Responsive Ads Here

Sunday 15 January 2017

Kari Ikan Merah Yang Sedap






Petikan dari video Ustaz Wadi Anuar berkenaan bila Izrail Datang Memanggil. Ingat tak lagu Selimut Putih yang suatu ketika, ketika saya masih kecil, cukup popular. Senikata nya masih diingat. "Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan. Seluruh tubuh akan menggigil. Sekujur badan kan kedinginan. Tiada lagi gunanya harta, kawan karib sanak saudara. Jikalau ada amal di dunia, itulah hanya pembela kita". Haa ingat tak lagu tu? Bila nyawa di kerongkong, pintu taubat telah tertutup buat selamanya. Ketika itu kita akan mula melihat 2 alam iaitu alam nyata yang ada di sekeliling kita.  Kedua alam ghaib di mana kita  akan melihat makhluk ghaib yang pertama iaitu malaikat maut. Masa tu, kita boleh tahu jika kita mati baik atau tidak dengan melihat siapa pasukan malaikat yang datang. Manusia juga akan kali pertama melihat roh nya sendiri bila roh keluar dari jasad. Roh orang beriman akan diwangikan dengan wangian syurga. Dari Padang Masyhar kita akan melintasi titian sirat selama 50-70 tahun perjalanan. Masa atas titian sirat dah terbau wangian syurga. Wangian syurga itu diberi pada orang beriman yang baru lepas kesakitan sakaratul maut. 

Hidup dunia  sekejap jer. Kita hidup lebih lama di alam barzah. Tengok sahaja nenek moyang kita yang telah lama pergi. Telah berapa lama mereka berada di alam barzah. Apa lagi manusia di zaman Nabi Adam, pasti lagi lama. Di Padang Masyhar kita berada 50 ribu tahun. Kena ingat masa dunia tidak sama dengan masa di akhirat. Jadi berbaloi kah kita berebut rebut bermusuh musuhan menjadi hamba abdi pada dunia. Bekerja siang malam tanpa pedulikan tanggunjawab pada keluarga. Atau dalam melakukan pekerjaan, melakukan perkara yang membawa dosa. Semoga ianya menjadi peringatan dan berguna buat kita semua.

Meh kita masuk pula bab resepi. Hari ini saya nak kongsikan cara saya menyediakan Kari Ikan. Saya belajar dari kakak ipar saya cara menyediakan Kari Ikan yang sedap. Walaupun rasa dah ada tapi rupanya tak berapa menjadi. Rasanya masih kurang minyak dan juga santan terlebih pekat. Memasak memerlukan kita selalu praktis. Jika hari ini tak menjadi, cuba lagi. Pasti lama lama akan menjadi sedap dan cantik. Saya memang suka kari yang dimasak oleh kakak ipar saya. Kalau memasak kari ikan, mesti ada rasa masam masam sedikit.

Jom kita layan resepi dan cara menyediakannya. Nak tengok video, kena cari di Instagram dengan hashtag #videoaziekitchen. Jom layan... 



Kari Ikan Merah

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah
1 paket kecil rempah kari
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika suka pedas
Air asam jawa
1 kotak santan kotak - agak cair

Bahan lain:
Kacang bendi
Tomato buah
Cili hijau - belah 2

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang bawang dan halba campur serta daun kari.

Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan cili serbuk/cili boh dan sedikit air. Nota: saya tumis serbuk kari kering sebelum dimasukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak, sebelum tuangkan santan.

Tumis sehingga rempah garing. Masukkan santan dan air asam jawa.

Bila mendidih, masukkan ikan. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak.


Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Saya suka kari yang ada rasa masam sikit. Jadi air asam mesti lebih.

No comments:

Post a Comment