Responsive Ads Here

Wednesday 31 May 2017






Kuliah Zohor Ustaz Zawawi hari ini. Apabila Hambaku bertanya kepada mu tentang Aku, maka Sesungguhnya Aku sangat dekat. Aku akan perkenan apa sahaja permintaan hambaKu. Bukan sahaja Allah mendengar tapi Allah akan perkenankan doa dan hajat hambaNya. Tapi berdoa juga mesti ada kualiti. Orang berdoa dengan meletak diri sebagai hamba, pasti doa nya akan diperkenankan. Adakah kita ketika mengucap doa adalah menpunyai perasan hati seorang hambaNya yang lemah. Apa ciri ciri seorang hamba? Cirinya adalah orang yang memerlukan. Contoh nak pergi Haji tapi dalam akaun tabung haji hanya ada rm500 sahaja. Agak agak bila kita buat rayuan pada Tabung Haji, apa yang kita nak tulis. Ungkapan berbeza, surat rayuan juga berbeza antara orang yang ada duit saving RM50k dengan RM500. Doa sebelum berbuka dan selepas berbuka pasti berbeza dari segi nada suara dan ungkapan. Di mana kedudukan hati kita semasa kita berdoa. Ada orang berdoa selepas solat, di mana berdoa sambil tangan melipat sejadah dan ada yang tengah buka WhatsApp. Ianya menunjukkan tangan tidak turut sama memohon. Macam mana doa hendak dikabulkan. Kita sepatutnya bermohon sebagai seorang hamba yang tidak punyai apa apa. Kedua kita minta banyak perkara berdasar apa yang kita perlu. Adakala doa kita bercanggah antara satu sama lain. Hari ini kita minta ini tapi esok kita minta itu pulak. Tapi Allah perkenankan doa bergantung pada penilaian Allah. Allah bagi hidup kita berdasar apa yang baik pada kita. Juga kita meminta sesuatu yang bukan milik kita. Contoh kita minta diberi kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik adalah bukan milik kita. Ketiga diganti dengan perkara lain. Cth kita minta A tapi dapat B. Allah beri berdasar ilmu yang luas. Masa berdoa dalam keadaan kita tak mampu tahu samada baik atau tidak. Hanya serah pada Allah. Mohon sebagai hamba yang tidak punya apa apa.





Satu hari selepas berterawih, saya ambil keputusan untuk minum minum dan makan moreh dulu. Ternampak agar agar yang dihidangkan. Bila saya mengambil seketul, aduuh sedap lah pulak. Ambil lagi seketul. Hahaha. Balik dari surau dengan gigihnya ambil ipad dan terus tanya pak cik Google, kot ada jawapan agar agar apa kah itu. Tapi cari punya cari, tak dapat clue pun. Rasanya macam ada seperti agar agar buih juga, ada juga rasa roti sikit sikit. Saya pun syor pada Juita untuk membuat agar agar atau puding sebab boleh juga saya bawa ke surau untuk berbuka. Itulah cerita bagaimana puding ini terhasil. Saya tak berapa gemar chocolate emulco, jadi guna milo yang memang ada stock di rumah. Alhamdulillah laku juga. Jiran saya Dato Shoib yang kebetulan berbuka di surau hari itu, memberi feedback sedap. Alhamdulillah, risau lah juga sebab kita tak dapat nak merasa dulu kan. Balik dari surau, baru saya dapat merasa. Secukup jer rasa manisnya. Sebenarnya puding atau agar agar adalah kuih yang mudah, cepat disediakan dan yang paling penting sangat mesra dengan tekak waktu berbuka, lebih lebih lagi jika dihidang sejuk sejuk. Memang win... Kalau mahu tengok resepi Puding Batik yang seakan sama dengan resepi ini, boleh klik di SINI. Cuma Puding Batik, tidak menggunakan roti.

Jom layan resepi puding yang sedap di bawah ini. Selamat mencuba...




