Responsive Ads Here

Wednesday, 7 September 2016

Nasi Goreng Qu Puteh Mudah dan Sedap




 
Ada yang bertanya samada saya aktif berblog. Nak kata aktif tu tak pastilah pulak. Tapi untuk menulis memerlukan mood yang sesuai. Bila idea datang mencurah, barulah apa yang ditulis lebih padat isi dan kandungannya. Sekarang ini, saya pastikan entri saya dibaca oleh beberapa ribu orang target pembaca, sebelum saya meletakkan entri yang baru. Lagi pulak, saya sekarang sedang sibuk dengan persiapan majlis di rumah kami yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi dalam kepala banyak memikirkan perkara perkara yang perlu untuk majlis tersebut. Sekarang kita masuk bab masakan pula. Semenjak kebelakangan ini, asyik resepi Qu Puteh jer. Hahaha nampak sangat saya rajin skodeng IG Dato Seri Vida Pengasas Vida Beauty yang kaya raya tu. Bukan apa lah, kalau kita tak kaya, kita dapat tengok life style orang kaya kaya pun dah cukup mengembirakan hati. Serious saya memang kagum dengan DS Vida yang pada saya sangat real, tidak "fake" langsung. Saya tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Dato Seri Vida yang merupakan nasi goreng kegemaran anak lelaki beliau. Saya memang suka mencuba apa sahaja resepi yang ada kelainan dari resepi yang pernah saya cuba. Lagi pulak, ada nasi putih yang disimpan di dalam peti ais, baki dari nasi semalamnya. Yang lain dengan resepi ini adalah penggunaan kunyit hidup. Kalau belacan, memang banyak nasi goreng menggunakan belacan. Tapi belum lagi saya menemui resepi menggunakan kunyit hidup. Pendapat saya, sedaplah nasi ini terutama pada anak anak yang tidak gemar nasi goreng yang pedas. Bagi yang suka pedas, boleh jer ditambah beberapa tangkai cili padi dan ditumbuk bersekali dengan bawang merah dan bawang putih. 

Seperti biasa saya ada menyediakan video di Instagram untuk penyediaan nasi goreng Qu Puteh. Ada yang komen kononnya video saya tak ada suara, tak ada ditulis bahan bahan. Saya buat video ni suka suka sahaja. Jika suka, tengoklah. Jika tak suka tak payah lah tengok. Atau boleh buat video sendiri kerana saya tak mampu untuk memenuhi kehendak orang lain. Hihihi bukan marah tapi itulah hakikatnya. Saya ni selalu bersilat di dapur. Sambil tangan mengacau di kuali, tangan juga memegang kamera dan pada masa yang sama mengambil video dengan menggunakan ipad. Berpeluh juga lah bila melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Jadi pastilah ada kekurangan di sana sini. 

Jom layan resepi mudah yang saya pelajari dari Dato Seri Vida, resepi nasi goreng kegemaran Kacak...





 
Nasi Goreng Qu Puteh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu besar udang kering - tumbuk
Sedikit belacan
Garam
2 biji telur
1 mangkuk sayur kobis

Cara cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat. Ketepikan. Tumbuk pula udang kering. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga berbau wangi. Masukkan udang kering tumbuk di bahagian tepi supaya ianya garing dengan minyak. Masukkan pula belacan dan dikacau rata supaya berbau wangi. 

Masukkan telur dan kacau rata. Jika suka, boleh gantikan telur dengan isi ayam atau udang. Setelah itu, masukkan pulak sayur kobis. 

Masukkan nasi putih dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Boleh tutup api. Tabur dengan daun bawang hiris serta bawang goreng. Jika suka pedas, bolehlah letak hirisan cili merah. Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment