Responsive Ads Here

Thursday 24 November 2016

SPONSORED POST




Pasta adalah makanan kegemaran anak anak zaman sekarang. Bila makan di restoran, anak anak akan memesan pasta. Bila mereka tak mahu makan nasi, mereka akan mencadangkan pasta. Bila disebut sahaja pasta, apa yang ada dalam kepala kami sekeluarga adalah jenama Prego. Malahan sos Prego sentiasa ada di rumah kami sebagai bekalan di saat tekak meminta untuk makan makanan barat yang telah di Malaysia kan.




 
Saya telah diberi beberapa set sos Prego dan pasta. Amboii seronok sangat hati ini kerana berpeluang mencuba semua sos Prego yang terdapat di pasaran. Terdapat 2 saiz sos Prego iaitu dalam tin dan juga dalam botol kaca. Yang dalam botol kecil seberat 350 gram dan besar 680 gram. Ada 2 jenis sos pasta Prego, yang merah iaitu Mushroom, tomato basil & garlic, mushroom & green pepper, traditional, manakala yang putih pula ialah Carbonara mushroom, Alfredo cendawan, Keju & Herba. Pendek kata ada pelbagai perasa yang boleh dipilih mengikut selera masing masing. Kesemuanya sangat sedap, pekat dan sangat berkrim. Juga tidak  lupa, Prego juga baru memperkenalkan pasta jenis Spiral dan Angel Hair.  





Prego telah melancarkan kempen Hari Jumaat sebagai Hari Pasta. Hari Jumaat hari yang lebih santai dan ditunggu tunggu ramai setelah penat seminggu bekerja. Bila tiba hari Jumaat, memang hati dah keseronokan gembira. Rasanya semua orang pun setuju dan alami perkara yang sama. Kepada ibu ibu yang bekerja, cara mudah menyediakan makanan hebat serta mewah di rumah ala ala restoran pada hari Jumaat adalah dengan menyediakan pasta buat anak anak. Dengan adanya Prego, saya dapat menyediakan pasta dengan sangat mudah. Semudah 1, 2, 3 sahaja. Tak payah nak pening pening, ikut jer resepi yang diberikan di bungkusan di botol atau tin.


Yang penting, kegembiraan terpancar di wajah suami dan anak anak ketika di meja makan dek keenakan pasta yang disediakan. Memang sangat sedap Spagetti Carbonara menggunakan sos Carbonara Mushroom dan Pasta Fettuccine. Menyediakan sendiri pasta menggunakan sos Prego sangat menjimatkan. Seperti biasa, setiap kali menyediakan hidangan untuk keluarga, saya akan menggunakan bahan bahan segar dan berkhasiat bagi memastikan keluarga saya mendapat khasiat pemakanan seimbang. Jadi saya memilih bahan bahan segar yang digemari mereka seperti ayam, sosej bagi memastikan mereka mendapat makanan berkhasiat semasa menikmati pasta kegemaran mereka.  Manakala bagi sayuran pulak, saya memilih karot dan mushroom. Yang lain lain seperti daun parsley adalah opsyenal sahaja. Jika ada dalam peti ais, saya letak. 

Selain itu, saya juga menyediakan pasta menggunakan angel hair dengan sos merah Cendawan Mushroom sebagai hidangan petang. Anak anak bujang saya, Boy dan Aween makan di luar rumah sambil melakukan aktiviti luar. Boy sedang membelek belek kereta. Juga kali ini saya selitkan karot, cendawan butang, ayam dan juga udang. Haa boleh tengok gambar gambar di bawah... Nampak macam best tak?. Aween menambah nambah makan. Memang dialah penggemar pasta no 1 di rumah ini.




 
Apa kata kita sama sama menyediakan sendiri pasta di rumah. Memang sedap dan sangat berbaloi baloi. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Prego, boleh singgah di Instagram atau facebook @Prego Malaysia juga lawati website www.prego123.com.my  Prego dijamin halal dan disahkan oleh Jakim. 


Friday 18 November 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Best!! | Cuba lah, pasti tak rugi.. Mudah dan sedap... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Ayam Masak Kicap Best!!


Hakak gune 1/2 ekor ayam



1 sudu garam



1 sudu kecik serbuk kunyit

1 sudu kecik pes halia..

