Responsive Ads Here

Friday 16 December 2016

Resepi Murtabak Biskut Sardin!! | Resepi ini bahannya sangat mudah sebab masa zaman kecil inilah bahan yang paling mampu nak beli ,tapi kalau kawan nak lebih sedap kawan boleh tukar inti macam daging cincang atau di tambah dengan chesse... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...



Bahannya.. biskut cream crakes, sardin, bawang, lada merah besar, daun sup, planta, telur 4 biji dan santan..



Pastu ambik air suam dan campurka santan satu kotak kecik tu. Ini untuk lembutkan biskut..



Rendam biskut tapi jangan lembik sangat...



Sebelum tu sapukan planta .supaya nanti masa bakar dia tak melekit..



Susun biskut ..



Masukkan sardin yang telah di hancurkan..

*oh lupa air/kuah sardin di buang hanya ambik isi sardin tau



Pastu letakkan bawang. daun sup dan lada merah. Taburkan rata telur yang telah di pukul.. sehingga semua bahagian kena ...



Tambah lagi biskut dan ulangi lagi sekali .... dan atas sekali di tutup lagi dengan biskut.. so bawah biskut inti biskut inti dan biskut..



Kite takde oven canggih pakai butterfly je. Bakar agak agak tengok intai kat cermin dia naik dan bau.ha masak la tu ..lebih kurang 30 minit..



Siapp!!!!

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Sumber : FB Noy Green








Saya memang tidak ada mood untuk menulis kebelakangan ini. Memang mood ke laut. Walaupun cuba untuk bertenang, tapi ada ketika terasa juga stress. Alih alih terus badan rasa tak sihat, rasa panas demam dan mula sakit tekak. Memang stress bila saya terpaksa mencuri curi masa yang ada untuk membuat senarai tetamu, mendapat pengesahan kehadiran dan kemudian menyusun atur meja tetamu mengikut kategori. Sebelum tidur, saya akan membuat semakan termasuk memastikan ejaan nama dan gelaran adalah tepat. Mengadakan majlis pada akhir tahun agak mencabar kerana ramai sahabat sahabat saya yang bercuti ke luar negara, ada yang mengerjakan umrah dan ada juga yang terpaksa menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga yang jatuh pada hari yang sama. Mengadakan majlis perkahwinan secara "seated" menambahkan lagi pening kepala. Bukan senang untuk memastikan tetamu yang se geng sekepala berada di meja yang sama. Seboleh mungkin, saya tidak mahu ada pembaziran bila meja tidak dipenuhi. Jadi bila di saat akhir, ada yang tidak hadir, saya terpaksa cepat cepat menjemput rakan yang lain. Alhamdulillah teknologi banyak membantu terutama kemudahan WhatsApp yang membolehkan kita berkomunikasi dan mendapat pengesahan dengan cepat. Bayangkan bagaimanalah agaknya jika kita masih bergantung dengan sistem pesanan ringkas SMS.  OK sekarang kita beralih bab resepi lah pulak. 

Resepi hari ini adalah resepi biasa masak sambal pedas, cuma saya olah dengan menambah terung pipit. Saya mula kenal dan suka dengan terung pipit selepas mendengar cerita Nur Aizam, rakan sekerja lebih 20 tahun dulu berkenaan keenakan resepi ikan bilis goreng sambal dengan terung pipit keluarga beliau. Dari situlah, terung pipit mula menjadi antara sayuran kegemaran saya dengan rasanya yang sedikit pahit pahit. Saya lebih suka digoreng untuk kita merasai kemanisan isi udangnya. Jadi jika dimasak seperti ini, pasti kemanisan isi udang masih kekal. 

Jom layan resepi mudah tetapi tidak cepat muak. Jangan lupa tengok video dalam Instagram Azie Kitchen ya....




Udang Goreng Pedas Dengan Terung Pipit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor udang
1 mangkuk terung pipit
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
Garam

Bahan Tumbuk:
2 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan.




Menggunakan minyak yang sama, tumis pula bahan tumbuk sehingga wangi. Setelah itu, masukkan udang dan terung pipit yang digoreng tadi.

Masukkan asam keping dan sedikit garam. Bolehlah diangkat.


Thursday 8 December 2016






Sejak melihat Azrinaz Mazhar Hakim memasak sotong goreng kunyit, saya jadi sangat teringin. Saya belum pernah menggoreng sotong seperti yang beliau buat. Sotong yang dilumur garam kunyit digoreng seperti menggoreng ikan kerana menggunakan minyak yang banyak. Masalah dengan perumahan di Kota Damansara ialah tiada pasar basah. Sekiranya ingin mendapat makanan basah segar, kenalah ke Pasar Taman Tun. Kalau di sana, memang saya akan minta sotong yang bertelur sahaja. Seingat saya, inilah kali pertama saya menggoreng sotong menggunakan minyak yang banyak seperti menggoreng ikan atau ayam. Bagi makanan laut yang segar seperti udang, sotong atau ketam, saya suka memasak secara simple supaya ianya tidak menenggelamkan keenakan serta kemanisan rasa sebenar makanan laut tersebut.

Sotong goreng kunyit saya hari ini memang win. Terasa manisnya sotong. Kalau masa kecil kecil dulu, Arwah Bonda akan menyediakan sotong rebus hitam. Sekali sekala, disediakan ketupat sotong. Itu jer masakan yang saya makan yang menggunakan sotong. Masakan orang kampung yang simple. Kehidupan kami semasa dulu menjadikan saya sendiri baru merasai setengah masakan seperti sambal tumis, rendang dsb. Ingat lagi ketika baru berkahwin, kami banyak membeli ikan gelama sahaja. Ini adalah kerana ikan gelama adalah ikan yang lebih murah harganya. Tak reti makan ikan yang mahal mahal pun. Kali pertama makan ikan senangin semasa dalam pantang di rumah Bonda Mertua.




Jom layan resepi mudah di bawah ini. Laaa sotong goreng kunyit pun nak share ke. Alaa tak kisahlah kan. Asalkan blog sentiasa dapat di update, kira OK lah. Seperti biasa, saya juga ada menyediakan video di Instagram Azie Kitchen. Bukanlah video untuk menunjukkan cara menggoreng sotong pun tapi kerana saya memang berminat dengan video masakan. Saya rasa seronok dan puashati melihat video  masakan yang saya hasilkan walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya akan menonton video masakan hatta video menggoreng ikan sekali pun. 




Sotong Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sotong
Garam
Serbuk kunyit
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah dilumur dengan garam dan kunyit. Balik balikkan. Bila telah masak, masukkan bawang dan cili. Kacau rata.



Bila bawang layu, bolehlah ditutup api. Taraa siaaap....