Responsive Ads Here

Saturday 29 October 2016

Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus!! (SbS)


Ini kesinambungan daripada resepi sebelum ini iaitu aiskrim goreng. Oleh kerana ada lebihan roti lepas buat aiskrim goreng, boleh lah buat resepi ini pula.... Resepi kat bawah yekk.. Aummm...... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...





Resepi & cara buat ada pada setiap gambar




Nampak tak lebihan roti kita guna buat aiskrim goreng tadi.. Takkan nak buang kot sayang dan membazir la kan. Jommm start resepi seterusnya jeng jeng jeng..


Ok ni bahan-bahan untuk buat puding roti karamel. 

Roti dalam 4 keping 
(tapi yang ini saya pakai 6 sebab kat tengah ada lubang kan so lebih kurang la)

Telur Gred B 4 biji 
(kalau gred A 3 biji pun dah cukup)

Gula pasir 3 sudu besar

Susu cair 1 tin

Susu pekat 3/4 tin

Air suam 1 tin 
(sukat guna tin susu) 

Esen vanilla




Ok mula-mula masak gula 3 sudu sampai bertukar kaler perang.




Ok bila dah jadi cmni baru masukkan sedikit air kacau-kacau sampai sebati pastu tutup api.




Pastu tuang dalam loyang & ratakan




Pastu carik-carik kan roti dengan susu cair, susu pekat dengan air suam pastu blend sampai sebati.




Sementara tu pukul telur sampai hancur pastu tapis & masukkan dlm adunan roti+susu tadi blend lagi sampai sebati.



Hihihi lupa nak bagitau lepas masukkan telur tadi masukkan esen vanilla 2 3 titik dulu baru blend yer.



Pastu masukkan la adunan tadi dalam loyang yang ada gula karamel tadi (saya tapis dulu) Pastikan panaskan dulu periuk kukus kita yer.




Ok tutup periuk kukus pastu kukus jer la dalam anggaran 45 minit - 1 jam. Tengok sendiri la dah masak ke belum yer




Nampak x dia dah naik setinggi gunung. Hahaha..
Kalau agak dah masak tutup la api




Ya Allah wanginya harum semerbak 1 umah. 
Bila dah masak angkat letak kat luar kejap pastu terbalikkan dalam pinggan pastu masukkan dalam peti ais ok.




Tarraa siap dah pun dah boleh la makan. Abaikan rupa yang tak berapa lawa tu sebab yang ni versi express janji sedap sudah kan




Nyum3 sedapnya x terkata.. malas nak cakap apa dah try la buat sendiri kalau nak tau sedap ke x. Hihihi 



Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Ana Mariana Ismail


No comments:

Post a Comment