Responsive Ads Here

Monday, 30 January 2017

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers!! (SbS)

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers!! | Sejak beli oven, ni dah kali ke 4 aku buat. Jadi aku nak share pada rakan fb yang mana nak cuba. Memang sedap, meleleh wa cakap lu.... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Otai Malaya



Bahan-bahan:

Ayam (1.5kg)

1 sudu teh garam

1 kiub pati ayam

2 inci Halia 

3 batang serai

4 ulas bawang putih

4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

4 sudu makan madu

4 sudu makan sos tiram

4 sudu makan minyak zaitun



Ni aku blender serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.



Ni rupanya setelah blend.



Campurkan semuanya dalam bekas untuk perapan. 

Bahan blender, madu, lada hitam, sos tiram dan garam.



Gaul sebati



Gaulkan bersama ayam



Ni aku buat untuk 2 ekor ayam. Wife aku suka sangat makan. Jadi aku gandakan bahan-bahan tadi.

Aku perap ayam semalaman. Kalau kau orang dah x sabar, perap je minimum 4 jam. Lagi lama perap, pergh.. sampai ke tulang dapat rasa.



Ni dah sedia untuk di panggang



Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Aku guna api atas bawah. Suhu 200'C dan panggang dalam oven selama 35 - 40 minit



Ni hasil panggang selama 30 minit. Aku keluarkan ayam untuk sapu majerin. Bagi nampak cun. Lepas tu aku sambung panggang dalam 8 minit lagi.



 Ni hasil selepas 38 minit dipanggang.

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


No comments:

Post a Comment