Puding Roti Milo

Bahan bahan:
10 gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula kaster
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan serbuk milo - bancuh dengan sedikit air panas

Bahan kisar:
1/2 cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:
Masak serbuk agar agar bersama air dan gula kaster sehingga mendidih. 

Kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan  air. Kemudian tuang ke dalam periuk agar agar yang telah mendidih tadi. 

Masukkan mentega dan kacau rata hingga mendidih lagi.  Padamkan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan milo yang dibancuh dengan 1 sudu air panas supaya tidak berbiji. 

Ambil 1 senduk warna asal dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan milo dan tuang di atas warna lapisan asal tadi. Buat secara berselang seli sehingga habis. Kena cepat sebelum adunan menjadi beku.

Setelah siap, masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.  

Nota:
Boleh ganti Milo dengan koko atau nescafe, ikut yang disukai





Tuesday 30 May 2017

Resepi Ayam Masak Ungkep!! | Tak tahu nak masak apa untuk berbuka hari ni? Jom cuba ayam masak ungkep (ungkep ni bahasa jawa kalau melayu maksud dia masa masak tutup) mmg sedap giler simple sgt jom cikedot..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Tidak dijumpai



Ok bahan-bahan untuk sekor ayam:

4sb ketumbar
1sb jintan putih
sedikit cilipadi kalau nak pedas kalau xnak pedas xletak pon xpe
4ulas bawang merah bombay kecik lg wangi aku bg xontoh je gamba tu satu hehe
3ulas bawang putih
sebesar ibu jari kunyit dan halia ikut la kalau ibu jari ko besa kelapa nasib la hahha
ok rendam air panas dulu ketumbar dan jintan tos
masuk kan semua dalam belender



letak minyak dan sedikit air blender



Ok tumis kan 4 batang serai di titik bukan ditetek.. baca elok2.. tumis dalam kuali hitam lg sedap...
.ok tumis smpai naik bau kalau xnaik2 jugak ko naik tangga turun tangga buat 4 kali



Ayam mesti bersihkan dn potong jgn kecik2 sbb masak ni macam reneh bukan bijik benih reneh ni masak slow2 bertutup ok



Masukkan bahan blender tadi jangan masukkan blender sekali plak haha smpai die naik minyak



Sambil tu kacau-kacau kan



masukkan ayam...



Ok masuk kan 1 cawan 1/2 air yg ko masuk dalam blender tadi ade sisa-sisa kan godak2 tuang. Ok slowkan api biar dia mereneh.. ok mesti tutup baru dipanggil ungkep kalau ko xtutup. xjadi resepi ni pahem



Ok sekarang bukak tutup bila dah nampak kuah kering masukkan garam gula dan bahan perasa kalau ko guna xkira la ajinomoto ke ajinobasikal ke ikut ko..



Ok sedikit air asam jawa dalam 2 sudu besar.. tutup kejap, tunggu sebati.. kuah pekat



Siap!!.. pergh siap sedap woih...ko makan ni gerenti mak metua lalu ko xsedar betul...try la..

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : Azlina Ina Fans


Monday 29 May 2017







Kuliah Subuh Ustaz Basri di Surau Ad Dhuha surah Al Mulk. Saya tidak menulis berkenaan tafsir tapi hanya ingin kongsikan antara petikan yang sempat saya catat semasa kuliah tersebut yang sangat memberi motivasi pada saya, iaitu kelebihan surah Al Mulk yang menjadi peguambela kita dan juga bab rezeki. Ustaz menyebut 2 hadis berkaitan surah Al Mulk di mana Rasulullah Shallallahu �Alaihi Wasallam bersabda: �Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.� Ulama berkata: �Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.� Surah Al Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya sebagai amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: �Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu �Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.� Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama: �Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?� Bayangkan bagaimana jika ini berlaku? Berapa lama manusia boleh bertahan tanpa air? Dulu saya selalu mendengar arwah Bonda membaca surah ini. Arwah memang menghafal banyak surah surah dan doa doa semasa berbelas tahun tinggal di Pondok Pasir Tumbuh. Hahaha dah melencong sikit ya. 

