Responsive Ads Here

Tuesday 25 October 2016

Masak Lemak Cili Padi Paru






Kita pasti tak percaya jika jumlah warga asing di negara kita telah meningkat lebih dari 6 juta. Ke mana mana pergi pasti kita akan bertemu dengan warga asing. Ada setengah lokasi di ibu negara, kita akan terasa seolah kita pelancung. Ya pelancung di negara sendiri dek kiri kanan depan belakang kita adalah muka muka warga asing. Tengok sahaja di restoran, di bank di pasar raya dan banyak lagi. Belum lagi di sektor pembinaan, perladangan dsb. Kenapa ini semua berlaku? Adakah kerana ketamakan segelintir manusia yang memperdagangkan manusia demi mengaut keuntungan besar? Jika begitu ramai cheap labour yang menguasai bidang pekerjaan di Malaysia, di mana anak tempatan mencari rezeki. Majikan yang ingin untung besar akan menggaji rakyat asing dengan bayaran gaji yang rendah. Syarikat syarikat pembekal kakitangan keselamatan berebut membawa masuk pekerja asing. Di mana rasa tanggungjawab pada negara dan pada rakyat negara ini. Tidak adakah rasa tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan? Orang tempatan ada keluarga yang perlu disara, ada rumah yang perlu dibayar. Bukan seperti warga asing yang hanya tinggal di rumah kongsi. Jadi tidak adil untuk tidak membayar gaji lebih tinggi pada warga tempatan. Sesungguhnya harta dan duit yang dikumpul tidak akan membawa ke mana mana bila nyawa telah berpisah dari badan. Sebaliknya jasa yang baik akan terus memberi manafaat hatta selepas kita tiada lagi. Siapa pun kita, lakukan tanggungjawab kita. Sekurang kurangnya tidak redha dengan apa yang dilakukan oleh orang orang yang berkuasa. 

Hari ini saya nak kongsikan resepi Masak Lemak Cili Padi Paru. Biasanya kalau dengar jer paru, pasti yang terbayang ialah paru yang digoreng rangup dan juga paru sambal berlado. Oleh kerana masih ada lebihan paru dari Paru Masak Berlado di SINI, saya pun menanyakan kawan pejabat, apa lagi masakan yang sedap menggunakan paru. Spontan jer dia menjawab masak lemak cili padi atau rendang. Kalau nak memasak rendang, agak banyak bahan yang diperlukan. Jadi saya buat keputusan untuk memasak lemak sahaja. Memang sedap. Ya lah masak lemak apa apa pun sedap. Rasanya masak lemak cili padi ini cukup sinonim dengan nogori. Kuahnya yang lemak dan hanya menggunakan cili padi dan kunyit hidup sahaja. Bahan lain seperti serai atau daun kunyit hanyalah aksesori. Boleh diletak atau boleh jika tak mahu memasukkannya.

Jom layan resepi masak lemak cili api paru. Seperti biasa kalau nak tengok video semasa penyediaan lauk ini, kena singgah di Instagram Azie Kitchen.





Masak Lemak Cili Padi Paru
Bahan bahan:
Paru - rebus dan hiris
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
1 asam keping
Garam secukupnya
1 kotak santan kotak

Cara cara:
Paru direbus dalam 30 minit sehingga empuk. Angkat tos dan sejukkan sebelum dihiris.

Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Masukkan bahan tumbuk, serai dan daun kunyit ke dalam kuali bersama paru dan dikacau rata atas dapur. Tuangkan sedikit air. 



Bila air mendidih, masukkan santan kotak. Kacau rata. Masukkan garam dan asam keping. Kacau sehingga masak dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dari dapur dan sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment