Resepi Sardin Homemade Mudah!! | Semalam pagi teruja tengok ikan sardin fresh murah di pasar pagi RM3 sekilo.. Terus beli 1 kg dan buat homemade sardines in tomato sauce. Frozen kan sebahagian.. Pagi ni kita buat cicah cucoq bawang, memang best dan terharu tengok abe duk tambah2 hihi.. Mau mabuk sadin kalau dah banyak-banyak nih. Aummm....
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Resepi oleh : Cik Siti Abu Sujak
1 kg ikan sardin
Tomato, bawang putih dan bawang besar
Sos tomato. pati tomato, dan minyak masak
Homemade Sardines :
1kg ikan sadin - bersihkan
2 labu bawang besar - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
3-4 ulas bawang putih - tumbuk, racik atau kisar
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan minyak
sedikit gula dan garam
Air secukupnya
Boleh tambah sedikit cili sos kalau suka
Cara membuatnya:
1. Guna pressure cooker. Apa jenis pun boleh
2. Tumis bawang sekejap.
3. Masukkan tomato, dan semua bahan
4. Masukkan ikan dan gaul-gaul sikit
5. Tambah air cukup untuk tenggelamkan ikan (macam gambar)
6. Tutup dan setkan high pressure selama 90 minit
7. Pelan2 lepaskan pressure baru buka penutup
8. Jika kuah terlalu banyak atau nak pekat sikit, renih sampai tahap yang dikehendaki..
Siapp untuk dihidang..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share...
No comments:
Post a Comment