Sambung lagi dari kuliah tadi di mana Allah sebut tentang rezeki yang kita semua dok risau. Allah boleh bagi rezeki pada siapa yang Allah kehendaki. Dengan mengingati bahawa kuasa mutlak ada pada Allah, akan menjadikan kita orang yang senang dan tenang menjadi hamba Allah. Ini adalah kerana kita yakin semua berlaku dengan ketetapan yang ada pada Allah. Kita tak perlu risau kerana yang menentukan rezeki kita adalah Allah semata, bukan boss. Allah memberi motivasi supaya kita tidak risau akan apa yang Allah akan beri pada kita. Perkara paling penting pada orang Islam ialah untuk memikirkan perkara yang jauh sehingga akhirat. Fikir akan kehidupan selepas mati. Mati adalah suatu yang sangat memberi motivasi bukan melemahkan. Dengan mengingati mati, kita akan menggunakan harta yang ada ke jalan sebaiknya. Harta yang ditinggal pada anak isteri tak boleh memberi manafaat bila kita mati. Itulah sebab orang yang mati meminta satu saat untuk balik ke dunia bagi memberi sedekah semua harta yang ada. 

Allah menyebut siapa paling baik amalannya. Bukan paling banyak amalannya. Contoh, Bagaimana untuk jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sebelum nya. Contoh baca Al Quran dengan tafsir sekali. Kalau tahun sebelumnya hanya baca Al Quran sahaja, tahun ini kita lakukan sedikit peningkatan. Jika sebelum ini tidak sempat khatam, tahun ini cuba dengan cara membaca 5 helai dari setiap waktu solat sebagai strategi untuk kita khatam Al Quran. Cari masjid yang imam terawihnya yang boleh memberikan satu perasaan dalam solat kita, bukan masjid yang membuat solat terawih 8 atau 20 rakaat. Begitu juga bila ada ilmu, kita tahu apa yang dikatakan terbaik. Contoh, strategi dengan melewatkan bersahur dan paling cepat berbuka akan memberikan pahala yang lebih pada kita. Nabi Muhammad SAW menyebut dunia, hanyalah jambatan bagi akhirat. Anggaplah dunia tak ada apa. ianya hanya jambatan untuk dilalui sahaja, bukan untuk tempat tinggal. Dunia hanya tempat bercucuk tanam. Kita memerlukan teknik dan strategi untuk menjadi seorang yang paling baik amalannya. Setakat ini dahulu, semga bermanafaat dan jika masih belum mengamalkan membaca surah Al Mulk sebelum tidur, jom amalkannya hari ini juga..

Berkenaan masakan pula, saya hanya meminta Hubby membeli sedikit sahaja udang untuk dimasukkan dalam sayur goreng campur. Tapi bila dibuka plastik yang dibawa balik, ooh banyak lah juga. Memang udang segar boleh disimpan tapi bila dah disimpan tu, rasanya dah lain. Hubby mencadangkan supaya saya menyediakan Sambal Tumis Udang. Saya suka sangat jika diberitahu apa perlu dimasak. Tak payah pening pening kepala nak fikir apa nak dimasak. Pada mulanya Hubby mencadangkan supaya saya memasak lemak udang. Tapi bila diberitahu yang saya telah memasak lemak ayam, dicadangkan supaya saya menyediakan Sambal Tumis. Sambal Tumis memang win di rumah ini, selain dari Paru Goreng Berlada. Kalau ke Bazar Ramadhan, Hubby dan anak anak akan mencari Paru Goreng Berlada.



