Responsive Ads Here

Friday 30 September 2016



Kita akan menyambut Maal Hijrah esok. Tapi apa erti hijrah pada kita? Orang yang melihat Allah kecil dan melihat pemberian Allah sebagai besar, akan bekerja bersungguh sungguh untuk mencapai apa yang diingini. Di ketika ini, apa yang kita perlu lakukan bukan lah seperti penghijrahan di zaman Rasulullah yang penuh dengan cabaran dan ancaman. Rasulullah hanya berhijrah selepas mendapat perintah Allah. Ketika ini apa yang perlu kita lakukan adalah melakukan penhijrahan minda, penghijrahan keyakinan, penghijrahan sikap, penghijrahan cinta dan banyak lagi. Apa makna atau nilai di sebalik sambutan Maal Hijrah adalah untuk kita memperbaharui azam. Dengan berhijrah kepada mencintai Allah. Orang yang solat adalah orang yang sangat cintakan Allah. Solat berjaya mencegah perbuatan mungkar. Tapi cukup ke dengan sekadar solat kalau kita belum bercinta dengan Allah dan Rasulullah. Bagaimana gelagat mereka yang sedang bercinta? Pasti akan sentiasa merindui dan akan sentiasa bertanya khabar di setiap saat, kan? Bagaimana dengan kita? Adakah kita begitu dengan Allah dan Rasulullah? 

Kuliah Ustazah Dr Rubiah K Hamzah hari ini juga berkongsi berkenaan kisah sedih seorang isteri berkerjaya bila mendapat tahu suami mulai curang. Kalau sepasang suami isteri tidak lagi bersembang dan berbicara. Kalau dalam kereta boleh tidur, maknanya emosi antara keduanya adalah zero. Kalau saling tak lagi peduli satu sama lain. Itu juga tanda tiada lagi perasaan cinta antara keduanya. Selama ini beliau tidak pernah ambil peduli apa kegiatan suami, tidak pernah cuba membaca handphone suami, dengan siapa suami selalu ber whatsapp jauh jauh malam sehingga satu hari, beliau terbaca whatsApp intim dan mesra suami dengan perempuan lain. Ianya telah mengubah sikap beliau dari tidak peduli kepada menjadi sangat "concern" dengan cuba mencuri curi baca mesej di dalam handphone suami dan berubah menjadi sangat penyedih. Itu maknanya "direct line'' dari Allah. Peringatan dan mesej dari Allah supaya melakukan penghijrahan cinta. Supaya hanya mencintai Allah. Kebanyakan perkahwinan yang gagal adalah kerana isteri mencintai suami lebih dari mencintai Allah, juga mencintai dunia lebih dari cintakan akhirat. Sedangkan jika kita cintakan Allah, tak perlu untuk kita mencari kecurangan suami kerana Allah pasti akan menunjukkan kecurangan suami di satu masa kelak. Lagi pulak, mencintai suami tidak dapat memberi jaminan kebahagiaan. Kerana kunci kebahagiaan adalah pada Allah. Allah yang Maha Suci, Maha Berkuasa, Maha Pelembut.

Kena segera untuk melakukan penghijrahan azam sebagai contoh, aku jaga suami kerana Allah. Jangan simpan sampah dan fikiran negatif. Kita akan nampak apa yang kita fikir. Bila benda kotor banyak, benda baru tak dapat masuk. Jasad kita adalah pinjaman dari Allah. Siapa yang mengurus jasad ikut perintah Allah, Insya Allah iblis takut. Hari ini jom sama sama mulakan berhijrah. Cintakan Allah dan Rasulullah lebih dari segala cinta di dunia ini. Pertama, jadikan jasad kita paling bersih di sisi Allah. Semua anggota jasad kita. Bangun tidur, bersyukur terlebih dahulu kerana masih boleh bangun, kaki masih boleh berjalan. Mata masih boleh melihat dsb. Kedua, basuh segala anggota jasad dari semua dosa. Ubah cara pandangan mata. Ubah pandangan mental. Jangan mudah mentafsir. Jangan cepat percaya dengan apa yang kita tengok tanpa bukti. Jaga telinga supaya tidak mendengar sampah. WhatsApp jangan dibaca semua. Baca yang mana mana penting sahaja. Banyak memberi dari menerima. Jika tidak suka dengan boss, banyakkan bersabar. Ingatkan bahawa boss yang sombong dengan pekerja adalah boss yang sombong dengan Allah. Buat semua pekerjaan dengan rasa ibadah. Antara cara membersihkan jasad ialah dengan setiap kali memakai baju, akan mulakan dengan doa. Malahan apa sahaja, lakukan kerana Allah. Ianya adalah peringatan buat saya sendiri. Selamat berhijrah buat saya.

Sebelum sampai ke penghujung, saya ingin menulis sedikit bab resepi yang saya kongsikan hari ini. Telah lama 4 batang terung terperap dalam peti. Sayang pulak jika rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja. Jadi semasa melayan IG ternampak Ina memasak terung bercili pedas. Bahan asas masakan beliau boleh dikatakan sama sahaja iaitu cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Bahan lain opsyenal bergantung kepada apa yang dimasak iaitu serai, daun kunyit, kunyit hidup dan asam keping/asam jawa. Bayangkan dengan bahan asas tersebut, pelbagai jenis masakan dapat disediakan dari masak lemak, masak pindang, telur goreng pecah, nasi goreng, sayur goreng dsb. Yang penting kita mesti menggunakan kreativiti masing masing dalam menyediakan masakan buat keluarga tersayang.

