Responsive Ads Here

Sunday 31 July 2016




Petikan kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar di youtube yang sangat menarik buat renungan kita semua. Setelah menpunyai ilmu, mungkin sekarang kita telah berhati hati untuk tidak melakukan sesuatu yang berdosa, tapi dosa dulu dulu dari kita mencapai umur baligh hingga kini masih belum dipadamkan. Apa tandanya kita masih ada dosa? Tandanya kita masih malas nak buat ibadat. Walaupun kita tahu kelebihan sesuatu ibadah, tapi masih tidak mahu melakukannya. Contoh, berat untuk melakukan solat solat sunat. Itu tandanya hati masih berselaput dengan dosa. Allah sayang kat kita. Macam mana banyak pun dosa, Allah tetap akan ampunkan dosa. Tanda hati bersih ialah rasa takut nak buat satu yang berdosa. Kalau rasa diri tak ada dosa, tandanya hati masih penuh dengan dosa. Kena sentiasa ingat bahawa Allah sayang kat kita bila kita diberi ujian. Kita akan semakin dekat dengan Allah di kala di timpa ujian. Allah bagi ujian untuk menambah pahala. Bila diberi sakit sikit, tandanya Allah nak ampunkan dosa kita. Allah nak padamkan dosa kita. Bila niat nak jadi baik, pasti ada ujian. Kenapa Allah panjangkan usia kita?

1. Allah panjangkan usia kita kerana Allah nak padamkan dosa kita yang lalu. Allah bagi peluang kita bertaubat supaya dapat padamkan dosa yang lalu. Kalau boleh, menangislah dengan dosa yang telah dilakukan. Syarat bertaubat adalah, pertama istighfar. Peruntukkan sehari untuk benar benar beristighfar. Kedua, mesti rasa menyesal dengan apa yang telah kita buat dulu. Kalau tengok orang tua, ulamak ajar untuk kita berfikir mesti banyak pahala amalan dia. Aku sikit. Bila tengok budak kecil, katakan dalam hati, untung dia dosa sikit. Aku dosa banyak.  Ketiga, berazam dalam hati tak nak buat lagi dosa lalu. Akhir sekali, jangan ceritakan dosa kita pada sesiapa. Jangan berbangga bangga. Nanti Allah tak terima taubat kita. Allah sembunyikan dosa kita, jadi jangan kita sendiri yang membukanya. 

2. Bila Allah panjangkan umur kita kerana Allah hendak bagi peluang kita membuat amalan yang cukup. Kalau tahu usia kita terhad, kenapa tak nak maksimumkan ibadat. Mengaji di masa lapang, bukan tengok TV. Nak letih kat dunia atau nak letih di akhirat. Sementara hidup, perbanyakkan istana di syurga kerana kita akan hidup di akhirat selama lamanya. Caranya dengan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 10x.  Setiap kali lepas solat fardhu, jangan lupa membaca ayat Kursi. Maka tidak akan ada apa yang menghalang masuk syurga melainkan mati. Maknanya mati, terus masuk syurga. Baca surah Kafirun masa di tempat pembaringan sebelum tidur, sebagai pembebasan syirik pada Allah. Kesemua ini adalah amalan mudah yang boleh membantu menambah amalan kebaikan kita.

Sekarang kita masuk bab masakan pula. Hari ini masakan dari Maggi. Saya belajar resepi ini dari Chef yang membuat demo masakan Maggi semasa pelancaran program Maggi 1,2,3 di Tesco Mutiara Damamsara minggu lalu. Dengan tema cipta resepi lazat dan seimbang bersama Maggi. Ada orang yang bila mendengar Maggi akan rasa takut. Sebenarnya mee Maggi dibuat dari gandum sebenar dari Australia. Manakala perencahnya pula disediakan dari bahan bahan serta rempah asli seperti mana memasak kari biasa. Ianya dimasak sehingga pecah minyak. Itu apa yang saya dengar dari pihak Nestle. Tapi apa apa makanan sekali pun tak boleh diambil dalam kadar yang berlebihan. Untuk menjadikan pemakanan yang seimbang, kita kenalah menambahkan protein dan lain lain vitamin serta bahan berkhasiat. Antaranya ayam, udang, sotong, telur, karot, kobis dan sawi. Semua ini bahan berkhasiat dan diperlukan oleh kita semua. Itu yang dimaksudkan seimbang. Maknanya ada pelbagai kumpulan seperti dalam piramid pemakanan. Mee Maggi Goreng Mamak memang sangat popular di restoran mamak atau nasi kandar. Jika disediakan sendiri, pasti lagi sedap dan terjamin kebersihan bahan serta cara penyediaannya. Saya memasak 3 bungkus untuk dimakan sebagai brunch untuk saya, Boy dan Aween. Memang sedap dan sangat menjimatkan. Kami hanya menggunakan 2 pek perencah sahaja. Tak perlu ditambah apa apa lagi. Semua sudah secukup rasa. Kalau diletak sedikit sawi atau daun ketumbar, pasti lagi cantik dan berwarna warni. Tapi saya tak letak kerana tiada stok di rumah. Nak tengok bagaimana saya menyediakannya, boleh layan video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen. 