Kalau takde pes halia korang boleh sagat halia tu jadikan pes



1 sudu kecik pes cili.. cili blender pon boleh



Kicap tepulang la nak banyak mane.. ikot korang la.. akak guna agak-agak ayam tenggelam dah cukup..  kalau nak lebih ikot la.. hakak xkesah (Kicap lemak manis)



Gaul semua bahan-bahan tadi jadi camni... mesra alam... dan sebati... ok wrap kan..pastu perap dalam 30 minit



Bahan tumis ni wajib kot... sebab kalau xde xspesial la korang punya lauk nanti..

Bawang besor

Bawang putih

Cili kering

Halia

Daun kari

Kulit kayu manis



Bahan sume ni hakak agak-agak je..



Ok tumis kulit kayu manis biji pelaga dan bunga lawang.. api kecik je.. kang kalau beso meletop-letop hakak xtanggung jawab



Masuk plak cili kering dan daun kari...



Dah agak garing cili kering tadi boleh masukkan bawang ... Bawang putih dengan halia... tumis sampai naik bauuu...

Makkk oit memang wangi kooo adossss terus lapo tahan level 3



Masok plak tomato.. maap dalam gambo tadi xde sebab akak otomatik amek dalam peti ais hewhew



Masokkan ayam yang korang perap tadi... ayam je tau.. yang cecair nya xyah.. letak tepi dulu.. pastu kacau rata.. Pastu tutup...



Hokeyy bukan tutup api... tapi tutup camni....biar dalam 10 minit... Api pun kecik je ok



Bile ayam dah sparuh masak gaul2 la bior mesra alam...



Dah tu baru masukkan cecair dari lebihan perap tadi...

Biar masak dalam 5 hingga 10 min... pastu tutup api... rasa la kot korang rasa xcukup masin boleh tambah garam lagi. Kacau kacau...

Ok dah siap boleh angkat pastu boleh la makan... xnak makan kalau nak tengok saje pon xpe.. hakak xkesahhh :D


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB Azzu Liza


Resepi Chicken Grill Enak!! | Saya suka sangat resepi ni. Simple. Blend, lumur, perap & grill. Bahagian isi ayam saya guna untuk buat inti sandwich. Rasanya memang awesome..


Resepi Chicken Grill Enak!! (SbS)

Resepi:

Ayam setengah ekor di cuci bersih


Bahan kisar :

1 biji bawang besar

4-5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu teh lada hitam

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar ketumbar

1-2 batang serai

1 sudu besar brown sugar

1 sudu teh garam


Kisar semua bahan di atas. Sebelum lumurkan pada ayam, campurkan bahan dibawah:

2 sudu besar kicap manis

2-3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar madu

1 sudu besar oregano


Gaul sebati dan perap ayam 3-6 jam di dalam peti sejuk untuk penyerapan rasa.

Kemudian grill di atas pan. Hidangkan bersama brown sauce & coleslaw.. 







Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : FB ?Nur Laila?

Via : MAHN


Resepi Ayam Kam Heong!! | Cuba lah, pasti tak rugi.. Mudah dan sedap... 

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Sumber : FB Kak Zon

Resepi Ayam Kam Heong!!


Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam...perap sementara sedia bahan lain....



Goreng ayam hingga masak sepenuhnyer....



Lepas digoreng



Bahan-bahan:

2 ulas bawang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi potong kasar)

4 ulas bawang putih (ketuk)

6 cili merah (belah 2) -/+ ikut tahap kepedasan anda

7 cili kampung (belah 2) -/+ ikut tahap kepedasan anda

20 helai daun kari

2 sudu makan sos cili

2 sudu makan sos tomato

2 sudu makan sos tiram

2 sudu mkn kicap lemak manis

3 or 4 sudu makan kari

Minyak untuk menumis

Garam jika perlu saja



Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air...jangan cair sangat...



Panaskan minyak... tumis bwang besar dan bawang putih sehingga wangi 
(saya pakai minyak bekas goreng ayam tadi)



Masukkan kari dan daun kari



Ni sos dan kicap yang saya guna



Masukkn sos dan kicap



Gaul sebati...



tunggu sampai sebati dan agak pekat...



Balik-balik kan... tunggu sampai macamni dah ok...



Masukkan ayam goreng dan cili..



