Responsive Ads Here

Thursday 30 June 2016






Tanpa disedari sebenarnya telah lama saya tidak balik berhari raya Aidil Fitri di kampung halaman saya. Bila saya menyemak semula gambar gambar lama semasa beraya, kali terakhir saya balik beraya di Kelantan ialah pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012. Tahun 2013 dan 2014 saya mengerjakan umrah pada akhir Ramadhan. Beberapa bulan selepas hari raya aidil fitri tahun 2014, Bonda telah kembali ke Rahmatullah. Sejak itu, kami hanya berhari raya di Kota Damansara. Balik ke Ipoh secara balik hari sahaja. Jadi tahun ini agak teruja untuk balik kampung walaupun kami akan balik pada hari raya kedua. Tahun ini juga kami akan balik dengan kereta kerana akan singgah ke kolej Juita selepas itu. Bukan sahaja musim perayaan, waktu cuti sekolah pun kami agak jarang balik kampung kecuali menpunyai urusan keluarga seperti majlis perkahwinan anak anak buah. Maklum setiap kali cuti sekolah, abang dan kakak saya akan datang ke KL menjenguk anak mereka yang telah tinggal di sini. Walaupun dalam kesibukan dengan urusan harian, saya akan menjadi sangat sedih bila teringatkan kampung halaman dan perasaan rindu akan menebal pada kedua arwah ibubapa yang telah tiada lagi di dunia ini. Saya pasti akan menitis air mata setiap kali terkenangkan mereka lebih lebih lagi di musim perayaan. Menjenguk kampung halaman, ada kala hati lagi sedih, sayu terkilan dsb. Sekarang kita masuk bab masakan pulak. Takut banjir kalau lama lama layan perasaan.





Sejak anak anak mengambil alih menyediakan biskut raya beberapa tahun yang lepas, resepi biskut biskut yang telah saya guna berbelas tahun lamanya ini, tidak lagi digunakan. Mereka memberi komen yang saya asyik menyediakan biskut yang sama sahaja setiap tahun. Masa mereka kecik, Pembantu Rumah yang bernama Sri Handayani akan membantu saya menyediakan biskut raya. Mereka pun turut sama berada di dapur menemani kami mengadun dan membakar biskut. Bayangkan dulu bakar biskut raya menggunakan oven bulat. Punyalah lama masa diambil untuk membakar kesemuanya. Lepas tu baru tukar pada oven Europa. Untuk satu resepi, saya akan buat 4 adunan. Bayangkan betapa banyaknya.

Saya menyediakan semula biskut biskut ini untuk dimasukkan ke dalam blog sebagai kenang kenangan dan rujukan anak anak jika satu hari mereka teringin untuk merasai biskut yang saya sediakan sejak mereka kecil lagi. Lagi pulak, tak mahu lah kehilangan resepi yang sangat bermakna dalam hidup saya ini. Sejak beberapa tahun lepas, saya tidak lagi membuat kuih raya kerana biskut tidak dimakan. Cukup dengan biskut yang diterima dalam hamper raya sahaja. Itu pun tidak habis juga.

Ada 4 jenis biskut yang boleh dikatakan wajib saya sediakan selain beberapa biskut tambahan seperti tart nenas, biskut cornflakes dsb. Saya nak kongsikan biskut raya yang  mesti ada setiap kali raya iaitu Biskut Coklat Chip Berkelapa, Biskut Hazel Rangup dan Biskut Buah buahan Campuran. Sayang sekali kertas yang terdapat resepi Biskut Badam yang saya guna selama ini telah hilang. Puas mencarinya. Saya namakan biskut biskut ini dengan nama Nur Qaseh. Saya suka biskut yang mudah disediakan tetapi menpunyai rasa yang sedap. Untuk entri kali ini, saya sediakan Biskut Coklat Chip Berkelapa dahulu. Yang lain akan dikongsikan dalam entri akan datang.




Biskut Coklat Chips Berkelapa Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 gram mentega
100 gram gula kaster
150 gram tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil vanilla
Sedikit garam
50 gram kelapa parut kering
50 gram Hersheys semi sweet chocolate chips
5 biji ceri - cincang
1/2 - 1 sudu besar serbuk koko

Cara cara:
Ayak tepung bersama bahan penaik, serbuk koko dan garam. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla.

Masukkan tepung sedikit sedikit hingga adunan menjadi sebati. Masukkan pula kelapa parut dan kacau lagi.




Gunakan sudu kecil untuk membentuk biskut dan letak atas dulang. Hias dengan coklat chip dan ceri di atasnya. Bakar dalam oven 100C selama 20 minit atau sehingga permukaan bawah biskut telah nampak sedikit keperangan. 

Susun atas redai untuk disejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 


Nota:
Jika ingin biskut coklat berkelapa berwarna coklat, campurkan 10 gram serbuk koko, dan kurangkan 10 gram tepung gandum.

