Responsive Ads Here

Tuesday 31 January 2017




Hari ini warga Wilayah Persekutuan seperti saya bercuti kerana menyambut Hari Wilayah. Ramai yang ambik kesempatan untuk pergi bercuti kerana kebetulan boleh dapat cuti panjang dengan mengambil satu hari cuti semalam. Saya pula sebenarnya tidak pernah merancang percutian, malahan tak sedar pun hari yang cuti panjang kerana berkebetulan dengan cuti cuti umum seperti minggu ini dan minggu Hari Thaipusam. Setiap hari saya tidak pernah ada dalam hati untuk ke mana mana samada dalam atau luar negeri. Kalau dalam negeri, lagi lah tiada perancangan kerana malas dengan kesesakan jalan raya. Bila cuti jer jalan raya sesak di sana sini. Banyak masa terbuang dalam kereta. Masa diambil untuk perjalanan ke Kota Bharu sama dengan masa penerbangan ke Perth Australia. Di bandar Kota Bharu pulak sesak dengan kenderaan plat dari luar Kelantan. Keduanya kerana saya memang tak nak bercuti dalam negara. Agaknya dulu, kami dah berjalan merata. Jadi anak anak pun tak mahu ikut jika bercuti dalam negara. Kalau ke luar negara pula, memang seronok tetapi saya pun malas dengan cuaca yang sejuk. Kalau saya pergi pun, semata mata nak mengembirakan anak anak. Jadi saya pun tak tahu apa yang saya nak sebenarnya. Apa yang saya tahu, saya suka duduk di rumah sahaja. Lebih tepat duduk memerap di bilik. Adooi parah lah penyakit macam ni. Tolooong apa nak buat niiii? Bila dilihat gambar gambar lama, rupanya banyak negara juga yang telah saya kunjungi. Jadi memang patutlah kalau saya macam dah tak ada perasaan untuk bercuti. Meh kita masuk sikit bab resepi dan masakan. 

Bila selera makan tak ada, memang saya mencari masakan yang ringkas. Kadang kadang makan dengan nasi putih tak berkuah pun. Lebih lebih lagi nasi menggunakan beras Basmathi atau yang menggunakan beras yang sedap sedikit. Kalau masa kecil dulu, kami hanya makan nasi menggunakan beras yang padi ditanam sendiri oleh kedua ibubapa kami. Padi yang ditanam akan disimpan untuk dimakan sehingga musim padi berikutnya. Bila kehabisan beras, saya ditugaskan untuk menjemur padi di atas tikar dan bila kering akan ditumbuk. Saya sempat juga menghantar padi dengan menaiki basikal untuk dimesin di kilang berdekatan. Saya beli petai yang dijual di depan gerai makan Tangling ketika ke sana untuk bersarapan. Nampak isinya besar dan bulat bulat, beli 2 ikat dengan harga RM10.00. Kebetulan juga Juita ada balik, jadi saya memasak lauk pauk berasaskan petai kerana Juita memang sukakan petai. Boleh juga lihat resepi Masak Sardin dengan Petai di SINI 

Jom layan resepi yang mudah dan sangat menambat selera. Pendek kata masakan ringkas seperti ini boleh menambah selera makan. Jangan lupa tengok video di instagram azie kitchen dan LIKE sekali. Hahaha abaikan kuali antik saya tu. Kuali pertama yang dibeli selepas berumahtangga. Hitamnya dah tak boleh disental. Nama pun kuali kan. Kalau tak hitam, dah tak macam kuali. Jadi ada sentimental value. Walaupun ada banyak kuali di rumah, kuali tu juga yang jadi pilihan setiap kali hendak memasak. Ada periuk dan kuali yang dibeli di US dan ada yang dibeli di Australia. Rajin membeli tapi sayang nak diguna. Lagi pun saya memasak untuk hidangan keluarga, bukan sekadar memasak untuk blog....





Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup

Bahan bahan:
1 papan petai - hiris nipis
1/2 mangkuk ikan bilis
2 - 4 tangkai cili merah - tumbuk
1-2 tangkai cili padi - tumbuk
Sedikit garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng petai hingga kekuningan. Angkat dan tos. Masukkan pula ikan bilis dan goreng sehingga garing. Angkat dan tos. 






Menggunakan minyak yang sama, tumis cili merah dan cili padi yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan sedikit garam. Jangan lebih kerana ada ikan bilis yang agak masin. Jika tiada cili hidup, boleh juga menggunakan cili kisar tapi kena dimasak agak lama sedikit sehingga cili benar benar masak.





Setelah cili masak, tutup api dan biarkan sehingga agak suam. Masukkan petai dan ikan bilis yang digoreng. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.






Monday 30 January 2017

Resepi Sambal Sotong Sedap!! | Ok siap dah hidangan sotong emas 24k 4 ekor rm8 haha...smbal sotong yg baik die xberair dan sambal melitupi semua sotong ramai yg xtau step die walau nampk hidangan yg mudah nak tau tips masak sambal sotong sedap jom cikedot bekedot2 hehe

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Azlina Ina Fans

Resepi Sambal Sotong Sedap!!


