Responsive Ads Here

Thursday, 8 December 2016

Sotong Goreng Kunyit Yang Simple Simple Aje






Sejak melihat Azrinaz Mazhar Hakim memasak sotong goreng kunyit, saya jadi sangat teringin. Saya belum pernah menggoreng sotong seperti yang beliau buat. Sotong yang dilumur garam kunyit digoreng seperti menggoreng ikan kerana menggunakan minyak yang banyak. Masalah dengan perumahan di Kota Damansara ialah tiada pasar basah. Sekiranya ingin mendapat makanan basah segar, kenalah ke Pasar Taman Tun. Kalau di sana, memang saya akan minta sotong yang bertelur sahaja. Seingat saya, inilah kali pertama saya menggoreng sotong menggunakan minyak yang banyak seperti menggoreng ikan atau ayam. Bagi makanan laut yang segar seperti udang, sotong atau ketam, saya suka memasak secara simple supaya ianya tidak menenggelamkan keenakan serta kemanisan rasa sebenar makanan laut tersebut.

Sotong goreng kunyit saya hari ini memang win. Terasa manisnya sotong. Kalau masa kecil kecil dulu, Arwah Bonda akan menyediakan sotong rebus hitam. Sekali sekala, disediakan ketupat sotong. Itu jer masakan yang saya makan yang menggunakan sotong. Masakan orang kampung yang simple. Kehidupan kami semasa dulu menjadikan saya sendiri baru merasai setengah masakan seperti sambal tumis, rendang dsb. Ingat lagi ketika baru berkahwin, kami banyak membeli ikan gelama sahaja. Ini adalah kerana ikan gelama adalah ikan yang lebih murah harganya. Tak reti makan ikan yang mahal mahal pun. Kali pertama makan ikan senangin semasa dalam pantang di rumah Bonda Mertua.




Jom layan resepi mudah di bawah ini. Laaa sotong goreng kunyit pun nak share ke. Alaa tak kisahlah kan. Asalkan blog sentiasa dapat di update, kira OK lah. Seperti biasa, saya juga ada menyediakan video di Instagram Azie Kitchen. Bukanlah video untuk menunjukkan cara menggoreng sotong pun tapi kerana saya memang berminat dengan video masakan. Saya rasa seronok dan puashati melihat video  masakan yang saya hasilkan walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya akan menonton video masakan hatta video menggoreng ikan sekali pun. 




Sotong Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sotong
Garam
Serbuk kunyit
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng sotong yang telah dilumur dengan garam dan kunyit. Balik balikkan. Bila telah masak, masukkan bawang dan cili. Kacau rata.



Bila bawang layu, bolehlah ditutup api. Taraa siaaap....

No comments:

Post a Comment