Coklat chips boleh juga dimasukkan ke dalam adunan atau hanya disusun dan tekan atas permukaan biskut.




Wednesday 29 June 2016









Malam ini adalah malam ke 25 Ramadhan. Masa untuk memburu malam Lailatul Qadr kerana Allah. Masa untuk mempertingkatkan ibadah dan memecut laju. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tazkirah oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi di surau BNM berkenaan Lailatul Qadr. Harap sudi membaca sehingga ke akhirnya. Ramai yang dah tahu berkenaan perkara ini, jadi anggaplah ianya sebagai ulangkaji. Bulan Ramadhan adalah bulan yang barakah iaitu kebaikan melimpah ruah. Buat amal sikit diberi ganjaran yg banyak. Bulan penuh makfirah di mana setiap malam disenaraikan nama nama orang diberi pembebasan dari api neraka pada mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan. Doa pada bulan Ramadhan sangat mustajab. Tak payah tunggu lepas solat baru hendak berdoa. Bila teringat jer akan sesuatu, terus minta dari Allah. Dan yang utama, dalam bulan Ramadhan adanya malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Matlamat utama berpuasa ialah untuk mendapatkan ganjaran taqwa. Taqwa adalah rasa berhati hati dan berjaga jaga akan hukum Allah dalam hati kita supaya tidak terbuat perkara yang dimurkai. Ianya umpama orang berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri yang akan berhati hati supaya tidak terpijak duri. Bila keluar Ramadhan kita jadi sangat berhati hati dengan hukum hakam Allah. 

Ada 2 pengertian malam lailatul Qadr iaitu malam kemuliaan kerana ianya malam Al Quran diturunkan. Manusia yang sebelumnya dalam keadaan gelap gelita dapat disatukan kerana panduan dalam Al Quran. Al Quran diturun sekali gus dari luh Mahfouz ke baitul Izzah. Dari baitul Izzah diturun berperingkat memakan masa 23 tahun. Rasulullah sebelum terima wahyu rimas melihat kemungkaran masyarakat jahiliah. Baginda mengasingkan diri di gua hira kerana tidak nampak jalan untuk membaiki keadaan sehingga turun surah Al Alaq. Dengan adanya Al Quran, Rasulullah menpunyai kaedah untuk hadapi orang jahiliah. Kedua malam ketentuan atau ketetapan. Lebih baik dari 1000 bulan dari segi kedalaman, keseriusan, kualiti dsb. Malaikat turun batch by batch bermula maghrib hingga subuh. Kalau dapat digambar dengan pandangan biasa, pasti tergambar bagaimana lalu lintas langit dengan bumi terlalu sibuk dan sesak. Termasuk ketua malaikat iaitu Jibril juga turun ke langit dunia. Malaikat akan mengatur semua urusan serta agenda kehidupan semua manusia dari rezeki ajal dll secara detail untuk tahun itu. 

Antara urusan malaikat pada malam tersebut adalah termasuk singgah di hati manusia yang dipilih untuk bertemu dengan Al Qadr pada malam itu. Dalaman diri seseorang terdiri dari akal, hati dan nafsu. Hati dipengaruhi nafsu, nafsu pula datang dari bisikan kejahatan. Hati juga dapat bisikan kebaikan dari akal. Di dalam hati sentiasa berlaku peperangan antara akal dan nafsu. Sentiasa tak stabil dan berbolak balik. Sentiasa berebut antara malaikat dan syaitan. Manusia terpilih dan ada rezeki maka waktu itu akan diilhamkan pada hati mereka, bisikan kebaikan akan lebih kuat dari bisikan nafsu kejahatan sehingga akhir hayat. Hasilnya akhlak akan berubah. Beliau akan berjaya marah dengan lebih mudah. Akan lebih mendekatkan diri ke masjid. Jarak masjid ke rumah adalah terletak pada hati bukan jarak kaki. Itu sebab orang yang rumahnya jauh boleh datang solat ke masjid berbanding dengan orang yang dekat. Bisikan hati akan cepat cepat mengingati bisikan kejahatan. Bila nak mengumpat akan cepat berhenti. Hubungan dg Allah seperti solat menjadi lebih baik. Kalau dalam bulan Ramadhan boleh solat sunat banyak, begitu juga di luar Ramadhan. Tanda tanda malam Lailatul Qadr seperti cahaya matahari keesokan hari agak mendung. Tak sejuk dan tak panas sangat. Air mengalir membeku, air laut masin jadi tawar, pokok sujud dan anjing tidak menyalak semuanya sangat subjektif dan relative dan semuanya bersifat past tenses. Allah tak bagi tanda yang tepat sebelum berlaku kerana ingin menguji keikhlasan hambaNya. Kalau kita memburu kerana Allah, kita tidak akan memilih tapi lebih bersemangat jika mengetahui tanda tandanya. Kalau kita melakukan semata kerana Al Qadr kita akan berputus asa bila dapat tahu yang ianya telah berlaku. Contoh tujuan kita balik kampung untuk menemui ibubapa tapi jika diberitahu di kampung ada musim durian, kita akan menjadi lebih bersemangat. Kedua, jika sesuatu perakar dirahsiakan, akan timbul keghairahan untuk buat lebih dari biasa. Contoh rezeki orang makan gaji dengan orang berniaga. Orang berniaga, tak pasti berapa rezeki yang akan diperolehi setiap bulan. Jadi mereka akan lebih gigih berusaha berbanding orang makan gaji yang pendapatan tetap. Rumusan jangan mencari tanda Al Qadr pada awan, langit dsb. Tapi cari tanda Al Qadr pada diri kita sendiri. Apakah kita konsisten beramal. Sekiranya kita tiada tanda pun, kita pretend lah kita dah dapat dengan berazam memperbaiki akhlak kita dan ubah cara hidup kita. Ambik peluang untuk buat persediaan seperti mandi. Pakai pakaian khusus. Pakai wangi wangian. Guna peluang yang ada beberapa hari Ramadhan ini dengan bersungguh sungguh. Andai kita mati selepas ini, Insya Allah kita akan mendapat keampunan Allah. 

