau rata dan tuang air, biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan pecahkan telur perlahan2, pastikan merahnya tidak pecah.
  5. Biar telur masak.
  6. Masukkan batang sawi, cili padi hiris dan ketam, masak hingga ketam berubah warna.
  7. Tambah mi maggi dan biar mi kembang.
  8. Masukkan daun sawi dan masak sekejap.
  9. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  10. Kalau kurang kuah, anda boleh tambah sedikit lagi air.
  11. Hias dengan bawang goreng, hirisan tomato ceri dan parsley sebelum dihidangkan.
  12. Selamat mencuba!!....


Oleh : Mat Gebu
Resepi Maggi Ketam Masam Manis!!

Resepi Maggi Ketam Masam Manis!!


Bahan-bahannya:


  • 4 ekor ketam
  • 10 biji lada kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam, gula


Cara penyediaanya:


  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih kemudian tumis hingga naik minyak.
  2. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap manis dan sedikit air.
  3. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan buah tomato yang di potong.
  4. Setelah mendidih masukkan ketam yang telah dibersihkan dan di potong.
  5. Masak ketam hingga isinya empuk dan hidangkan.
  6. Selamat mencuba!!


*Satu lagi cara boleh goreng ketam terlebih dahulu, selepas itu bolehlah masukkan ke dalam sambal.

Oleh : Wana Yusof
Resepi Ketam Berlada Lazat!!

Resepi Ketam Berlada Lazat!!


Bahan-bahannya:


  • 1.2 kg ketam bunga (bersepit biru)
  • 1 biji nenas madu saiz sederhana
  • 3 batang serai
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar halus:


  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 15 bij cili padi
  • 1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan


Cara membuatnya:


  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, kerat 2 setiap sekor jika ketam bersaiz besar, ketuk sepitnya.
  2. Kaki2 kecilnya dikerat sedikit. Cuci bersih dan toskan.
  3. Nenas dikupas kemudian hiris kasar, ketepikan.
  4. Masukkan ketam dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna.
  5. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih, jika perlu tambah sedikit air.
  6. Masukkan nenas dan masak sekejap.
  7. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  8. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
  9. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  10. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...
  11. Selamat mencuba!!....


Oleh : Mat Gebu
Resepi Ketam Masak Nenas Best!!

Resepi Ketam Masak Nenas Best!!


Bahan-bahan untuk memasak ketam:


  • 2 ekor ketam (saiz besar)
  • 1 batang isi ketam (dipotong-potong)
  • 2 biji telur
  • 150 gram tepung jagung
  • Perasa secukupnya


Bahan-bahan untuk nasi goreng:


  • Nasi putih
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 50 gram sayur campur
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaanya:


  1. Untuk penyediaan ketam, bersihkan ketam dan tos airnya.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan ketam sehingga sebati.
  3. Kemudian, celup ketam sehingga rata.
  4. Goreng sehingga keperang-perangan. Ketepikan.
  5. Untuk nasi goreng, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing.
  6. Kemudian, masukkan ketam dan kacau sebati.
  7. Masukkan nasi putih, sayur campur dan perasa secukupnya.
  8. Kacau sebati. Sedia dihidangkan.


Oleh : Karangkraf
Resepi Nasi Goreng Ketam Lazat!!

Resepi Nasi Goreng Ketam Lazat!!