Ok bahan-bahan 15 tangkai cili kering rebus dulu buang kotor dan bagi lembut sikit

2 labu bawang besar belah 4

3 hingga 4 ulas bawang putih kopek kulit

Cuci bersih dan blender semua dengan sedikit air dan minyak masak



4 ekor hingga 5 ekor sotong jangan banyak-banyak mahal hahaha... cuci bersih dengan tepung gandum dan tos



Ok panas kan minyak, masuk bahan blender dan 2 sb gula

 Awal-awal masuk gula tu kacau dan biar naik minyak dan bertukar warna merah ke meroon selagi xmerron jangan ko masuk sotong ok



1 cawan air didih letak garam sikit kan celur sotong 2 minit angkat tos



Ok satukan dengan petai dan bawang besa holand hiris



Ok dah nampk cantik warne dia kuali je yang xbaper cantik so kesah plak aku hahaha lantak la..

masuk garam dan perasa sikit jangan banyak-banyak nanti botak heee

Kacau rata



Ok kuat kan api masukkan semua kawan-kawan sotong dan sotong tersebut jugak gaul dalam 3 minit



Masuk 1 sb air asam jawa



Perghh siap mabeles meletop berhingus makan hahahaa

InshaAllah kalau ko masak camni laki ko xjadi nak kawin lain bahahaha...mabeles

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..


Resepi Perapan Ayam BBQ Dan Sosej!! | Ok, saya nk share resepi perapan ayam bbq dan sosej. Saja nak share, sebab ada buat bbq dekat kampung belah mak sempena CNY. Hehe. Bahan-bahan dan cara-cara nak buatnya mudah je cuma follow steps semua jadi. Campak-campak pon jadi je.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Noh Irwan Ahmad

Resepi Perapan Ayam BBQ Dan Sosej!!


Biji ketumbar, kiri tu dah kisar, serbuk jintan putih & serbuk jintan manis. 

Saya gune brand giant je, sodap jugak



Bawang besar potong camni sonang nak blender.



Bawang putih x terkira baper ulas, halia, serai dan bawah jati donald trump tu lengkuas.



Serai 2 batang dititik masuk gaulkan sekali dalam perapan.



Cili boh pon gune brand giant, nak gune cili kering pon boleh



Ayam 3 ekor, basuh dulu bukan campak terus dalam perapan



Sosej saya guna cap ayam pertiwi je.



Saya suka basuh dulu sosej nie saja nak tambah keje.  xdela, nak pastikan bersih.



Tada, hasil gaul punya gaul nielah hasilnya oi



Haaa perapan sosej



Yang nie perapan ayam. Sama je perapan dia, saya bahagikn dua je.



So bolehlah bakar or nak perap dulu seketika. Atas tuan/puan yer.

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..



Resepi Kek Pisang Gebu!! | Ramai betul pm Lola mintak resepi kek pisang gebu nii lepas Lola pos buat kek pisang ari tu . Malam ni Lola share la yer, Ni resepi Lola sendiri.. Tapi Memang senang, dalam sejam dah siap.. Boleh cuba yer kalau nak.. nak share pun di persilakan.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Cheez Berry



1) Campurkan 3 bahan di bawah ni ke dalam blender dan blend hingga gula tu uolls rasa dah betul2 hancur.. 

- 3 biji telur

- 1 cawan gula

- 1 cawan minyak masak



2) Masukkan 5 biji pisang yang telah di potong ke dalam blender yang masih mengandung adunan pertama tadi.. Blend hingga pisang betul-betul hancur atau lumat...



3) Ni la rupaaa adunan tadi yang sudah siap di blend tadi... 

Letak dalam bekas yer untuk masukkan tepung pulak



4) Lepas tu masukkan bahan di atas ni ke dalam adunan tadi.. Lola ayak dulu tepung, soda bikarbonat dan baking powder ni..

- 1 cawan SETENGAH tepung gandum

- 1 sudu tea baking powder

- 1 sudu tea soda bikarbonat 

- 1 sudu tea ovalett

(Kacau lama sikit biar sebati)

*boleh letak esen vanilla jugak, tapi kat umah dah habis, malas keluar beli.. Hihihiiii



5) Lepas tu masukkan dalam loyang .. Tapi kat loyang tu pastikan uolls sudah sapukan dengan mentega atau marjerin di tepi dan dalam loyang tu yer.. utk pastikan kek tak melekat nanti bila nak potong..



6) Potong sebiji pisang nipis-nipis macam ni untuk di hiaskan atas adunan tadi



7) Ni rupaaa lepas di hias



8) Bakar pada suhu 170 selama 40 minit atau shingga kek telah masak dengan sempurna. 
(Gambr ni kek dah masak yer)

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..



Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers!! | Sejak beli oven, ni dah kali ke 4 aku buat. Jadi aku nak share pada rakan fb yang mana nak cuba. Memang sedap, meleleh wa cakap lu.... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi oleh : Otai Malaya



Bahan-bahan:

Ayam (1.5kg)

1 sudu teh garam

1 kiub pati ayam

2 inci Halia 

3 batang serai

4 ulas bawang putih

4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

4 sudu makan madu

4 sudu makan sos tiram

4 sudu makan minyak zaitun



Ni aku blender serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.



Ni rupanya setelah blend.



Campurkan semuanya dalam bekas untuk perapan. 

Bahan blender, madu, lada hitam, sos tiram dan garam.



Gaul sebati



Gaulkan bersama ayam



Ni aku buat untuk 2 ekor ayam. Wife aku suka sangat makan. Jadi aku gandakan bahan-bahan tadi.

Aku perap ayam semalaman. Kalau kau orang dah x sabar, perap je minimum 4 jam. Lagi lama perap, pergh.. sampai ke tulang dapat rasa.



Ni dah sedia untuk di panggang



Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Aku guna api atas bawah. Suhu 200'C dan panggang dalam oven selama 35 - 40 minit



Ni hasil panggang selama 30 minit. Aku keluarkan ayam untuk sapu majerin. Bagi nampak cun. Lepas tu aku sambung panggang dalam 8 minit lagi.



 Ni hasil selepas 38 minit dipanggang.

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..