 
 
 


Dalam IG Cholaholla yang merupakan anak kepada Puan Seri Raja Noorashikin, beliau selalu menayangkan gambar masakan yang dikenali sebagai Ayam Sambe Cho. Saya nampak memang sangat mudah dengan menggunakan bahan yang mudah tapi sangat menyelerakan. Setelah lama memerhatikan video yang dikongsi, saya dapati ianya sama dengan resepi yang biasa saya gunakan sebelum ini. Cuma versi Azie Kitchen di SINI dan di SINI lebih banyak bahan dengan adanya penggunaan bawang besar, tomato buah, asam keping dan halia. Semuanya sedap sedap cuma versi Cho lebih ringkas tanpa banyak accessories. Meh layan video di bawah ini...




 
Jom layan resepi mudah yang dipelajari dari Cholaholla yang sedap sekali. Terima kasih pada Cho yang tidak lokek untuk berkongsi resepi..




Ayam Sambe Cho

Bahan bahan:
5 ketul paha ayam � lumur garam kunyit & goreng 3/4 masak
2 sudu besar cili kisar
Garam
Sedikit gula

Bahan kisar kasar:
5 ulas bawang merah � potong
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  kasar dan masukkan cili kisar. Tumis dalam 5-7 minit dan masukkan garam serta gula secukup rasa.




Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.





Friday 24 June 2016






Catatan tazkirah Ustazah Nor Hafizah Musa berkenaan Tarbiah Ramadhan. Masa kita sekolah, universiti ada peperiksaan setengah tahun atau ujian pertengahan semester. Kenapa ujian itu diperlu? Untuk menilai performance kita separuh masa pertama. Sekarang kita telah melalui ujian pertengahan bulan Ramadhan. Patut markah dah keluar untuk 15 hari Ramadhan. Cuba renungkan untuk separuh masa Ramadhan, berapa markah yang telah kita dapat?. Berapa ramai anak yatim yang telah kita santuni. Berapa ramai orang miskin yang telah kita bagi makan. Berapa banyak airmata telah kita keluar atas nama taubat nasuha. Kalau tak banyak yang kita lakukan, jadi besar kemungkinan kita belum lulus.





Ustazah mengajak kita semua supaya tidak mensia siakan beberapa hari Ramadhan yang masih berbaki ini untuk menekuni satu penghulu segala ibadah iaitu berdoa. Sekarang kita telah mulai masuk 10 hari terakhir. Ustazah berikan cadangan supaya kita tidak mensia siakan dengan baki yang ada ini. Tekuni satu ibadah iaitu yg sesuai sifat dengan bulan ini sebagai penghulu segala bulan. Al Qadr adalah penghulu segala malam. Apa dia penghulu ibadah? Ianya ialah doa termasuk solat juga adalah doa. Nabi sebut Doa adalah penghulu ibadah. Ayat yang terkait dengan penghulu ibadah iaitu, bermaksud, Apabila hambaku berdoa pada ku. Aku dekat dengan Kamu. Aku akan mengabulkan doa orang yang meminta"