Jom layan resepi lauk kegemaran saya ini. Lebih lebih lagi jika menggunakan terung yang kecil dan lembut.



 
Terung Bercili Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Terung 
Ikan bilis

Bahan tumbuk kasar:
4 batang cili merah
1 batang cili hijau
3 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan - opsyenal

Cara cara:

Panaskan minyak. Goreng terung seketika. Angkat dan ketepikan. Kemudian tumis bahan tumbuk sehingga wangi.

Masukkan ikan bilis. Kacau rata sehingga ikan bilis agak masak.

Akhir sekali, masukkan terung dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Siap.

 

Tuesday 27 September 2016



SPONSORED POST





Tugasan harian di pejabat menuntut saya banyak menggunakan Komputer. Balik dari pejabat, selepas memasak, saya akan mengemaskini blog. Masih menggunakan komputer. Selain itu, menjadi rutin untuk saya membaca setiap komen yang ditinggalkan di blog dan Instagram. Semuanya menuntut saya untuk menggunakan ipad atau komputer dalam jangka masa yang panjang. Tidak dinafikan terlalu lama berdepan dengan komputer menyebabkan ketegangan otot terutama di bahagian tengkuk dan bahu. Bila ianya berlaku, saya akan memusing leher ke kiri dan kanan. Ada kalanya Hubby dan anak anak terpaksa memicit micit bahu saya. Kadang kala saya terpaksa mengambil ubat dari klinik bila sakit tidak dapat ditahan.



 
Namun segalanya berubah apabila saya diberi satu set ''trial pack'' Ammeltz Yoko Yoko untuk neck & shoulder pain. Ianya membantu memberi kelegaan pada bahagian tengkuk dan bahu yang sakit. Selain bertindak memberi kelegaan, ianya juga membantu melancarkan perjalanan dan pengedaran darah dengan kaedah terapi pemanasan sehingga suhu 40�C. Bila perjalanan darah lancar, secara tidak langsung saya menjadi cergas dan tidak lagi rasa penat atau tidak selesa.




 
Selain itu, diperkenalkan produk baru untuk wanita dan anak gadis yang mengalami masalah sakit di bahagian perut bila datang bulan (haid) iaitu Ammeltz Yoko Yoko heat patch for Menstrual Pain. Patch haba ini mampu membantu para wanita mengurangkan kesakitan dengan kaedah terapi haba yang mampu memberi kelegaan selama 8 jam pada suhu yang stabil dan selamat iaitu 40�C. Pendek kata cukuplah seharian di waktu pejabat.

Kedua dua produk ini mudah digunakan, cuma perlu ditanggalkan lapisan filem dan tampal pada bahagian badan yang sakit. Juga senang dibawa ke mana mana sahaja kerana sangat nipis dan kecil boleh dimasukkan ke dalam poket atau bag. Dan yang yang paling penting tidak memberikan apa apa bau kepada kita. Maklum tugasan saya memerlukan saya banyak menghadiri mesyuarat dan sentiasa berurusan dengan rakan sekerja di pejabat. Bau yang tidak enak akan menjejaskan penampilan.

Alhamdulillah mujur ada Ammeltz Yoko Yoko heat patch untuk tengkuk dan bahu. Ianya memberi kelegaan pada sakit tengkuk dan bahu yang saya alami. Bagi anda yang mengalami masalah sakit tengkuk dan bahu atau masalah sakit ketika datang bulan, bolehlah mendapatkan set  ''Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for neck & shoulder Pain'' dan ''Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain'' hari ini juga. Harga jualan ialah RM11.50 untuk satu kotak yang mengandungi 2 keping. Jangan biarkan diri menderita dengan masalah ketegangan otot dan urat serta sakit ketika datang bulan. Jom kunjungi farmasi seperti Watsons, Guardian, Caring dan lain lain farmasi yang berdekatan dengan anda.





Ooh ya, anda juga berpeluang mendapatkan 1 kotak produk percuma Ammeltz Yoko Yoko Heat patch for neck & shoulder pain dan Ammeltz Yoko Yoko Heat patch for menstrual pain. Caranya mudah sahaja. Anda perlu menjawab 3 soalan mudah di bawah bagi setiap kategori:


I. Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Neck and Shoulder:
 
  1. Apakah suhu tahap selamat Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for neck and shoulder dan berapa lama suhu ini boleh bertahan?
  2. Bagaimana Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch mampu memberi kelegaan pada leher dan bahu anda? Sebagai contoh, memberi terapi pemanasan yang boleh meningkatkan pengedaran darah.
  3. Kongsikan dengan kami kenapa anda ingin mencuba Ammeltz Yoko Yoko heat patch for neck and shoulder pain? Sebagai contoh, mudah, berkesan, selamat dsb.

II. Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for Menstrual Pain:
 

  1. Apakah suhu tahap selamat Ammeltz Heat Patch for Menstrual Pain dan berapa lama suhu ini boleh bertahan?
  2. Bagaimana Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for menstrual pain memberi kelegaan pada masalah sakit datang bulan anda? Sebagai contoh, memberi terapi pemanasan yang boleh meningkatkan pengedaran darah.
  3. Kongsikan dengan kami kenapa anda ingin mencuba Ammeltz Yoko Yoko heat patch for Menstrual Pain? Sebagai contoh, mudah, berkesan, selamat dsb.
Sertakan jawapan dan maklumat anda di ruangan komen di bawah ini. Keputusan adalah dari panel hakim Kobayashi Healthcare (Malaysia) Sdn Bhd. Kepada mereka yang komen komen berjaya dipilih bagi kedua dua kategori di atas, saya akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut  serta urusan pemberian produk percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini, anda juga boleh melayari website Kobayashi di SINI.  Produk percuma ini terbuka kepada semua pembaca blog Azie Kitchen.
 
 
 

Sunday 25 September 2016






Saya terpandang masakan Rendang Kacang Panjang Nismilan yang menggunakan kacang panjang dan isi perut ayam yang sungguh nampak menyelerakan. Teringat Lauk Teresek Kacang Panjang yang selalu dihidangkan di majlis kenduri di Kelantan. Cuma Teresek menggunakan keropeh ayam. Hahaha keropeh itu seperti leher, kaki, kepak, hempedal dan hati ayam. Insya Allah nanti saya akan kongsikan resepi Teresek yang merupakan lauk kegemaran saya di majlis kenduri di Kelantan. Setiap kali kakak mengadakan kenduri, saya akan mencadangkan lauk Teresek.

 
 
 
 
 
Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya Rafidah Latiff yang merupakan anak jati nogori suami isteri. Dalam sibuk menghadiri Hari Keluarga di Sunway Lagoon, Fidah sempat lagi menghantar resepi melalui Whats App.
 
Serious memang sedap rendang ini cuma rendang kacang panjang saya tak cukup banyak kacang panjangnya. Nama pun rendang kacang, patut kenalah lebih kacangnya. Kedua, saya tak rebus dulu ayam pencen, jadi ayamnya agak liat. Inilah kali pertana saya memasak isi perut ayam ni. Adik yang menjual ayam pencen di pasar pagi Kg Baru Kundang memberitahu organ yang melekat di telur jangan dibuang kerana ianya sangat sedap. Hmm memang sedap. Ada rasa usus muda perut lembu. Kolesterol pun rasanya beribu ribu lemon gak. Haa gara gara nak telur yang banyak, saya kena beli 2 ekor ayam pencen dengan harga RM24. Bila tengok ayam yang disalai teringat masa dulu dulu. Selepas dicelur dengan air panas, cabut bulu, wajib disalai atas api untuk menghilangkan bulu bulu ayam yang halus. Masa dulu kalau nak makan ayam, memang berkeliling rumah mengejar ayam. Kemudian ayam yang ditangkap dikurung dalam sangkar tunggu untuk disembelih.
 
Menu saya hari ini semua berasaskan cili padi. Selepas memasak dan makan, rasa tangan pijar kepanasan dan kepedasan. Selain dari masakan Kelantan, saya memang gemarkan masakan nogori kerana keunikan masakan mereka. Jom layan resepi nogori yang pedas berbisa ini. Jangan lupa layan video Rendang Kacang Nismilan Dengan Isi Perut Ayam di Instagram Azie Kitchen ya. Rugi kalau tak menontonnya...

 

 

Rendang Kacang Nismilan Dengan Isi Perut Ayam

Bahan bahan:
Kacang Panjang - lebihkan
Isi Perut Ayam - hati, hempedal, telur dan perut.
Sedikit ayam telur - saya tambah
Sedikit cili kisar
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam
1 biji kelapa - santan pekat

Bahan kisar:
Segenggam cili padi - kena banyak
2 inci kunyit hidup  
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Rebus hati ayam, hempedal ayam dan telur bersama isi perut ayam. Jika menggunakan juga daging ayam pencen, boleh rebus dahulu dengan pressure cooker.
 
 

 
Dalam periuk lain, masak santan pekat bersama bahan tumbuk, cili kisar dan serai dengan api perlahan sambil terus dikacau.
 
 
 
Bila santan dah menggelegak, masukkan ayam. Setelah ayam masak, masukkan hati, hempedal dan isi perut ayam  yang direbus tadi. Masak sampai kuah hampir kering dan pecah minyak, baru masukkan kacang panjang, asam keping dan garam.
 
 
 
 
 
Setelah kacang lembut, bolehlah tutup api. Selamat mencuba.

Nota:
Saya meletak sedikit isi ayam, jadi selepas santan menggelegak, saya masukkan ayam dulu dan biarkan sehingga ayam masak. Kalau guna ayam pencen, boleh rebus dengan pressure cooker dulu.

Boleh juga jika mahu ditumis bahan kisar sebelum dimasukkan santan pekat.
 
