Responsive Ads Here
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Friday, 30 June 2017







Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua follower blog Azie Kitchen. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci dan termasuk orang orang yang mendapat kemenangan. Aameen. Sejak balik dari menunaikan umrah Ramadhan lalu, saya masih belum mendapat mood untuk mengemaskini blog. Banyak jer lauk pauk dan kuih muih yang telah disediakan. Tapi mood untuk berblog belum datang lagi. Semoga sokongan anda semua akan membuatkan saya bersemangat untuk menulis kembali. Secara jujurnya, saya masih dalam mood umrah di Mekah dan Madinah. Malahan tidur malam juga masih termimpi seolah saya masih di sana, berkejaran waktu untuk ke masjid, berebut dan berhimpit himpit waktu beriktikaf. Belum lagi berebut rebut untuk mengisi air zam zam yang sentiasa penuh dikerumuni. Suasana itu, masih terbawa bawa dalam diri saya sehingga ke waktu tidur. Saya masih merindui kurma sukkari yang dijamah waktu berbuka puasa, masih dahagakan air zam zam, masih rindukan solat berjemaah di Masjidil Haram. Walau pun penat yang tidak boleh digambarkan dengan kata kata, namun saya sangat tenang dan bahagia di sana. Saya redha atas segalanya. Saya berdoa agar saya dijemput lagi untuk ke tanah suci...
   





Kali ini saya ingin kongsikan resepi Puding Karamel yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Dua hari berturut turut menyediakan puding yang sangat hot ini. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Memang ramai yang menyukai puding karamel ini. Rasanya yang lembut dan sangat mesra dengan anak tekak. hahaha lebih lebih lagi yang baru dikeluarkan dari peti ais. Rasa air gulanya yang manis manis pahit sangat sangat sedap pada saya.

Jom layan resepi yang saya kongsikan semula di bawah ini. Semoga anda semua dapat mencubanya. Jika dibeli, ianya berharga RM1 untuk sebekas. Jadi sangat menjimat jika disediakan sendiri, dapat makan sehingga puas... Jangan lupa melihat video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen dan youtube channel Azie Kitchen...





Puding Karamel Yang Sedap
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 





Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala. 





Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan. 




Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati. 



Tuesday, 30 August 2016




Dalam masa beberapa jam lagi, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59. Selamat Hari Merdeka buat semua. Bukan sahaja negara perlu merdeka tetapi minda rakyatnya juga perlu merdeka dan matang dalam segala tutur kata, pemikiran dan perbuatan. Bila menpunyai masa, saya suka melayan instagram. Kalau dulu melihat handbags. Tapi kini melihat fesyen fesyen pakaian selain melihat keletah Lara Alana, Jenna, Ecah atau Jemyma. Suka melihat bagaimana ibubapa mereka mendidik anak anak masing masing. Saya perhatikan ramai yang pemikiran mereka belum merdeka. Mereka suka meninggalkan komen yang boleh menyebabkan orang lain tersinggung di Instagram. Bayangkan kalau kita sebagai tetamu berkunjung ke rumah orang, menbuat komen itu dan ini. Agak agak ada adab tak tetamu sebegini. Sebenarnya kalau ikut apa yang saya dengar dari kuliah Ustazah Aishah, mereka ini adalah golongan yang menpunyai penyakit hati. Terdapat 6666 ayat dalam Al Quran yang sama dengan jumlah urat dalam hati. Ada 6666 penyakit dalam hati. Penyakit paling bahaya adalah nafsu. Ayat 10 surah Al Baqarah menyebut antara lain dalam hati mereka ada penyakit. Jika tak diubati, ia akan bertambah kerana tak ada panduan dari Allah. Allah tidak akan menghampa permintaan hambaNya. Jika nak jalan yang lurus, maka hendaklah berpandukan pada Al Quran. Sebenarnya kalau tak ada yang baik yang perlu dikomen tak perlu ditulis apa apa. Komen saya, tak usahlah kita seolah berlagak pandai dalam segala hal sehingga semua benda pun kita nak memberi nasihat. Sebenarnya kita boleh menasihati antara satu sama lain tetapi ada caranya seperti tidak menegur di khalayak sehingga memalukan orang tersebut. Juga kita kena tengok apakah kita kenal mereka atau sekadar membuat andaian sendiri. Tak perlulah nak mengajar orang lain apa yang boleh dishare dan apa yang tak boleh di Instagram. Orang lain pun bukan budak budak hingusan. Entah entah lebih berjaya dari yang memberi komen. Nasihat saya, belajarlah menghormati hak orang lain yang bukannya anak kita untuk ditegur tegur. Hatta kalau anak sekali pun, mereka menpunyai hak sendiri. Tanpa mereka sedar mereka yang suka komen dan tunjuk pandai ini memandang rendah dan menghukum orang lain. Seolah masa silam seseorang yang dikatakan "bersalah", tidak boleh di share. Sejarah tetap sejarah, tidak ada siapapun di dunia ini walaupun anda seorang permaisuri untuk mengubah takdir yang telah berlaku. Saya diminta kononnya untuk menjalankan "tanggungjawab sosial" dengan tidak share gambar idola saya secara terbuka. Hello gambar gambar seperti yang saya share bersepah di internet. Taip sahaja nama, keluar beratus malah beribu gambar. Cukuplah setakat ini dahulu. Malas nak layan, buat menyemakkan kepala sahaja. Jika ada yang komen negatif di IG saya, maknanya, saya tiada pilihan lain melainkan block anda. Serious sebab saya tak suka mereka yang bersikap begini dalam hidup saya.

Hari ini saya ingin berkongsikan resepi makanan sesuai sebagai hidangan pencuci mulut. Saya menyediakan Agar agar Buah buahan Koktail sebagai hidangan untuk tetamu istimewa kami pada hari minggu yang lalu. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi sama yang digunakan oleh Juita sebelum ini. Saya memasak seorang diri sebaik balik dari pejabat. Memang agak penat kerana balik pun dah agak lewat. Jadi saya hanya menyediakan bahan bahan sahaja. Kecuali untuk agar agar ini saya terus menyediakannya. Disimpan dalam peti ais untuk disejukkan. Memang laku sangat agar agar saya hari ini. Sehingga keesokannya, saya terkejut bila melihat ianya telah habis. Jarang berlaku perkara sebegini. Biasanya mengambil masa berhari hari untuk saya habiskan. Apa apa pun, terasa puas hati kerana tetamu dan anak anak suka dengan apa yang disediakan.





Jika ingin melihat video yang saya sediakan, bolehlah melihatnya di Instagram Azie Kitchen. Jom layan resepi yang saya pelajari dari Juita, anakanda kesayangan saya.





Agar Agar Buah Buahan Koktail

Bahan-bahan :
10 gram serbuk agar-agar
1 tin buah buahan koktail - tapis dan buang air
150 gm g?ula kaster
650 ml air
250 ml susu cair

Cara cara:
Masak serbuk agar agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut.

Masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan buah buahan koktail.

Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan yang disukai. Sejukkan seketika sebelum disejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.