Cara saya menyediakan sambal tumis mungkin berbeza sedikit dengan orang lain kerana saya menggoreng udang terlebih dahulu. Ini adalah cara keluarga mertua saya bila menyediakan sambal tumis udang. Walaupun udang adalah makanan laut yang manis namun saya terasa sedikit hanyir jika udang terus dimasukkan ke dalam sambal. Jika dimasak lama, udang pula akan menjadi kecut dan tak cantik. Jom layan resepi mudah cara saya menyediakan Sambal Tumis. Apa apa pun sambal yang sedap, mesti ada sedikit manis berbanding masin dan masam.




Sambal Tumis Udang

Bahan bahan:
Udang
1/2 mangkuk cili kering kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam 
1/2 keping asam keping 
Sedikit serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika, angkat dan ketepikan. Jangan lama lama, cukup sekadar bertukar warna.Menggunakan kuali yang sama, tambah lagi minyak masak secukupnya, tumis bawang besar dan bawang putih yang dikisar sehingga agak agak masak. 

Masukkan pula cili kering dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Memang menumis memakan masa yang lama.

Masukkan satu sudu gula terlebih dahulu, kacau seketika. Tujuan saya memasukkan gula adalah untuk menjadikan sambal berwarna cantik. Kemudian masukkan sedikit air, garam, gula dan asam keping. 

Dan akhir sekali, masukkan udang dan biarkan seketika. Kemudian tabur sedikit serbuk perasa, jika suka. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.



Selamat berbuka puasa kepada semua.




Resepi Sambal Sotong Bersumbat Telur!! | Resepi Sambal Sotong Bersumbat Telur. Sedappnya! Terus gemuk sotong2 nya hihi..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Tidak dijumpai

Resepi Sambal Sotong Bersumbat Telur!!


Bahan utama mestilah sotong hehe



Bahan inti untuk sumbat:

- Telur 4 biji
- 3/4 ekor udang cincang2
- 1 bj bwg merah cincang
- 1 bj cili merah cincang
- 2 helai daun bwg cincang
- garam n lada hitam secukup rasa

*Kacau sebati.. dan gorengkan separuh masak.



Dah goreng jadi macam ni...

Siap untuk inti.. ketepikan dulu tunggu sejuk baru kita sumbat dalam perut sotong



Dahhh.. kenyang sotong kena sumbat... tuan nye lapar lagi nih... ;)



Untuk sambal pulak:

- Bawang merah, bawang putih, 2 batang serai... blend 
- Kemudian tumis dengan cili blend
- biar hingga garing dan pecah minyak.



Dah pecah minyak macam ni, masukkan 2 sd besar sos tiram, garam dan gula secukup rasa.



Agak2 dah pekat sambal tu, masukkn sotong yang kita sumbat tadi



Siappp!!!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Sunday 28 May 2017





Memang setiap kali Ramadhan, saya akan mengurangkan aktiviti memasak di dapur. Saya hanya memasak yang ringkas ringkas atau memasak lauk untuk hidangan sahur. Ini adalah kerana anak anak saya suka ke Bazar Ramadhan untuk membeli lauk pauk dan kuih muih. Jadi saya tak mahulah membazir bila terlalu banyak makanan di rumah. Keduanya kerana saya mahu memberi tumpuan pada ibadah bulan Ramadhan. Bila mendengar Hubby mengeluh kerana katanya Bazar Ramadhan tak menarik, tak banyak gerai dan lauk dan kuih yang dijual juga tidak menarik, saya terus meminta Hubby membelikan bahan bahan untuk memasak. Seperti biasa lauk bulan Ramadhan saya adalah lauk yang ringkas tetapi yang digemari oleh anak anak. Itu yang penting. Saya mendapat idea untuk memasak Ayam masak lemak selepas makan ayam masak lemak yang dimasak oleh Chef Ridzuan yang dilantik untuk memasak hidangan berbuka puasa di surau Ad Dhuha. Masak lemak disediakan untuk berbuka pada hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Rasanya sangat sedap. Saya siap menambah lauk kerana dah berazam untuk mengurangkan pengambilan nasi. Tak senang duduk saya dibuatnya, selagi tidak mengetahui bahan bahan yang digunakan dalam gulai ini. Saya tak pasti kalau ianya masak lemak cili padi asli nogori atau versi masak lemak cili padi yang lain. 