 
 

Saturday 24 September 2016


Bahan-bahannya:-


  • 500gm Mee Laksa segar,
  • 1kg ketam segar, dibersihkan dan dibelah dua
  • 1 sudu teh ketumbar biji � di sanggai dulu
  • 1/2 sudu teh jintan manis - di sanggai dulu
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya
*Bahan-bahan dan rempah di atas ditumbuk halus
  • 2 batang serai di titik
  • 1 kotak santan krim 200ml
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 kiub knorr ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air - Untuk kuahnya
  • 2 sudu besar minyak makan untuk menumis
  • Bawang merah goreng untuk hiasan
  • Daun ketumbar untuk hiasan


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan minyak di periok, letakan serai yang di titik, kemudian letakan rempah2 yang sudah di tumbuk halus, ketumbar, jintan manis, lada hitam, bawang putih, halia dan daun ketumbar bersama akarnya.
  2. Bila aroma rempahnya bangkit, tuangkan air secukup dan masukkan 1 kuib knorr ikan bilis dan garam secukup rasa.
  3. Gaulkan dan rasa kuahnya.
  4. Bila kuah nya mula mendidih, masukan krim santan dan digaulkan rata2, dalam 2 mins masukan ketam yang sudah dibelah dua.
  5. Biarkan ia selama 8 mins.
  6. Letakan bawang merah goreng pada kuahnya.
  7. Ketam akan bertukar ke warna oren apabila sudah masak.
  8. Di periuk yang lain celurkan
  9. Mee Laksa di air garam selama 2/3 minit, angkat dan toskan.
  10. Sajikan Mee Laksa di mangkuk, tuangkan kuah lemak ketam nya, bersama sebelah isi ketam, taburkan sedikit bawang merah goreng, dan daun ketumbar sebagai hiasan.
  11. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Mee Laksa Lemak Ketam Best!!

Resepi Mee Laksa Lemak Ketam Best!!


Bahan-bahannya:


  • 600gm Udang Lobster, asingkan kulit kepala dari badan nya. Rebus kulit nya dengan daun sup. Ambil isi udang nya, biarkan seketul-seketul kemudian tepikan


Bahan untuk mengoreng udang lobster:


  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 2 sudu besar mentega


Untuk kuahnya:


  • 2 biji ubi kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 6 biji tomato ceri
  • 300ml susu penuh lemak
  • Secubit serbuk buah pala
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit serbuk daun thyme
  • Secubit serbuk daun herba dill
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh minyak zaitun truffle (kalau ada)
  • 1 bantal kecil roti peranchis di bakar kering


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan kuali, letakan mentega, biarkan ia cair, letakan bawang putih dan bawang merah.
  2. Bila ia lembut letakan isi udang lobster dan goreng hingga ia masak.(goreng dalam 5 mins dan balikkan).
  3. Sesudah goreng angkat dan tepikan.
  4. Rebus kulit udang hingga masak bersama, ubi kentang, lobak merah, daun sup dan garam secukup rasa, ambil stok nya, tepikan kentang dan lobak merah sesudah masak.
  5. Ambil kulit2 udang yang lembut (badannya) dan kisar bersama secukup stok air rebusan nya (dalam semangkuk)
  6. Kisar hingga halus (ambil stok nya semula). Kemudian bersihkan blenda anda dan kisar kentang, lobak merah bersam a stok tadi. Letakan susu penuh lemak. Kisar hingga ia halus.
  7. Kemudian panaskan semula susu stok udang anda.
  8. Letakan serbuk buah pala, herba2 thyme dan dill. Serbuk lada hitam.
  9. Bila ia mendidih letakan minyak zaitun truffle, gaulkan kuahnya rata2.
  10. Sajikan panas2, letakan isi lobster didalam krim nya.
  11. Makan bersama roti perancis bakar.
  12. Taburkan sedikit lada hitam dan buah pala parut.
  13. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Lobster Berkrim Lazat!!

Resepi Lobster Berkrim Lazat!!


Bahan-bahannya:


  • 1 kg rusuk daging
  • 500gm isi daging
*Rebus kedua-dua daging dalam periuk dengan rempah buah pelaga, kayu manis
  • bunga lawang, daun pandan, halia, air mawar dan garam secukup rasa. Rebus hingga empuk (2 jam)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun ketumbar bersama akar nya
  • 4 ulas bawang putih
  • 1.5 inci halia
  • 3 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • 1 mangkuk gajus
  • 3 sudu makan bawang merah goreng
  • *Kisar bahan-bahan di atas hingga halus
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar air koma (saffron)
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 10 biji tomato ceri
  • 2 biji ubi kentang di potong dadu
  • 1 batang lobak merah di potong dadu
  • 2 mangkuk stok daging (dari air rebusan daging nya)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Bawang merah goreng


Cara penyediaannya:


  1. Panaskan minyak dan cairkan mentega di periuk yang besar.
  2. Letakkan bahan2 yang sudah dikisar halus tadi, tumis hingga ia bangkit aroma nya.
  3. Letakkan stok daging, serbuk ketumbar dan jintan putih.
  4. Gaulkan rata2 letakkan air koma, letakkan garam secukup rasa.
  5. Letakkan ubi kentang dan lobak merah yang di potong dadu.
  6. Masukkan isi daging dan rusuk nya. Rasa kuah nya.
  7. Biarkan ia mendidih dan kentang nya empuk, kemudian masukkan tomato ceri masak dalam 3 minit lagi, tutup api.
  8. Sajikan dengan taburkan daun ketumbar dan bawang merah goreng.
  9. Sajikan panas2. Makan dengan nasi mentega, biryani atau roti2.
  10. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Rusuk Daging Kuah Rempah Krim Gajus!!

