Responsive Ads Here

Thursday, 9 March 2017

Ayam Masak Kicap Pedas Sedap Versi Kakak Neelofa





Sebelum bercerita bab resepi, saya ingin kongsikan sedikit bab hutang seperti yang diperkatakan Ustaz Aliff Mahalil dalam tazkirah Zohor. Sebenarnya ada orang tidak senang dengan apa yang saya kongsikan. Saya bukan pandai, saya bukan ustazah cuma saya memanjangkan apa yang saya pelajari. Sebagaimana Nabi shallallahu alaihi wa sallam memerintah umatnya untuk menyampaikan apa yang mereka terima darinya walaupun hanya satu ayat, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: �Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat� (HR. Bukhari). Walaupun sedih, namun saya redha kerana saya tidak mengharap pujian orang konon saya warak, banyak ilmu agama dsb. Tidak sekali kali. Saya hanya mengharap keredhaan Allah semata mata. Saya juga masih belajar dan masih banyak yang perlu dipelajari. 

Sambung balik bab hutang, di mana ianya mestilah dijelaskan oleh orang yang memberi hutang. Mengikut cara Islam, perjanjian hutang mestilah dibuat secara bertulis. Orang yang berhutang juga mestilah membayar hutang dan jika tidak mampu, kenalah sungguh sungguh berazam untuk membayar hutang. Begitu juga, orang yang memberi hutang perlu mengikut cara cara yang baik dan sabar dalam mengutip hutang. Tak bolehlah mengikut cara Along. Tak dapat si berhutang, ahli keluarga sekali diganggu. Mereka tidak tahu menahu pun. Malahan orang yang menangguh pembayaran hutang oleh si berhutang yang tak mampu membayar, adalah sangat besar pahalanya dan merupakan antara ciri ciri ahli syurga. Jadi kita kenalah mulai sama sama membuat senarai hutang yang perlu dijelaskan oleh waris waris di dalam buku sekiranya kita mati sebelum sempat membayar hutang sepenuhnya. Ianya supaya waris waris tahu akan hutang hutang tersebut dan akan membayar hutang menggunakan harta peninggalan si mati sebelum membuat pembahagian harta mengikut faraid. Semoga bermanafaat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas apa apa sahaja niat dan azam seseorang. 

Terdapat banyak cara atau versi memasak kicap. Antara resepi masak kicap yang ada dalam blog Azie Kitchen adalah resepi cara rozisangdewi iaitu kakak ipar Dato Siti Nurhaliza di SINI. Saya juga pernah cuba cara Fasha Sandha memasak ayam masak kicap simple untuk anak anak beliau di SINI. Resepi masak kicap pedas Azie Kitchen sebelum ini, boleh klik di SINI. Pilih jer resepi yang mana disuka. Semua nya memerlukan kreativiti kita sendiri di dapur. Campaklah apa sahaja yang ada, asalkan rasanya kena dengan selera.

Hari ini, saya nak kongsikan resepi yang saya salin dari Instagram Noor Nabila, kakak pelakon Neelofa. Ada seorang pembaca blog Azie Kitchen yang meninggalkan komen di blog yang beliau pernah mencuba resepi Nabila dan dikatakan sedap. Jadi saya pun salin resepi dan hasilnya memang sedap. Sekarang saya kongsikan pula dengan anda semua. Seperti biasa, video penyediaannya ada di Instagram Azie Kitchen #videoaziekitchen 

Jom layan resepi dan cara cara penyediaan ayam masak kicap pedas...




Ayam Kicap Pedas 

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - perap dengan halia + bawang putih + garam + serbuk pati ayam
2 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar sos cili?
2 sudu besar sos tomato
?3 sudu besar sos tiram?
6-7 sudu besar Kicap lemak manis?
Gula?
Garam?
1/2 cawan air panas
?Asam jawa - opsyenal

?Bahan tumbuk:?
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 

Bahan lain:?
1 tangkai cili merah 
1 biji bawang besar - belah 6
Daun ketumbar 
1 biji buah asam limau nipis - perah?

Cara cara:
Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak atau 3/4 masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga menjadi kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak. 

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram serta kicap. Kacau rata. 

Masukkan ayam goreng dan kacau sebati. Tuang air panas. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Ianya juga supaya rasa ayam menjadi sebati dengan kuah kicap. 




Akhir sekali, masukkan cili hidup, bawang besar, daun ketumbar dan perahan air limau nipis. 

Jika suka sedikit asam jawa. Sesuaikan rasa, jika belum ada rasa manis dan masin, tambahkan gula dan garam.




Nota:
Saya perap ayam dengan garam kunyit sahaja. 

No comments:

Post a Comment