Pada hari kedua, saya kebetulan berjumpa dengan Chef. Apa lagi, pasti soalannya adalah bahan yang diguna untuk memasak masak lemak semalam serta tips. Kata Chef cili padi dikisar sekali dengan tangkai untuk merasai kelainannya dengan masak lemak yang menggunakan cili padi yang dibuang tangkai. Mungkin ini cara Chef yang dah bertahun tahun berpengalaman memasak di hotel hotel. Maklum mereka memasak dalam jumlah yang banyak, jadi cili padi yang dibasuh terus dikisar. Agak saya lah. Hahaha. Menurut Chef, beliau menumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Mungkin sebab dia memasak dalam jumlah yang banyak. Lebih mudah jika bahan ditumis. Selain itu, ayam yang digunakan juga tidak dibuang kulit sepenuhnya. Jadi kuahnya memang nampak cukup naik minyaknya berbanding apa yang saya hasilkan. Juga menurut Chef, sedap juga jika menggunakan daging untuk resepi ini.

Sebelum kita layan resepi, saya nak kongsikan sedikit berkenaan antara doa yang patut kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya belajar semasa kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad beberapa tahun yang lalu. Sepanjang bulan Ramadhan, doa adalah mustajab. Ada satu detik dalam bulan Ramadhan, di mana Allah SWT akan membebaskan hambaNya yang sepatutnya masuk neraka. Jadi kita berdoa dalam Bahasa Melayu pun tak apa. Ya Allah, masukkan nama aku dan seluruh ahli keluarga ku ke dalam senarai nama mereka yang dibebaskan dari api neraka. Ada ustaz yang mencadangkan supaya kita berdoa semasa setiap kali sujud. Tapi jika di dalam bahasa, doa hendaklah di dalam hati sahaja. Kalau tidak, kita kena berdoa di dalam bahasa Arab, Allahummaj alni, min 'utaqoo ika minannaar. Selamat beramal. Sebanyak mana pun amalan, jika dosa tidak terampun, kita belum terlepas dari siksaan neraka. Jadi matlamat kita adalah untuk mendapat keampunan Allah dan untuk masuk syurga Allah tanpa hisab.

Jom layan resepi yang saya salin dari Chef hari ini. Selamat mencuba semua. Nanti share apa hasilnya, sedap atau tidak ya.   





Ayam Masak Lemak Cili Padi Versi Chef

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 kotak santan kotak
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 keping asam keping
2 batang serai - ketuk
Sedikit serbuk perasa

Bahan kisar:
Segenggam cili padi - Jangan dibuang tangkai
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia - guna sikit sahaja


Cara cara:
Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam. Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi. Ketika ini, air ayam akan terhasil. Nota: Chef tumis bahan kisar sehingga wangi. 

Kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai dan kacau rata sehingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Setelah sesuai rasa dan kuah dah cantik, bolehlah tutup api. 




Nota:
Boleh juga menggunakan daging dan diletak ubi kentang untuk resepi ini. 




Saturday 27 May 2017

Resepi Asam Pedas Pekat Melekat Muar!! | Asalamualaikummm... juga resepi daripada Azlina Ina, beliau mau ajar korg signature dish keluarge metua dia belah muar.. so sape org sane xpandai masak asam pedas melekat pekat power ni jgn cakap lahir kat muar haha.. asam pedas pekat melekat muar..


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Azlina Ina Fans

Resepi Asam Pedas Pekat Melekat Muar!!