Resepi Rusuk Daging Kuah Rempah Krim Gajus!!


Bahan-bahannya:


  • 1 ekor ikan tenggiri atau potongan badan & ekor nya.
  • 1 inch halia - di hiris
  • 2 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 datang lobak merah - dipotong dadu
  • 2 biji ubi kentang - dipotong dadu
  • 2 helai daun sup
  • 2 helai daun bawang - dihiris
  • ikat Soo Hoon - Rice Vermicelli (Direndam)
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • Air mengikut cita rasa
  • 1 cub knorr ayam - Optional - Stock ayam/Sayuran


Cara penyediannya:


  1. Panaskan minyak di periuk,masukkan bawang,halia dan bawang putih.
  2. Bila layu, masukan air dan knorr ayam/ikan bilis.
  3. Masukkan sayur2an lobak merah & ubi kentang.
  4. Bila sup mendidih, masukan Soo Hoon yang sudah di rendam dan kepingan Ikan Tenggiri.
  5. Masukkan daun sup dan bawang. Bubuhkan sedikit serbuk lada putih.
  6. Tutup tudung periuk dan kechilkan api keparas paling rendah. Sajikan panas2 dengan daun sup dan bawang goreng.
  7. Boleh membuat sos kicap manis dengan chilli hiris - hijau & merah & perahan limau.
  8. Optional - Anda pun boleh meletakan daun celery kedalam sup. Ikan nya boleh digantikan dengan Ikan Kurau.


Oleh : Joha Hassan
Resepi Sup Ikan Tenggiri & Soo Hoon!!

Resepi Sup Ikan Tenggiri & Soo Hoon!!

Friday 23 September 2016


Bahan-bahannya:


  • 1/2 kg ubi kentang - dihiris dan digoreng hingga masak
  • 150gm daging cencang - digoreng dengan sedikit serbuk ketumbar dan garam
  • Segenggam daun sup - dicencang halus
  • 4 sudu besar bawang goreng
  • 2 biji telur
  • Garam & serbuk lada hitam
  • Minyak untuk mengoreng (Canola/Sayuran)


Cara penyediannya:


  1. Lenyitkan kentang yang digoreng.
  2. Kemudian, gaulkan dengan daging goreng, bawang goreng, daun sup, garam & lada hitam dalam mangkuk yang besar.
  3. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan sampai sebati.
  4. Ambil sedikit ubi kentang yang digaulkan dan membuat bebola mengikut citarasa saiznya.
  5. Pecah dan pukul sebiji telur lagi untuk dibuat sebagai coating pada kentang yang dibuat bebola.
  6. Buatlah sampai habis.
  7. Panaskan minyak di kuali untuk mengoreng begedilnya.
  8. Disajikan dengan masakan sampingan lain.
  9. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Begedil Daging Crispy!!

Resepi Begedil Daging Crispy!!


Bahan-bahannya:


  • 1kg Daging goreng (kambing atau lembu) di hiris tipis2.
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh biji Jintan Manis (Jintan Kasar)
  • 1 sudu teh biji Jintan Putih (Jintan Halus)
  • 1 inch halia di kisar atau tumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk halus
*Bahan-bahan di atas ditumbuk halus
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus & ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa, lebihkan sedikit supaya merasa manis-nya
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • 1 batang kayu manis
  • 3 atau 4 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar (kuning) di hiris bulat2
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji ubi kentang di hiris wedges


Cara penyediaannya:


  1. Sangai biji ketumbar, jintan manis di kuali tempa minyak selama 3 mins saja atau bila baunya bangkit.
  2. Kemudian tumbuk rempah-rempahnya bersama halia dan bawang putih dan sedikit garam & gula sampai halus.
  3. Kemudian gaulkan kepada daging yang dihiris tipis bersama rempah serbuk kunyit/ketumbar & jintan halus.
  4. Perapkan selama 2 jam di peti ais.
  5. Bila hendak digoreng gaulkan dengan sedikit minyak dan kicap manis.
  6. Panaskan minyak 1/2 cawan (lebihkan sedikit kalau tidak mencukupi).
  7. Goreng daging yang berempah tadi, goreng hingga ia masak, letakan kicap manis sedikit, masukkan bawang besar yang di hiris bulat, masukan 1 batang kayu manis & 3 atau 4 biji buah pelaga.
  8. Goreng daging supaya garing dan sebati.
  9. Biarkan daging di kauli dengan api yang sederhana.
  10. Buburkan garam & gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula supaya rempah daging merasa manis sedikit.
  11. Goreng ubi kentang anda di kuali lain.
  12. Sajikan dengan kentang goreng.
  13. Makan dengan nasi putih atau nasi mentega.
  14. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Daging Goreng Ketumbar Jintan!!