Gaul rata... tunggu beberapa minit... macam agak dah sebati dengan ayam... tutup api... sedia untuk dhidangkan

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Thursday 17 November 2016





Sejak pandai ber Instagram ni, rajin juga saya melayan video ringkas artis yang suka memasak. Antara yang saya suka tengok ialah IG masakan Fasha Sandha dan Dato Aliff Terlajak Laris. Nampak macam mereka pandai memasak. Lauk lauk yang dimasak oleh Fasha adalah lauk harian yang mudah seperti ikan kembong goreng, sup ayam, ayam masak kicap, sambal belacan dan sayur bayam. Yang simple begitu, juga yang tak jemu dinikmati. Walaupun sekadar ikan kembong goreng, tidak semua kita pandai menggoreng ikan dengan garing walaupun setelah sejuk. Begitu juga dengan sambal belacan, tak ramai orang rajin untuk menumbuk cili untuk dibuat sambal belacan. Itu termasuklah saya sendiri. Lagi yang saya tengok ialah ayam masak kicap yang sangat simple, sesuai untuk hidangan anak anak kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Jadi hari ini, saya memasak ayam masak kicap seperti Fasha Sanda. Masak kicap kosong kerana tidak diletakkan cili kisar atau serai atau kulit kayu manis pun.

Sementelah menyentuh nama Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, saya sebenarnya tidak pernah kisah pun mengenai beliau. Cuma satu hari bila terbaca IG beliau, saya tiba tiba menjadi kagum akan kegigihan dan semangat kental yang beliau miliki. Ketiadaan kelulusan tinggi dan ketidakpandaian berbahasa Inggeris bukan menjadi penghalang untuk beliau menggapai kejayaan. Yang penting dalam pekerjaan, terutama yang bekerja sendiri mesti lah bekerja dengan bersungguh sungguh. Jangan nak mengambil kesempatan atas kebaikan dan pertolongan yang diberi oleh boss. Kena menjaga batas dalam pergaulan. Kena tahu batas antara boss dengan staf. Kena sensitif dengan perasaan dan maruah orang lain.

Berbalik kepada resepi pula, masakan seperti ini sangat praktikal disediakan di kala sedang bercuti sebab bahan yang digunakan sangat simple dan memasaknya juga sangat mudah. Ada kalanya saya suka tinggal di apartment yang boleh memasak masa bercuti terutama ketika ke Kota Kinabalu. Puas dapat menjamu anak anak dengan makanan laut yang lebih jimat dan sedap jika dimasak sendiri. Resepi ini hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Jika suka, boleh juga diletakkan sedikit halia tetapi anak anak mesti tidak suka rasa halia.... Jom kita layan resepi mudah ini.





Ayam Masak Kicap Paling Simple
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6-7 ketul ayam -  lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1/2 biji bawang besar Holland - belah 6
1 tangkai cili merah/cili padi
Beberapa helai daun kari - tak letak

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata.

Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.


Saturday 12 November 2016





Sukar untuk saya menulis apa yang ada di hati. Perasaan gembira dan sedih yang bercampur baur untuk menerima menantu sulong dalam keluarga kami. Setelah melalui liku liku dalam kehidupan, akhirnya anakanda kami akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan hadapan. Bila dah smalai jodoh, semua berlalu dengan begitu mudah dan cepat. Setiap kali mengingatkan majlis besar ini, saya pasti sebak dan air mata akan bergenang tanpa disedari. Saya gembira kerana Nana akan memulakan hidup baru. Dalam masa yang sama saya sedih dan belum bersedia untuk melepaskan dia Untuk hidup sendiri. Hakikatnya kita tidak kehilangan anak sebaliknya mendapat tambahan anak menantu dalam keluarga. Entah lah perasaan saya agak tak keruan sekali. Belum lagi memikirkan bab persiapan akhir majlis. Memilih warna pakaian pun boleh menyebabkan saya pening. Belum lagi bab design baju, memilih tailor dan memilih kain. Maklum saya bukan hanya perlu memikirkan untuk saya tetapi juga untuk suami dan anak anak lelaki serta dua orang anak perempuan. Ya lah siapa pun pasti inginkan majlis yang terbaik dan sempurna. Semuanya ini menambahkan gangguan kesihatan saya sehingga terpaksa berulang ke klinik dan hospital. 

