Responsive Ads Here

Friday, 3 February 2017

Resepi Marble Cake El Nino!! (SbS)

Resepi Marble Cake El Nino!! | Okey jom kita try buat kek pulak. Kek ni namanya havoc sikit,heheeh... Kek Marble Cake El Nino. Hasil pengkongsian daripada Puan Rda. Terima kasih yer. Admin panjangkan pahala puan kat sini. Semoga bermanfaat.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Puan Rda

Resepi Marble Cake El Nino!! (SbS)


125g butter/ marjerin - cairkan di atas api kemudian ketepikan & sejukkan.



4 biji telur + 120g gula aising + 1 esen vanilla sudu kecil - putarkan sehingga kembang.



1 sudu besar ovallet - putarkan sehingga gebu.



125 g tepung superfine - gaul sebati guna spatula atau senduk kayu sahaja.

(kalau nak guna tepung gandum boleh juga + 2 sudu kecil baking powder - ayakkan dahulu)



2 sudu besar susu pekat manis + butter yang dicairkan tadi - gaul sebati guna spatula atau senduk kayu sahaaj.



Bahagikan adunan kpd 2 bahagian

1 bahagian campurkan 1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar coklat emalco.



1. loreskan loyang guna planta atau loreskn guna minyak.

2. lapikkan kertas minyak di tapak loyang

3. masukkan adunan secara berselang seli - kemudian lorekkan di atas permukaan kek guna lidi.

4. bakar suhu 160-170 - masa 40-50 minit mengikut oven masing-masing.



Taraaa... kek dah siap bakar..

Rekaahan kek seperti tanah-tanah kering yang merekah kesan dari el nino.. huhu

tunggu kek sejuk baru potong ye.. kalau potong panas-panas nanti kek hancur..

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..



No comments:

Post a Comment