Resepi Daging Goreng Ketumbar Jintan!!


Bahan-bahannya:


  • 500gm paru-paru - rebus paru hingga empuk dan dihiris-hiris sekeping
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai di hiris ambil bahagian kepalanya
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh biji lada hitam
  • 2 sudu teh biji ketumbar
Tumbuk bahan-bahan di atas dan gaulkan pada paru yang sudah di rebus dan hiris sekeping. Perap dalam 1 jam sebelum digoreng
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • Secubit gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk mengoreng


Cara penyediannya:


  1. Panaskan minyak secukup untuk mengoreng paru-paru yang sudah di rempah dan di perapkan.
  2. Sajikan dengan daun salad and timun hiris bersama cili sos untuk cicahannya.


Sos Cilinya:


  • 4 sudu besar cili kisar atau boh
  • 1 mangkuk air assam jawa (segengam asam)
  • 3 ulas bawang putih di titik saja
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam & gula secukup rasa


Cara penyediaannya:


  1. Masak sos cili nya bersama air asam, cuka dan letakkan bawang putih yang dititik.
  2. Bila ia mendidih, letakan garam & gula secukup rasa.
  3. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Paru� Berempah!!

Resepi Paru� Berempah!!


Bahan-bahannya:


  • 500gm daging kambing cincang (minced meat)
  • 2 lobak merah di potong dadu kecil
  • 2 biji tomato dipotong dadu kecil
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 chili hijau dipotong hiris
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 batang inch kayu manis
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 inch halia - ditumbuk halus
  • 2 helai daun ketumbar dipotong halus.
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar bawang merah goreng
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi gee/mentega
  • Minyak masak (Canola/Sayur)


Cara penyediaanya:


  • Daging kambing cincang digoreng dahulu dengan minyak sapi, rempah kayu manis, serbuk ketumbar, jintan manis, kunyit, sedikit garam dan lada hitam, kemudian ditepikan. Keluarkan kayu manisnya.
  • Panaskan minyak masak di kuali, masukan bawang besar,bahan yang ditumbuk halus dan kayu manis.
  • Bila bawang mula lembut, masuk daging goreng, lobak merah, cili hijau dihiris, daun ketumbar, bawang merah goreng dan tomato dadu.
  • Gaulkan hingga sebati.
  • Letakan garam secukup rasa.
  • Bila masakannya masak, angkat dan tuangkan dimangkuk pembakar (cassarole) buat 4 lubang sebesar sudu besar, tebal inti daging lebih kurang 1 inch,pecahkan telur sebiji kemudian masukan telur kedalamnya.
  • Panaskan oven dan bakar selama 10 mins hingga telur nya masak.
  • Sajikan panas, dimakan dengan pelbagai roti. Chapati, Roti Peranchis, Roti putih biasa, Roti Naan dan lain2
  • Selamat mencuba!!


Asal : Norasiah Mohd
Oleh : Joha Hassan
Resepi 'Shashuka' Daging Enak!!

Resepi 'Shashuka' Daging Enak!!


Bahan-bahannya:


200gm daging steak (sekeping), biar yang ada lemak nya sedikit. Gaulkan dengan Garam & Lada Hitam. Perapkan dalam 1 jam. Ketuk2 daging rata. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun sebelum di panggang di dalam kauli yang ada jalur2.

Sosnya:


  • 1 paket Cendawan butang putih di hiris2
  • 2 ulas bawang putih di cencang halus
  • 1 biji bawang besar di potong dadu kecil2
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • 1 sudu besar tepung biasa
  • 1 helai daun bay leave
  • 2 sudu mentega


Cara penyediannya (Sos cendawan lada hitam)


  1. Panaskan dan cair mentega di kuali, letakan bawang putih dan bawang besar.
  2. Goreng sebentar, bila bawang lembut letakan cendawan hiris, bay leave dan lada hitam.
  3. Letakan tepung di kuali dan sedikit air, gaulkan hingga sebati.


Cara penyediannya:


  1. Panaskan kauli grill, letakan daging steak dan panggang selama 4mins untuk sebelah dan balikan dan panggang sebelah lagi.
  2. Sayur2 salad ikut citarasa.
  3. Panaskan air diperiuk dan letakan garam secukup.
  4. Bila mendidih celurkan sayur dalam 2 mins.
  5. Rehatkan daging nya sebentar untuk 3 mins.
  6. Sajikan Daging panggang dengan sos nya dan sayur2an salad dengan baby kentang rebus goreng dengan bawang putih dan mentega.


Oleh : Joha Hassan
Resepi Daging Stik Panggang Lazat!!

Resepi Daging Stik Panggang Lazat!!