Sekarang kita bercerita sedikit bab masakan saya hari ini.  Hari minggu adalah hari saya berada di dapur melayan Hubby dan anak anak makan masakan dari air tangan saya sendiri. Kadang kadang separuh hari juga berada di dapur. Saya mengajak Boy ke Pasar Tani di Kota Dame untuk mencari paru lagi. Tapi sayang, kerana terlewat paru dah kehabisan. Saya mana pernah kenal erti putus asa, ligat kepala berfikir mana lagi tempat ada menjual daging. Akhirnya teringat ada pasar tani di tapak pasar malam Paya Jaras. Tanpa membuang masa, kami terus ke sana. Tak puas makan dan meratah paru baru baru ini. Jika sebelum ini saya menggunakan cili merah hidup, kali saya hanya menggunakan cili kering yang dikisar sahaja. Jika mahu melihat cara saya merebus paru boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari ini saya menggunakan 700 gram paru. Memang puas meratah sampai ke petang. Makan pula dengan Nasi Goreng Ikan Bilis Petai yang seriously sedap. Encik Hubby yang berat mulut untuk memuji pun hari itu memberikan pujian. Kembang hidung mendapat pujian yang spontan. 

Jom layan resepi yang saya olah dari apa yang dikongsikan oleh Puan Shakila, tuanpunya gerai nasi lemak di Kampung Melayu Kundang.



Paru Goreng Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram paru - rebus empuk
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
1 1/2 biji bawang besar Holland - hiris
4 sudu besar cili kisar - boleh tambah
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula atau secukupnya
Air asam jawa

Bahan tumbuk kasar:
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Cara cara:
Rebus paru bersama halia dan serai serta sedikit garam dalam 30 minit atau sehingga empuk. Setelah empuk, angkat, tos dan sejukkan. Setelah sejuk, dipotong nipis.

Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan. Jika suka, boleh juga goreng paru separuh garing sahaja.




Menggunakan sedikit minyak yang sama, tumis serai dan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan agak kering. Masukkan bawang besar, gula, garam dan air asam jawa. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa manis sedikit. Tutup api.

Bila sambal sedikit sejuk, masukkan paru yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.





Resepi Lengkap Cakoi Lazat!! | Cakoi adalah snek kegemaran kaum Cina sejak turun temurun lagi. Hari ini saya share resipe cakoi dari Sichuan, China. Ini adalah cubaan saya yang pertama.. Rasa bersyukur sangat sangat kerana jadi jugak..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...


Resepi Lengkap Cakoi Lazat!!

BAHAN - BAHANNYA:
.
200g tepung roti / High Protein (saya guna tepung gandum serbaguna)

1 sudu teh (4g) instant yeast

1/4 sudu teh baking soda

1/2 cawan susu suam / air suam

1 sudu teh condensed milk

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1 sudu teh minyak masak


CARA BUAT:
.
? Cairkan yeast dengan susu suam / air suam. Biarkan rehat selama 30 mins atau sehingga yeast berbuih.


? Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung, baking soda, garam dan gula. Gaul sebati. Kemudian masukkan air  yeast yang sudah berbuih secara perlahan lahan sambil gaulkan tepung . Dlm proses ni, dough semakin melekit. Habiskan air yeast tersebut. Bila dah berbentuk dough tutup dgn kain lembab selama 2 jam atau sehingga dough berkembang 2x ganda.


? Selepas dough dah berkembang, taruh sedikit tepung dan minyak di atas permukaan dough dan uli sebanyak 25 kali. Pastikan dough tidak melekat pada tangan. Tutup balik dgn kain lembab selama 20 mins.


? Sembuh tepung di permukaan meja / papan kerja sebelum dough letak dipermukaan meja. Roll dough tersebut dgn ketebalan 5-8cm dan potong segi empat bujur. Pastikan size yg sama.. Kemudian, lapiskan 2 keping dough. Letak lidi / chopstick di tengah dough dan tekan sampai ke tengah. Pusingkan dan buat perkara yg sama. Pastikan lapisan dough cukup melekat supaya semasa goreng, cakoi tidak bercerai.


? Pegang ke dua dua hujung dough dan tarik panjang perlahan lahan dan terus masuk ke dlm minyak yg panas. Tunggu sehingga cakoi timbul di permukaan minyak baru pusingkan cakoi tersebut dan goreng sehingga kekuningan.. Keluarkan dan tos. 



Jom layan gambar di bawah


















Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Pemilik resepi : ?Jes Tham? 

Group : GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)