Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari tazkirah Zohor bab hadis pilihan oleh Ustaz Ibrahim Muhammad. Kita tidak maksum, jadi sering terjebak dalam dosa. Sebaik baik orang yang melakukan dosa ialah orang yang bertaubat. Di sisi Allah, orang yang bertaubat adalah seperti orang yang tak ada dosa. Apabila bertaubat, hendaklah kita melakukan 3 perkara;
1. Lakukan dengan hati. Iaitu mesti ada rasa menyesal. Bila terdetik rasa menyesal atas dosa lalu, itulah taubat. Jangan sesekali bangga dengan dosa yang telah dilakukan. Ianya tidak akan diampunkan oleh Allah. Setiap umat aku diampun kecuali orang yang bercerita dosa lama atau dosa baru. Cerita untuk berbangga. Kalau cerita untuk dijadikan pengajaran, lain. Allah dah sembunyi dosa kita. Kita pulak yang menghebahkan.
2. Lafaz dengan lidah. Hadis riwayat Abu Daud. Lafaz iatu Rasulullah mengajar supaya banyakkan beristighfar.
3. Mesti dizahir dengan perbuatan iaitu melakukan 3 perkara. Pertama, melazimi amalan soleh secara bersungguh sungguh. Kedua, mesti meninggalkan kawan kawan yang buruk agamanya. Jangan bergaul dengan orang yang fasik. Cari kawan yang beriman. Jangan bersahabat kecuali dengan orang beriman. Hadis riwayat Abu Daud, seseorang berada atas agama teman rapatnya. Teman rapat tak selesai di dunia tapi akan di bawa ke akhirat. Firman Allah, teman rapat pada hari itu sebahagian mereka menjadi musuh atas sebahagian yang lain kecuali orang yang bertaqwa apabila bersaksi di hadapan Allah. Ketiga, meninggalkan tempat yang menarik pada maksiat seperti tempat yang menjadikan kita laghaa. Contoh tempat hiburan, shopping dsb. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat pada kita semua. Maklumlah kita semakin hari semakin berusia, pergerakan kita mula ketara terbatas. Ramai juga kawan kawan yang telah meninggal. Jadi kita guna masa yang ada untuk membuat sebanyaknya amalan dan kebaikan.
Jom beralih pulak bab resepi. Ketika ke Pasar Taman Tun untuk mencari ikan tenggiri untuk dibuat sup fish ball, boleh klik di SINI. Seperti biasa, saya akan mencari sotong bertelur. Saya ditawarkan oleh penjual ikan di situ, sebungkus sotong kecil yang bertelur yang telah dipilih dan dibuang dakwat hitam. Kata beliau ianya untuk dibawa balik, untuk dimakan keluarga sendiri. Agaknya dia kesiankan saya yang nampak hampa bila diberitahu sotong bertelur telah habis. Itulah dia menawarkan sotong ini pada saya. Sotong ni kecil kecil jer saiznya. Sepanjang ibu jari sahaja. Kata penjual tu lagi, cuma letak garam kunyit dan goreng. Saya pun bersetuju dan terus membayar. Kebetulan Nana dan Alain ada di rumah, jadi saya terus memasak Sotong Goreng Kunyit untuk hidangan tengahari.

Saya sebenarnya seorang yang simple. Selera saya juga simple. Yang ringkas bahan bahannya lagi kena dan ngam dengan tekak saya. Agaknya dah terbiasa dengan masakan seperti ini sejak kecil. Kalau dulu dulu, arwah Bonda suka memasak goreng kunyit sahaja. Tak kiralah ayam, atau udang atau sotong. Semuanya goreng garam kunyit dan dicampakkan cili hidup dan bawang besar hiris. Tapi sedaap sangat.
Jom layan bahan yang saya gunakan. Ala ala pejam mata, dah siap gitew. Lagi pulak, sotong tak boleh dimasak lama kerana ianya akan menjadi liat... Hahaha resepi macam ni pun nak kongsi dalam blog ke? Tak apalah, anggaplah saya tak ada modal atau kekeringan idea. Lagi pulak, comel sangat sotong ni, tak pernah lagi makan sotong seperti ini. Di samping itu, saya nak selitkan bab tazkirah di atas tu. Jangan pandang kecil pada pahala yang kecil kan... Jangan juga pandang ringan pada dosa yang kecil, kerana ianya boleh membawa seseorang ke neraka.
Sotong Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
Sotong secukupnya
Serbuk kunyit
Garam
1 biji bawang besar Holland - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
Cara cara:
Lumur garam dan serbuk kunyit pada sotong. Biarkan seketika.
Panaskan minyak dan goreng sehingga agak masak dan terbit minyak.
Masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris. Kacau sehingga layu dan sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas.

No comments:
Post a Comment