Kita menpunyai banyak masalah, banyak hajat, banyak perkara yang disedihkan. Bila berhajat, minta dengan Allah. Semakin hebat seorang manusia seperti kaunselor atau orang kaya, makin susah nak berjumpa dengan dia. Punya payah nak jumpa manusia. Tapi tidak dengan Allah. Allah yang Maha Kaya, sangat dekat dengan kita. Hebatnya tawaran Allah. Yang akan ubah kehidupan kita ialah dengan berdoa secara bersungguh sungguh. Hadis nabi bersabda bermaksud, Allah malu bila hamba angkat tangan meminta dan tangan jatuh dalam keadaan tangan kosong. Pasti Allah bagi. Apalagi dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan yang terkait dengan ayat doa. Belajar untuk minta yang hebat dan luar biasa dari Allah. Dari doa kita semua menggambarkan hati kita ini mengenal Allah. Umpama kita jumpa orang kaya yang pemurah susah nak jumpa. Terpaksa buat temujanji tapi bila dapat jumpa, kita hanya minta hanya RM200. Begitu juga dengan Allah. Allah Maha Kaya. Kenapa kita tak berdoa dengan sesuatu yang hebat dan luar biasa. Semoga bermanafaat. Sebelum masuk bab resepi saya ingin menulis sedikit bab Ustazah. Saya pernah mengikuti program rakaman beliau kalau tak silap 3 Ustazah di Masjid Kuning Kota Damansara. Ketika itu, saya tidak kenal siapa beliau. Belum pernah mendengar nama beliau. Namun mula tertarik selepas mendengar tazkirah beliau di corong corong radio. Suaranya yang lemak merdu, lembut tutur bicara menyebabkan saya mengagumi beliau. Peluang bertemu di surau tempat saya bekerja hari ini, menambahkan kekaguman saya pada beliau. Ustazah sangat cantik secara in person dan menpunyai aura yang menyebabkan kita ingin mendekati. Doa yang dibaca selepas solat sangat santun dan rendah diri. Meminta dari Allah dengan akhlak yang sukar saya nyatakan melainkan kita sendiri mendengan...






Ketika saya sedang menyimpan biskut yang telah disiapkan Nana makan sekeping dan secara spontan mengatakan sedaap nyer. Ianya sejenis cookies yang rangup di luar tapi soft di dalam. Bukan sahaja rasanya sedap tapi juga baunya semerbak sekali. Lebih lebih lagi haruman vanilla. Hihihi ala ala Tisu Muka Kleenex haruman Vanilla lah pula ya. Rasanya hampir sama dengan rasa biskut famous amous di SINI dan chocolate chips Nana di SINI serta Biskut Coklat Chips berkacang di SINISemuanya sedap. Pilih jer mana satu resepi yang berkenan di hati. Anak anak pasti suka dengan biskut chocolate chips seperti ini. Tak perlu berhabis duit untuk membeli biskut famous amos. Layan video di bawah ini juga ya...





Jom layan resepi yang mudah dan ringkas ini. Pasti ianya menjadi kegemaran anak anak. Selamat mencuba dan jangan lupa selamat berdoa di 10 hari terakhir Ramadhan ini...

 


Classic Chocolate Chips
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
� cawan mentega - unsalted - suhu bilik
� cawan gula perang
� cawan gula halus - boleh kurangkan
1 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla extract
1 � cawan tepung serbaguna
1 sudu besar tepung jagung
� sudu kecil baking soda
� sudu kecil garam
1 � cawan chocolate chips
1 cawan walnut - bakar dan potong kasar - opsyenal

Cara Cara:
Putar mentega dengan gula dan gula perang hingga sebati. Masukkan telur dan vanilla. Kacau sebati.

Dalam bekas lain, ayam tepung dengan tepung jagung, baking soda dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Masukkan pula chocolate chips dan kacang walnut.




Menggunakan ice cream scoop atau sudu besar, scoop adunan dan bentukkan bebola dan susun atas baking paper. Sejukkan adunan dalam sekurangnya 1 jam. Adunan boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang juga.


Panaskan oven pada suhu 325F/180C. Jarakkan dalam 3 inci antara adunan. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga keliling kelihatan keperangan. Sejukkan adunan atas baking tray.



Jika adunan dibekukan, susun adunan atas baking tray san biarkan ianya thaw selama 20 minit pada suhu bilik sebelum boleh dibakar.



Wednesday 22 June 2016



Saya ingin kongsikan perkongsian yang menarik oleh Dr Muhamad Nasib di Surau tempat saya bekerja berkenaan perbezaan antara seorang muslimin dan seorang mukminin dalam bab beribadat. Antaranya yang sempat saya salin adalah orang muslimin akan datang ke masjid selepas azan. Orang mukminin akan datang sebelum azan kerana azan adalah untuk memanggil orang yang lalai. Orang mukmin hatinya sentiasa mengingati Allah dan lebih memerlukan Allah. Jadi mereka akan sentiasa menunggu waktu solat.  Orang muslimin suka solat bersendirian dan sebelum solat akan bermalas malas. Akan masuk masjid tapi tidak meluru ke syaf pertama. Orang mukminin suka solat berjemaah dan akan meluru ke syaf pertama. Sekiranya tahu kelebihan berada pada syaf pertama, nescaya mereka berebut rebut. Hingga sanggup dicabut undi. Barang siapa sangat cinta untuk bertemu Allah, Allah akan suka untuk bertemu dengan kita. Orang mukminin akan ke masjid awal dan mulakan dengan ibadah sunat seperti solat tahiyatul masjid atau membaca Al Quran. Rasulullah bersabda, Hendak lah datang dalam keadaan tenang dan beradab. Rasulullah tak suka orang yang datang solat tergesa gesa dan hati masih tertinggal di luar. Orang muslimin solat sekadar bacaan dan fizikal. Orang mukminin akan menghayati solat dari segi bacaan dan makna serta hati dengan yang kusyuk. Syarat untuk kusyuk ialah dengan menghadirkan rasa dalam hati dan memahami makna setiap bacaan dalam solat. Apa yang sebenar kita perlukan dalam hidup. 

