Responsive Ads Here

Tuesday, 30 August 2016

Resepi Sambal Telur Sedap!!


Bahan-bahannya:


  • 5 biji telur ayam ( direbus kemudian digoreng)
  • 1 genggam cili kering ( direbus)
  • 3 biji cili api ( ikut suka nak letak ke tak)
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 1 Biji bawang besar( dihiris)
  • 2 sudu sos tiram
  • gula dan garam


Cara penyediaannya:


  1. Rebus telur sehingga betul-betul masak, angkat kemudian sejukan terlebih dahulu sebelum dikupas kulitnya.
  2. Goreng telur di atas api yg sederhana seketika kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Blender cili kering, cili api, halia, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih kemudian tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tambah perasa gula, garam serta sos tiram.
  5. Masukan telur dan sebatikan dengan bahan tumisan.
  6. Taburkan hirisan bawang besar dan sebatikan seketika.
  7. Sedia untuk dihidang.
  8. Selamat mencuba!!...


Oleh : fb
Resepi Sambal Telur Sedap!!

Resepi Sambal Telur Sedap!!

No comments:

Post a Comment