Ok bahan-bahan utama:

10 atau lebih cili kering ina rebus dulu sekejap buang kotor dan bg lembut tos kan
1 cili besa dan sedikit cilipadi merah nak tambah pedas je xnak letak xpe
1/2 sb lada putih aka lada sulah
1 inci halia dan kunyit ko g la amik pembaris ukur
1 labu bawang besa dalam resepi ni xde letak labu ye 
3 ulas bawang merah bombay
3 ulas bawang putih
semua blender kcuali lada sulah tumbuk kang blender die xhancur tepakse plak ko kunyah lada putih tu sebijik2



Ok bahan2 pewangi bukan minyak wangi tp egent penyedap dan eksesori asam pedas ko tgk la sendiri mana xkenal tanya kot2 ko ingat daun kesum tu rumput plak muahaha



Ikan yang korg pilih semua ikan sesuai kecuali ikan bilis



Ok sile tumis serai bagi naik bau



Masuk kan bahan blender tadi dan lada sulah yang korg tumbuk.. masak smpai garing dan naik minyak



Masuk daun kesum tapi jangan semua separuh je



Masuk bendi bg ikan yg cepat hancur contoh ikan kembung dan ikan yg lembut2 kalau ikan agak pejal macam ikan merah dan ikan duri dan sebagai nye masuk ikan dulu 
ok bia 5 minit



Masukkan ikan plak



Terus masuk 2 sb asam jawa yg dah bancuh dgn 1 cawan 1/2 air tgk la byk mana kuah ko nak eh dan jenis ikan ape ko masak kalau ikan agak keras sket 2 cawan pon ok



Slow kan api dan biar mendidih



Bukak dan letak garam, gule dan perasa.. ni ikut kepandaian ko la jgn ko boh garam sebesen udah



Ok picit2 ikan dan bendi empuk masuk kan kesum yang separuh tadi dan tomato biarkan sekejap je



Pekat je siap. perghhhh die punye warne bau rasa mmg boleh buat ko makan smpai xsedar makan pinggan sekali hahaha

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Resepi Ayam Kari Ungkep Berempah!! | Asalamualaikummm... resepi daripada Azlina Ina, cikgu masakan yang tak asing lagi. Memang serba boleh beliau tu, sekarang ni beliau kongsikan resepi ayam kari ungkep berempah jom cikedot... boleh buat berbuka puasa nanti..


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)


Sumber : ?Azlina Ina Fans

Resepi Ayam Kari Ungkep Berempah!!


Bahan ini adalah untuk 1/2 ekor ayam:

5 tangkai daun kari..jgn leraikan dgn tangkai
1 peket serbuk kari ina gune babas ko nak gune terbabas ke alagapas ke alagopal ke boleh
1sk serbuk kunyit dan 1sk lada putih ditumbuk
3 ulaa bawang merah bombay
1/2 labu bwang besa
sedikit halia
2 ulas bawang putih
hiris semua 
ok tomato sebagai hiasan ko nak masuk kan jambu batu pon sukati



Ok ayam bersih kan ina suke basuh dengan air beras hilang bau hanyir.. jangan basuh dengan sabun nanti mulut ko bebuih



Ok panas kan minyak lepastu tumis kan 2 tangkai daun kari api slow kang hangus



Masuk semua bahan dihiris tadi



Dah agak garing masuk kan serbuk kari serbuk kunyit dan lada sulah tadi eh  terus masukkn 1/4 cawan air biar rempah masak

Nak tau masak dia terbit minyak.. jangan tunggu sampai terbit matahari pulak



Ok masuk ayam dan baki daun kari tadi



Tuang 1 cawan 1/2 air fan tutup api slow kan biar mendidih dan kering



Masuk garam dan perisa



Masukkan 1sb asam jawa bancuh dengan sedikit air 



Ok lepas 5 minit siap sudahhh senang sedap dan meletop kebabom hahahaa selamat berbuka berpuasa korang..


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..