Orang mukmin akan memanjangkan bacaan dalam solat dan pendekkan waktu berdoa. Manakala muslim pendek solat dan panjang doa. Menangis ketika dalam solat lebih afdhal dari luar solat. Solat orang mukmin panjang dan waktu doa lebih pendek. Allah menjawab setiap bacaan dalam surah Al Fatihah. Tapi kalau Rasulullah melihat ada Jemaah yang uzur atau ada kanak kanak, Rasulullah akan memendekkan bacaan dalam solat. Rasulullah berdoa selepas doa dajjal dan sebelum memberi salam. Orang mukminin akan berehat dalam solat tapi orang muslimin pula berehat selepas solat kerana terasa solat seperti beban dan memenatkan. Kerana dalam solat, orang mukminin bercakap cakap dengan Allah. Bagi orang muslim solat adalah satu kewajipan semata sedang orang mukmin solat adalah tanda kesyukuran. Orang muslim akan beristighfar selepas solat untuk memohon ampun pada dosa dosa yang lalu tapi orang mukmin akan memohon ampun atas kekurangan dalam solat yang baru dikerjakan.  Semoga bermanfaat untuk kita melihat di mana diri kita sendiri berada sekarang. 





Sebelum masuk bab kek, saja lah nak kongsikan sedikit luahan perasaan konon. Hihihi. Alangkah baiknya kalau setiap hari adalah bulan Ramadhan. Hidup tenang dan bahagia di bulan yang penuh keberkatan ini. Maklumlah syaitan dan iblis telah kena rantai. Tak ada lah unsur luar yang nak mengganggu kita. Saya lebih berlapang dada dan walaupun ada ketika hati disakiti dengan kesombongan mereka yang merasakan diri seorang perfectionist. Inilah yang diajar oleh arwah Ustaz Zaid supaya memohon doa agar diberi hidup tenang di dunia dan syurga di akhirat. Cukuplah setakat ini kot nanti terlebih pulak.

Saya memang suka makan kek kek yang plain ala ala kek kampung. Bila Faaizah, jemaah Ad Dhuha memberikan satu bekas kek selepas solat terawih, saya membawa balik dan makan. Sambil makan, hati berbisik sedap nyer kek ni, apalagi bila sekali sekala tergigit parutan kulit oren yang diparut kasar. Bila apa apa makanan yang sedap, saya Alangkah  cuba makan banyak kali. Jadi walaupun saya boleh menghabiskan 5 ketul kek, saya menyimpan lagi 2 untuk dimakan keesokannya. Namun sewaktu bersahur, saya tak nampak bekas kek tersebut. Bila ditanya barulah tahu yang Hubby dan Juita yang memakannya. Biasanya mereka tak suka makan kek. Sejak itu, saya selalu teringatkan kek oren yang gebu gebas tu. Saya minta Faaizah kongsikan resepinya. Alhamdulillah gembira tidak terkira bila resepi dah ada di tangan. Banyak jer resepi kek oren di internet tapi saya suka resepi yang saya telah rasa sendiri keenakannya. Lagi pulak, bahan bahan yang diperlukan sangat mudah dan penyediaannya juga sangat ringkas. Sangat cepat kerana saya mula menyediakannya sebaik sampai di rumah dan siap dibakar sebelum saya keluar berbuka puasa di surau. Untuk kek hari ini, saya menggunakan dua adunan dan dibakar dengan loyang 8x8". Sebenarnya saya menyediakan kek ini 2 kali, iaitu 2 hari berturut turut kerana belum puas menikmati kek yang sedap ini. Layan video di  bawah ini.





Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Balik dari terawih walaupun perut masih kekenyangan, saya makan juga lepas seketul seketul. Bila bangun sahur juga sambung makan lagi seketul seketul. Memang sangat sangat puashati dengan kejadiannya. Kek gebu dan lembab lembab memang kek yang menjadi pujaam hati kini dan selamanya. Juga suka, bolehlah dibuat icing berperisa oren. Seperti biasa, jika frosting saya lebih suka buttercream dari butter cheese. Resepi buttercream itu hanyalah cadangan sahaja.




Kek Oren Gebu dan Lembab
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram mentega
120 gram gula kaster - guna 115 grm shj
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal

Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau acuan cawan kertax 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya membakar selama 1 jam.



