Dalam peti ais masih ada 2 ketul baki ikan sebelah yang dimasak sebelum ini di SINI. Jadi saya yang dah kekeringan idea, memasak kicap sahaja. Entah kenapa kebelakangan ini, saya memang tak ada mood langsung untuk memasak atau update blog. Ikan Sebelah ini memang sedap terutama yang gemuk besar seperti ini. Terasa sangat kemanisan isi ikannya.
Jom layan resepi Masak Kicap yang sangat ringkas tetapi sedap dan tidak pernah jemu dimakan. Masak kicap ni ada pelbagai cara, ada yang meletakkan cili kisar, ada yang meletakkan serbuk lada hitam atau ada yang meletakkan cuka dsb. Jadi kita pilih yang mana kita tergerak hati ketika memasak itu. Itulah cara saya. Masak kicap cukup sinonim dengan orang kita... Kalau anak anak saya, makan nasi berkuahkan kicap pun dah cukup. Kadang kadang walaupun disediakan lauk kari atau gulai lemak, mereka tetap memilih untuk menuangkan kicap atas nasi mereka.

Masak Kicap Pedas Ikan Sebelah
Bahan bahan:
2 ketul ikan - lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1 ketul kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah
1 sudu besar cili kisar
Bahan tumbuk:
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan ditumbuk serta kulit kayu manis. Boleh juga diganti dengan serai jika suka. Tumis sehingga wangi. Masukkan pula cili kisar dan goreng agak agak cili masak dan garing.
Tuang sedikit air, masukkan kicap. Masak sehingga mendidih. Masukkan bawang besar dan cili hiris. Jika suka, boleh juga dicampakkan sebiji dua cili padi.
Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.
No comments:
Post a Comment