Bahan-bahannya:


  • 5-6 ekor Udang segar jenis Harimau (Tiger King prawns) saiz besar.
  • 2 ulas bawang putih - dicencang halus
  • 4 sudu besar mentega berkrim - biarkan ia cair di suhu bilik.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 gengam daun ketumbar dicencang halus
  • Garam secukup rasa


Cara penyedianya:


  1. Bersihkan udangnya, buangkan urat di belakangnya, buat belahan di belakang isinya, jangan sampai terbelah dua.
  2. Di mangkuk yang sederhana gaulkan rempah-rempah daun ketumbar, mentega dan bawang putih.
  3. Letakan garam dan lada hitam serbuk sedikit.
  4. Sapukan rempah di belakang udang. Buat sehingga habis.
  5. Panaskan oven pada suhu 200C, letakan udang di tengah oven panggang dalam 8-10 mins...
  6. Ia masak bila kulit nya bertukar warna ke merah-merahan.
  7. Angkat udang dan sajikan panas2 bersama juadah lain seperti salad dan nasi.....
  8. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Udang Bakar Rempah!!

Resepi Udang Bakar Rempah!!


Bahan-bahannya:


  • 2 keping peha ayam yang dibuang tulang nya. Letakan garam dan lada hitam bersama jintan halus, gaulkan dan tepikan.

  • 1 paket sayur baby asparagus (jenis halus)


Sos pesto nya :


  • 3 tangkai daun ketumbar bersama akar nya
  • daun Kuchai
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi hijau
  • sedikit air untuk kisar
  • 2 sudu besar Minyak Masak/Zaitun


*Bahan-bahan di atas semua di kisar halus. Cukup dalam semangkuk. Gunakan separuh sahaja pesto sosnya pada ayam.

  • Garam secukup rasa
  • Secubit lada hitam
  • 2 sudu besar santan krim (santan kotak)



Cara penyediaanya:


  1. Ambil sekeping ayam, letakan garam dan lada hitam, sapukan sos pesto pada isi nya, kemudian balut asparagus, dalam (10 batang), kemudian gulong ayam nya di dalam plastic yang tahan panas.
  2. Balut ketat2 supaya, ikat tepi plastic supaya tidak terbuka bila to rebus nanti.
  3. Panaskan air secukup hingga mendidih, kemudian tutup api nya.
  4. Letakan ayam didalam biarkan ia selama 10 -15mins.
  5. Angkat bungkusan ayam dan buka plastic nya.
  6. Panaskan kuali rata, letakan sedikit minyak dan goreng ayam nya.
  7. Goreng rata-rata supaya kulit ayam nya menjadi keemasan.
  8. Tepikan ayam nya supaya ia rehat dalam 5 mins. Jus nya akan keluar. Jangan buang jus nya.
  9. Panaskan kuali letakan sedikit bawang besar di potong dadu, masuk sayur asparagus dan goreng sebentar.
  10. Tuangkan jus air dari ayam tadi bersama garam dan lada hitam secukup rasa.
  11. Sesudah ia masak tutup api nya. Letakan santan krim dalam 2 sudu besar dalam kuali kecil, tuangkan lebihan sos pesto anda dan gaulkan rata2 bersama santan nya.
  12. Letakan garam dan lada hitam secukup rasa. Sajikan ayam nya dengan menghiris bulat, tuangan sos krim pesto dengan sayur asparagus di tepinya.
  13. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Ayam Rebus Asparagus & Sos Krim Pesto!!

Resepi Ayam Rebus Asparagus & Sos Krim Pesto!!


Bahan-bahannya:


  • 4 ekor ikan segar (atau potongan ikan lain ikut citarasa)
  • 1/2 mangkuk cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas


*Bahan-bahan di atas dikisar halus

  • 1 mangkuk daun kesum
  • 4 biji buah keras di tumbuk halus
  • 1 mangkuk air assam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 potong nenas di hiris 3 segi
  • 8 biji sayur bendih
  • Minyak sayur untuk menumis


Cara penyediannya:


  1. Panaskan minyak dikuali atau periuk.
  2. Tumis bahan-bahan yang di kisar halus, letakkan buah keras yang di tumbuk tadi.
  3. Tumis hingga ia bangkit bau nya.
  4. Letakkan air asam dan secukup air untuk kuah nya.
  5. Letakkan daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
  6. Bila ia mendidih, masukkan potong nenas dan sayur bendi.
  7. Letakkan ikan sesudah merasa kuah nya dan biarkan ikan nya masak.
  8. Sajikan panas2 bersama nasi putih....
  9. Selamat mencuba!!


Oleh : Joha Hassan
Resepi Asam Pedas Ikan & Nenas!!

Resepi Asam Pedas Ikan & Nenas!!





Sebelum tidur biasanya saya akan mendengar kuliah ustaz ustaz di youtube. Antara yang biasa saya tonton ialah youtube Ustaz Jafri Abu Bakar. Saya suka mendengar berulang kali bab amalan yang boleh meninggikan darjat. Antaranya ialah membaca "Laa Ilaa Haillallaahu wahdahu Laa syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumit, Wahua 'Alaa Qulli Syaiin Qadiir" yang mana akan dihapuskan 10 kejahatan, diberikan 10 pahala dan diangkat 10 darjat. Ianya dibaca sebanyak 10 kali selepas solat Maghrib dan Subuh dengan syarat tidak berkata apa apa selain ini dan juga kaki masih dalam kedudukan tahiyat akhir. Selain itu, saya juga belajar mengenai kelebihan istighfar di mana ianya dapat menghilangkan perasaan gundah gelana, dapat menghilangkan masalah yang dihadapi serta akan diberikan rezeki yang tidak disangka sangka. Lengkap sekali kerana tiada masalah, tiada gelisah, diberi rezeki. Itulah yang dikehendaki oleh semua insan di muka bumi ini. Jom sama sama kita amalkan amalan mudah tetapi sangat banyak kelebihannya. Bak kata Ustaz Jafri, semasa masih bernyawa, rebutlah peluang membuat pahala dengan mengamalkan amalan yang mudah mudah ini. Peruntukkan masa tertentu untuk membacanya. Tidak boleh hanya mahu membaca, bila kita menpunyai masa kerana yang pasti kita tidak akan ada masa. Jadi sebagai contoh, sebelum tidur atau selepas setiap kali solat, kita peruntukan masa untuk berzikir, membaca surah surah pilihan dsb.