Buttercream Oren
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 sudu besar butter - lembutkan
1 3/4 cawan gula icing- ayak
1-2 sudu besar jus oren
1/2 sudu kecil extract vanilla
1/2 sudu kecil extract oren
2 sudu kecil Parutan kulit oren

Putar butter sehingga kembang. Perlahan lahan masukkan gula dan putat hingga ringan dan kembang. Masukkan 1-2 sudu besar jus oren, vanilla, oren extract dan parutan kulit lemon.

Jika ianya terlebih lembut, sejukkan seketika sehingga mencapai tahap yang kita perlukan dan sedia untuk digunakan.


Tuesday 21 June 2016

 
 
 



Saya ingin kongsikan tazkirah di Surau Ad Dhuha oleh Dato Shakir. Wahai orang yang beriman hendaklah kamu lihat jiwa jiwa kamu yang akan kamu persembahkan pada hari esok. Hendaklah kita persiapkan hari ni utk persembah pada Allah esok. Sempena malam Nuzul Quran malam di mana Al Quran diturunkan dari Luh Mahfouz ke Baitul Izzah pada malam Jumaat 17 Ramadhan. Al Quran diturun secara berperingkat peringkat selama 23 tahun bertujuan supaya memudah para sahabat yg rata rata buta huruf sesuai dengan keadaan dan zaman 23 tahun. Al Quran adalah mukjizat yang boleh melemahkan. Hingga syaitan bila mendengar bacaan Al Quran akan lari. Mukjizat yang diturun pada Rasulullah itu juga sampai pada kita hari ini. Kalau mukjizat Nabi Musa laut terbelah tapi kita tak nampak dengan mata sendiri. Tapi Al Quran yang pada zaman Rasulullah ada pada kita hari ini. Diturun pada Nabi yang dikatakan pada waktu itu sebagai sihir kerana ramai orang tak boleh membaca. Kita membacakan Al Quran bila orang mati sahaja. Sepatutnya Al Quran dibaca untuk orang masih hidup. Sedang orang hidup tak mahu membaca Al Quran sebab tak tahu yang ianya mukjizat yang diberi pada kita sehingga hari kiamat. Sebelum kiamat, Al Quran akan hilang. 

Kita kena tengok jiwa. Jiwa berada di hati. Kita tak minta faham pasal agama. Faham terletak di kepala. Tapi Al Quran di hati. Puasa adalah untuk membersihkan jiwa. Kerana yang nak dipersembah pada Allah adalah jiwa. Bila nak dipersembahkan? Esok. Al Quran diturun dari atas ke bawah. Al Quran paling mulia. Bila kita tak tahu bahawa Al Quran adalah mukjizat, maka kita akan minta tolong selain dari Allah. Ada orang tanya macam mana dengan membaca Al Quran boleh membantu masalah hutang tak bayar. Kenapa kita tak apply ilmu Al Quran. Kerana kita tak di train untuk bermula dengan Al Quran. Al Quran patut ada dalam poket setiap orang Islam bukan vape atau rokok. Al Quran patut ada di mana mana dan kita tak patut rasa jemu untuk membacanya. Jiwa yang penting menentukan sejauh mana kita perlu meletakkan dunia dalam konteks akhirat. Bukan meletak dunia dalam duniawi. Al Quran mesti ada dalam jiwa jiwa orang Islam.  Bila jiwa tak tenang, jiwa merana, dosa tak diampunkan akan memberi kesan pada fizikal. Semua ada dalam Al Quran. Sejauh mana kita baca, faham dan diamal dalam kehidupan. Kita Mohon pada Allah supaya bagi aku faham secara tadabur sehingga aku jadi fakeh Al Quran. Tadabbur dibuat atas nama ibadah dan taat pada Allah. Al Quran tahu isu jiwa dari lahir sehingga masuk kubur. Kalau masa hidup tak bersama dengan Al Quran, macam mana dah mati nak bersama dengan Al Quran. Ziarah untuk orang hidup. Orang mati dah tak tahu kita menziarah beliau. Waktu hiduplah kita kena ziarah. Begitu juga dengan Al Quran. Pandai tak pandai wajib untuk kita membaca Al Quran. Kalau tak pandai baca jer apa apa yang boleh dibaca. 

