Syukur Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga dengan rezeki yang tak disangka sangka. Saya sama sekali tidak menyangka yang blog saya dikunjungi oleh begitu ramai follower. Setiap hari, mencatat 100 ribu hits yang memang tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini. Saya merasa sangat sangat terbaru dan berharap semoga ianya dapat memberi manafaat kepada anda semua samada dari perkongsian ilmu dari tazkirah yang saya hadiri dan juga resepi. Saya membaca semua komen yang ditinggalkan, cuma ada ketika saya tidak sempat untuk membalasnya. Yang pasti, saya menjawab semua salam dan hati saya sentiasa mendoakan anda semua. Dalam hidup yang singkat ini, saya berazam untuk lebih berkasih sayang dengan semua. Saya mencatat azam yang akan saya lakukan sementara nyawa masih dikandung badan. Insya Allah...
Saya beli telur itik di Restoran Mabiq di Tanjung Lumpur, Kuantan ketika singgah makan tengahari sewaktu mengambil Juita balik bercuti. Bila melihat masak lemak telur itik yang cantik dan sebiji biji seperti ulas durian, saya seperti biasa tak akan senang duduk. Sekejap sekejap saya melihat dan menyenduk telur telur itu dan mengambil gambar. Lantas saya mencari dan mendekati pekerja restoran untuk menanyakan bagaimana mereka memasak telur itik. Mereka memberitahu yang mereka memasak menggunakan api yang besar dan dimasukkan telur ketika kuah telah betul betul mendidih. Ianya berbeza dengan cara Bonda Rozita yang memasukkan telur ketika kuah belum mendidih dan menggunakan api perlahan. Boleh klik di SINI. Saya juga menanyakan di mana mereka mendapatkan telur segar. Rupanya telur diperolehi dari ladang mereka sendiri. Jadi saya meminta untuk membeli. Oleh kerana mereka tak pernah menjual telur itik mentah, saya menelefon isteri boss sendiri. Katanya bekalan telur hanya cukup untuk kegunaan dimasak dan dijual di restoran sendiri tapi agaknya melihat kesungguhan saya, mereka setuju untuk menjual dengan harga RM1.00 sebiji. Saya beli hanya 10 biji.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga jangan lupa, melihat video di Instagram Azie Kitchen serta youtube Azie Kitchen channel. Walaupun banyak entri berkenaan masak lemak telur itik yang telah saya kongsikan, tetapi kesemua resepinya berbeza beza. Ada masak lemak cara Kelantan, ada cara negeri Sembilan dan ada cara Puan Rozita Sendayu Tinggi. Kalau nak cari kesemuanya, boleh google Masak Lemak Telur Itik Azie Kitchen, pastikan disenaraikan. Itu cara mudah untuk minta pertolongan Pak Cik Google. hahaha...
Masak Lemak Telur Itik
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 biji telur itik
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping
Garam
Gula
Bahan Kisar:
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping
Garam
Gula
Bahan Kisar:
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili padi merah
6 tangkai cili padi
6 tangkai cili padi
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Kisar semua bahan dan tuang ke dalam periuk. Masak hingga bahan kisar agak masak. Masukkan santan cair. Sambil terus dikacau, besarkan api sehingga kuah mendidih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Jika cekap, pecahkan telur dengan sudu dan terus pecahkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Tapi kena pastikan telur segar dan elok.
Masukkan asam keping, garam dan gula, jika suka. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Selepas dimasukkan santan pekat, masak sekejap sahaja supaya kuah tidak pecah minyak. Bolehlah tutup api.
Nota:
Kuah masak lemak telur itik mestilah pekat baru sedap.
No comments:
Post a Comment