Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah Ikan Keli Kayu, Ikan Keli Bunga dan lain-lain lagi.
Ikan keli baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikannya. Jom kita masak Ikan Keli Berempah yang sangat popular ini.
Bahan-bahannya:
- 6 ekor ikan keli
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 12 biji cili merah
- Sedikit air asam jawa
- Garam
- Gula
- Minyak masak
- Serbuk Kunyit
Cara penyediaanya:
Tips bersihkan ikan keli -
Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya boleh juga dilumur garam biarkan seketika kemudian bilas..
- Anda perlu gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.
- Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau dikisar kasar.
- Kemudian tumiskan bahan-bahan yang itu sehingga hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.
- Setelah semuanya mesra anda matikan api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng.
- Siap.. dan memang sedap dimakan bersama nasi putih . Selamat mencuba!!!
Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli juga membantu:
- Menyelesaikan masalah kemandulan.
- Dapat menyuburkan rahim.
- Ianya juga boleh merawat kanser awal.
Oleh : chefgunawan
Resepi Ikan Keli Berempah!!
No comments:
Post a Comment