Sekiranya jiwa tak dibangunkan akan berlaku 3 perkara:
1. Lupa mati. Akan berbuat sewenangnya. sedsang mati boleh berlaku esok. Mereka yang lupa mati akan terus hidup dalam lalai. Tengok TV, baca surat khabar. Tengok bola boleh qiamullail 4 jam. Jangan lupa Allah kerana Allah akan lupakan kamu. Allah lupakan cara untuk kamu berbuat kebaikan. 
2. Takut mati. Contoh seorang mengidap penyakit kanser dan ada masa sebulan nak hidup. Dia mungkin akan bertanya, kenapa aku yang kena. Kalau ditarbiah dengan agama, mereka akan perbaiki diri dan bertaubat. Esok kita akan mati. Apa nak dipersembah jika tak baca Al Quran. Hanya baca surat khabar sahaja. Dari dibangkit dan ke padang masyhar perjalanan 50 tahun. 50 juta tahun berjalan dari kubur ke Padang Masyhar. 1 hari akhirat sama dengan 1000 tahun dunia. 1 jam 30 tahun. Rasulullah berkata yang ada dalam jiwa ku akan dipercepat seolah olah menunaikan fardhu solat. Kena buat rangka kerja yang betul supaya dipercepat perjalanan kita nanti. Bulan Ramadhan ni ambik lah peluang supaya buat akaun untuk dipakai di kemudian hari. Sekarang kita nak pergi negara barzah jadi kena faham apa baju nak pakai di alam barzah. Bajunya taqwa. Passportnya adalah solat. Berapa lama anak kita akan ingat pada kita setelah kita mati. Jadi siapa nak kisah. Sendiri mau ingat lah. Itulah semua makanan harian. Pentingnya untuk semua di peringkat masyarakat mengamal Al Quran. 
3. Ingat mati. Hari ini kalau orang Islam tak bawa Islam dalam poket. Al Quran tak ada dalam jiwanya. 






Saya memasak Gulai Kawah ini setelah melihat ada satu bungkusan daging kambing dalam freezer. Selepas direbus dalam pressure cooker, terasa pulak air rebusannya yang manis menunjukkan daging yang masih segar. Hajat hati hanya untuk memasak goreng kicap terpaksa dilupakan kerana sayang pulak dengan air rebusan jika tidak digunakan. Jadi saya mula menyediakan bahan memasak gulai kawah. Gulai ini sama sahaja dengan cara memasak kari daging. Yang berbeza hanya lah ianya menggunakan rempah gulai kawah Kelantan yang famous amos dan cara penyediaannya yang biasanya menggunakan kawah. Yan gpaling penting, rempah mesti betul betul masak, tidak lagi berselut kalau istilah yang digunakan oleh tukang masak gulai kawah di Kelantan.  Layan step bergambar. Klik di SINI dan di SINI untuk entri gulai kawah sebelum ini. Layan video di bawah ini.





Jom layan cara cara menyediakan gulai kawah yang mudah ini...




Gulai Kawah Daging Kambing
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging kambing
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
1 biji bawang besar - kisar
2-3 sudu besar rempah gulai kawah
1 kayu manis, 2 bunga lawang
Garam
Gula Melaka
Kerisik
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya

Cara cara:
Saya rebus dahulu daging dengan pressure cooker untuk menjimatkan masa merebus. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah dan kayu manis serta bunga lawang. Setelah garing, masukkan bawang besar kisar. Kacau rata dan tumis sehingga keluar minyak.

Masukkan pula rempah gulai kawah dan dikacau rata supaya tidak hangit. Masukkan sedikit air dan terus ditumis sehingga rempah garing dan keluar minyak. 

Masukkan daging dan air rebusan daging. Bila mendidih, masukkan santan kotak. Diikuti dengan asam keping, gula Melaka, garam dan kerisik.

Masak dengan api perlahan sehingga ianya merenin dan keluar minyak. Sesuaikan rasa dsn bolehlah tutup api. Biar kuahnya agak cair kerana bila sejuk, ia akan menjadi sedikit pekat.

Selamat mencuba...


Wednesday 15 June 2016






Kuliah Zohor Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri  di surau hari ini mendapat sambutan ramai dari staf. Dimulakan dengan anologi persiapan yang kita buat untuk menyambut hari raya di mana semuanya telah sedia beberapa bulan sebelum raya. Menunjjukkan suasana yang begitu seronok. Begitu juga persiapan anak nak masuk sekolah akan disediakan sebelum sekolah dibuka. Tapi bila bab mati, ramai tak buat persediaan. Kita tak letak mati sebagai perkara penting dalam edisi kehidupan. Kita mungkin terlepas pandang bab mati. Jadi kita tak bersedia dan tak ambik peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah diumpamakan seorang lelaki dibenarkan masuk ke gedung duit dan dikatakan padanya dalam masa 1 jam, ambillah seberapa banyak duit yang dimahukan. Bila masuk sahaja ke gedung duit, ada orang terkejut kerana terlalu banyak sangat duit. Ada yang akan berselfie dulu untuk dikongsikan dengan rakan rakan. Ada yang akan tidur atas duit dan pelbagai lagi. Setelah puas bergambar, barulah mula mengambil duit. Bila keluar dihitung duit yang diambil adalah sebanyak RM20k. Ada pula lelaki kedua yang diberi tempoh dengan masa yang sama. Tanpa berlengah, dia akan ambil duit RM100 diheret keluar beberapa guni berjumlah RM8 juta. 2 orang ini dengan hanya mengambil satu jam boleh mengubah segalanya. Yang dapat RM20k hanya boleh belanja dalam 2 bulan sahaja. Walaupun dapat namun ianya tidak sebanyak lelaki kedua. Begitu juga tawaran yang Allah bagi dalam bulan Ramadhan ini. Siapa yang buat satu kebaikan yang sunat, diganda umpama buat yang fardhu. Yang fardhu diganda seolah melakukan 70 kali ganda fardhu. Kita diseru supaya mengambil peluang semasa sihat. Tengok orang sakit pun kita rasa sakit. Sihat adalah satu nikmat yang cukup besar. Masa sihat, kita ada masa untuk zikir atau untuk berbuat kebaikan. Perjalanan seterusnya adalah untuk ke akhirat yang merupakan untung nasib sebenar manusia. Kalau kita malas baca Al Quran, secara lazimnya anak lagi malas baca Al Quran. Tak ada anak yang akan suruh bapa baca Al Quran. Kita jadikan khatam Al Quran sekurangnya sekali sebagai agenda wajib setiap kali Ramadhan.




