Bahan bahan:
- 1 ekor patin saiz sederhana
- 2 senduk tempoyak
- 4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
- 1 biji cili merah - optional untuk bagi kuah merah jer
- Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
- 1 inci kunyit hidup
- Secekak daun kesum
- Sedikit garam
Cara cara:
- Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak.
- Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
- Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.
- Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
- Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.
Nota:
- Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
- Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
- Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.
* untuk seekor ikan patin, k.nor guna 3 cawan air dan 4 sudu besar tempoyak
Oleh : Kak Nor
Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh!!
No comments:
Post a Comment