Saya salin resepi ini dari youtube Puan Rozita Ibrahim Pengasas produk Sendayu Tinggi. Kebelakangan ini saya memang hari hari menjengah IG beliau dan anak anak. Kejayaan mereka menjadi jutawan terutama Dato Aliff Syukri yang menjadi jutawan di usia muda memang sangat sangat menyuntik semangat saya untuk melihat anak anak saya menceburi bidang perniagaan terutama perniagaan secara online. Sebenarnya sebelum perniagaan secara online menjadi popular, saya pernah berjaya membuat business melalui facebook. Dengan facebook, saya mendapat downline sehingga ke Brunei. Ketika itu, pengasas produk yang saya pasarkan tidak berapa gemar cara saya menjalankan perniagaan kerana percaya pada face to face approach. Tapi kini ternyata, apa yang saya buat dahulu adalah yang terbaik. Saya sebenarnya memulakan business dengan secara suka suka untuk kegunaan sendiri tetapi akhirnya menjadi besar selepas mereka melihat saya sendiri sebagai testimoni. Pendapatan sampingan ketika itu mencecah RM40K sebulan. Namun atas sebab sebab tertentu, saya berhenti walaupun ketika itu, komisyen masih dalam RM5-6000 sebulan. Semuanya saya ambil atas dasar prinsip, maruah dan percaya pada ketentuan Allah.
Berbalik pada anak anak, setakat ini saya tak nampak kalau ada antara mereka yang berjiwa seperti saya seorang yang ambitious. Mungkin kerana mereka tidak pernah merasa susah seperti saya semasa di kampung dulu. Selepas menamatkan pengajian, saya mula melakukan business menjual Arcopal. Walaupun ditipu tapi saya berjaya mendapat pendapatan sampingan. Namun kerjaya saya tidak mengizinkan saya untuk teruskan perniagaan MLM. Walaupun agak ralat, saya akur dan berhenti separuh jalan. Pendek kata, bidang perniagaan hanya boleh dilakukan dengan jaya jika kita menpunyai minat dan pandai merangka strategi. Sebagai wanita Kelantan yang terkenal dengan jiwa business, memang kedua duanya ada dalam diri saya.
Saya hari ini nak kongsikan resepi sambal sardin dengan petai yang saya salin dari video Puan Rozita. Ianya adalah resepi biasa, cuma ditambah cili padi untuk lebih kepedasannya dan diletakkan petai. Saya sebelum ini, tak pernah lagi meletak petai dalam sardin kerana pertama petai agak mahal harganya dan kedua, ada anak saya yang tak makan petai. Bila sambal berbau petai, ada yang tak nak makan. Sebelum ini saya masak Sambal Ikan Bilis Dengan Petai ranggup di SINI. Jangan lupa singgah di Instagram aziekitchen untuk melihat video penyediaannya ya juga di youtube Azie Kitchen channel di SINI, ada banyak video yang saya kongsikan.
Jom layan resepi yang mudah dan sedap ini.

1 tin besar Sardin - guna Mackerel
4 ulas bawang putih - hiris
6 ulas bawang merah - hiris
1-2 sudu cili kisar
4 - 5 tangkai cili padi - tumbuk
1-2 sudu cili kisar
4 - 5 tangkai cili padi - tumbuk
1 inci halia - ketuk
1batang serai - ketuk
1 biji tomato buah - potong 6
1keping asam keping
1/2 mangkuk petai - atau ikut yang disukai
Cara cara:

Panaskan minyak secukupnya dan tumis halia ketuk, bawang merah, bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar dan cili padi. Masak dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Yang ini sangat penting supaya sambal tidak pedas atau terasa seperti cili mentah.
Setelah cili garing, masukkan serai dan asam keping. Kemudian sedikit air dan masukkan sardin. Kacau rata.
Masukkan buah tomato dan biarkan masak lama lama sedikit supaya semua bahan menjadi mesra dan sebati.
Akhir sekali, masukkan petai, garam, gula dan sedikit Aji-No-Moto. Jangan masak petai terlalu lama nanti ianya tidak rangup.

No comments:
Post a Comment