 


Oleh kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan di mana Allah menawarkan tawaran pahala berganda yang perlu direbut, saya memilih waktu bekerja sehingga pukul 4.30 petang sahaja. Dengan waktu fleksi itu, saya boleh balik lebih awal dan dapat mengelakkan kesesakan jalan raya. Waktu yang ada saya gunakan untuk memasak dan juga untuk berehat sebagai persediaan untuk melakukan ibadah di sebelah malamnya. Maklum bulan Ramadhan adalah bulan di mana manusia berlumba lumba meningkatkan ibadah dan amalan soleh. Ianya adalah karnival ibadah. Tapi pada tahun ini, atas sebab tertentu waktu kerja saya adalah sehingga pukul 5.00. Jadi sampai di rumah antara pukul 6.00 atau 6.30. Ada ketika pukul 6.45 atau 7.00. Namun di sebalik apa sahaja ujian, saya percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Bila balik lewat, agak mencabar juga untuk memasak kerana berkejar memasak dengan tidak sempat menyalin pakaian terlebih dahulu. Sebelum itu, kena singgah bazar Ramadhan mencari sedikit kuih untuk anak anak. Selain memasak dalam keadaan tergesa gesa, gambar yang diambil juga kira sekadar snap sahaja. Macam lauk Ayam Masak Merah hari ini, masih di kuali walaupun azan Maghrib telah berkemundang. Saya bukan sahaja tidak sempat mandi untuk ke surau tapi juga tidak sempat berbuka puasa di surau. Selepas makan sebiji kurma dan seteguk air, saya meminta Hubby menghantar saya ke surau. Alhamdulillah, Hubby tidak banyak cakap, terus menghantar saya. Inilah cabaran menjadi isteri yang bekerja bila berada di bulan Ramadhan. Terpaksa berpenat sedikit. Tapi seperti yang tulis di atas, apa pun dugaan yang mendatang, saya tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya kerana tiada sesiapa dapat pasti akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Allah janjikan sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, akan diampunkan dosa dosa yang lalu. Insya Allah kita akan kembali kepada fitrah selepas keluar dari bulan Ramadhan. Mudah mudahan. Hahaha panjanglah pulak. Yang sebenarnya nak cakapkan agak kecewa kerana gambar yang terhasil tidak cantik kerana hari telah malam. Tiada lagi cahaya selain cahaya lampu dalam rumah.

Resepi ini saya belajar dari Cik gu Faaizah, resepi Bonda beliau yang memang handal memasak. Namun dek kesuntukan masa untuk berbuka dan solat Maghrib, saya tidak memasak lebih lama. Sepatutnya dimasak lebih lama walaupun setelah minyak. Barulah ianya sedap dan tahan lama. Lauk ini saya sediakan sebagai stok bersahur. Saya tidak memasak lauk untuk berbuka kerana semuanya dibeli di Bazar Ramadhan. Tapi lauk berbuka kenalah sediakan sendiri. Jom pakat ramai ramai cuba lauk ini yang memang sedap jika menggunakan cili hidup sepenuhnya walau kosnya agak tinggi berbanding menggunakan cili kering. Namun berbaloi baloi. Klik di SINI untuk resepi yang lebih kurang sama. Juga sangat sedap. Rugi kalau tak cuba, tau. 



Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Boleh dimasak banyak banyak dan simpan dalam freezer sebagai lauk bersahur...




Ayam Masak Merah Simple dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar - hiris
Garam
Gula

Bahan kisar:
15 biji cili merah hidup
6 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
4 biji buah keras
1 biji tomato buah

Cara cara:
Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng terlebih dahulu.



Kisar semua bahan bahan yang diperlukan. Cili dibuang biji.






Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak. Pastikan bahan tumis betul betul masak sebelum dimasukkan ayam goreng. Biarkan masak lama barulah sedap dan tahan lama. Saya punya ayam masak merah hari ini, tidak cukup lama ditumis kerana telah masuk waktu berbuka puasa.





Akhir sekali, masukkan gula dan garam. Sebelum angkat, taburkan bawang besar hiris dan kacau sehingga bawang layu. Sedia untuk dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato atau nasi minyak.