Resepi rendang ayam ini adalah A Keeper Recipe yang memang menjadi pilihan saya terutama untuk hari raya. Kenapa hari raya? Kerana hari raya, lauk dan makanan banyak. Kita juga banyak berkunjung ke rumah. Jadi bila rendang tahan lama, bolehlah dimakan sehingga ke beberapa hari dengan tidak basi. Kalau hari biasa, mungkin dalam sehari rendang kita telah habis dimakan. Kalau mahu melihat video, kenalah singgah di Instagram Azie Kitchen. Rendang ini disediakan semasa hari raya Aidil Adha yang lalu, kira macam ulang tayang resepi jer ni. Anak bujang saya Aween yang memgacau sehingga masak. Saya bertindak sebagai videographer yang merekodkan sepanjang ianya dimasakkan. Menyediakan rendang ayam ini kena bertabah lah kerana memang lama dan kena dikacau selalu. Tapi hasilnya berbaloi baloi kerana ia menjadi warna gelap umpama Rendang Minang. Kalau ikut kawan saya, memang Rendang Minang pun. Rendang Minang versi keluarga beliau. Minyak yang terbit akan kembali diserap sehingga tiada lagi minyak. 

Jom layan resepi yang saya sertakan sekali lagi di bawah ini. Jika membuat rendang, saya suka memasukkan kaki kaki ayam yang memang dikatakan kaya dengan kalogen. Saya akan meratah kaki ayam sahaja. Bahagian daging memang tak berapa gemar. 




Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Tuesday 20 September 2016


SPONSORED POST




Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya yang diberi peluang membuat review telephone pintar Huawei P9. Seperti biasalah, bila handphone ada di tangan, perkara pertama yang dibuat adalah mengambil gambar selfie. Seperti tidak percaya dengan gambar selfie yang terhasil. Hahaha saya sangat comel lah pulak dalam gambar tu. Ala ala ayu muda gituu. Serious bagi yang gemar berselfie, jangan lupa untuk merakam gambar selfie dengan handphone Huawei P9. Tak perlu nak edit bagai. Tengok gambar saya di bawah ini, seolah baru lepas bersolek.

 
 



Inilah kali pertama, saya melihat handphone yang menpunyai dua lensa yang mampu menghasilkan gambar yang akan membuat kita teruja dengannya. Selain gambar yang jelas, warna yang dirakamkan juga sangat terang dan cantik. Berbunga bunga hati melihat keindahan warna yang terhasil.







Selain berselfie, saya juga gemar mengambil gambar gambar masakan dari pelbagai sudut. Tugasan sebagai blogger masakan tidak semudah bidang lain kerana saya perlu memasak sebelum mengambil gambar. Kebiasaannya untuk satu masakan saya akan snap dari 5-10 keping gambar. Saya sukakan gambar masakan saya kelihatan jelas dan hidup seolah masakan berada di depan mata.







Tapi sebagai wanita berkerjaya, aktiviti memasak hanya dibuat selepas waktu pejabat. Inilah cabaran sebenar kerana apabila masakan disiapkan, hari pun telah senja. Ketiadaan cahaya yang cukup menyebabkan gambar yang terhasil tidak cantik dan hidup. Huawei P9 dengan fungsi dua lense sangat membantu saya untuk merakamkan gambar yang saya inginkan untuk blog saya. Cantik sangat gambar yang terhasil walaupun di dalam keadaan ketiadaan cahaya yang cukup. Inilah salah satu kelebihan handhone yang menpunyai kamera dua lensa berbanding dengan satu lensa. Gambar di bawah ini dirakam waktu senja.






Sebagai blogger, saya juga adalah mobile photographer yang perlu merakam gambar bukan sahaja cantik dan sharp tanpa mengira siang atau malam tapi juga mudah digunakan.

Haa selain ciri ciri yang saya sebutkan di atas, design telefon ini pun sangat moden dan stylish dengan pilihan pelbagai warna menarik. Jom sama sama kunjungi pengedar handphone Huawei P9 hari ini juga.

Kepada anda semua yang perlukan contoh contoh yang lain, boleh tonton video di facebook dengan klik di SINI banyak pendapat yang diberikan  oleh orang ramai. Anda juga boleh cuba melakukan ujian kecil yang boleh didapati dalam posting tersebut yang boleh mencadangkan smartphone yang bersesuaian dengan anda. Cubalah hari ini.