Jom layan resepi mudah mee Maggi goreng mamak yang sangat sedap ini...





Mee Maggi Goreng Mamak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 paket Maggi perisa Kari - rebus
2 paket perencah Maggi kari
Sayur - karot, kobis dan sawi
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
4 keping tauhu kering 
5-6 ekor udang - rebus seketika
2 biji telur 
2-3 tangkai cili padi - ketuk (opsyenal)

Cara cara:
Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga layu, baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau rata. 





Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata. 

Masukkan pula karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu. 





Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan. 

Thursday 28 July 2016





Resepi rendang sedap dan tahan lama ini telah banyak kali saya gunakan. Lebih lebih lagi kalau mahu memasak rendang dalam jumlah yang banyak. Bila memasak dalam jumlah yang banyak, tak adalah rendang menjadi basi sebelum ianya dihabiskan. Bila dapat tahu, yang resepi ini juga sedap untuk memasak rendang daging, saya pun tidak teragak agak untuk mencuba sendiri. Memang sedap. Lagi pulak, bila menggunakan daging, kita tidak risau untuk mengacau dalam kuali lama lama. Jika suka, boleh dicampurksn juga dengan sedikit limpa. Untuk menjadikan rendang ini sedap, ianya mestilah dikacau agak lama dengan menggunakan api perlahan sahaja. Minyak yang keluar akan akhirnya meresap semula dalam rencah rendang menjadikan rendangnya berwarna gelap seperti rendang minang. Resepi ini pun sebenarnya resepi Rendang Minang turun temurun keluarga sahabat saya. Lagi lama dimasak, ianya akan menjadi lebih sedap. 



Saya memasak rendang ini waktu malam kerana sebaik tiba di rumah, saya terus ke dapur menyediakan Kuah Kacang Berdaging Istimewa dulu. Sementara rencah untuk kuah kacang sedang ditumis, saya mula menghiris bawang bawang yang hampir 1/2 kilo. Bab menghiris bawang inilah yang agak remeh dan memakan masa sedikit. Bila malam, ambil gambar pun tak cantik. Ambil video pun jadi gelap semacam. Tapi apa nak buat. Wanita bekerja seperti saya memang terpaksa mencuri curi masa untuk ke dapur. Siap memasak dah pukul 10 malam. Jadi saya sambung mengeringkan lagi rendang keesokan harinya. Rendang ini lagi lama di masak, lagi sedap. Boleh lihat video penyediaannya di Instagram Azie Kitchen. 

Jom layan resepi rendang daging sedap yang saya sediakan hari ini. Sedap dimakan dengan lemang, nasi impit, nasi atau dengan mee hoon juga.



Rendang Daging Sedap dan Tahan Lama
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
Sedikit limpa - jika suka
1/2 kg bawang merah - hiris
1 1/2 labu bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
2 batang serai - titik
2 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kg santan
1-2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu dan gaul rata. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Monday 25 July 2016






Atas permintaan Juita yang ingin makan Kuah Kacang ketika balik hujung minggu lalu, saya menggagahkan diri untuk memasak sebaik balik dari pejabat. Ikutkan hati memang agak malas kerana keesokannya menpunyai 4 undangan rumah terbuka. Pada hari Ahad nya, ada lagi 3 rumah terbuka termasuk satu majlis perkahwinan. Namun demi anak anak, saya tabahkan hati dan lawan perasaan malas. Itu pun, Juita dah siap mengupas bawang bawang, merebus cili kering dsb. Ianya menjadikan tugas saya lebih mudah dan cepat. Namun begitu, bab menumbuk kacang lah yang memakan masa agak lama. Gigih menumbuk menggunakan lesung batu. Nampak gaya kena mempercepatkan membeli blender kering. Tak larat nak menumbuk lagi. Resepi ini selain menggunakan daging, juga sedap menggunakan ayam. Klik di SINI untuk kuah berdaging dan SINI untuk kuah kacang menggunakan ayam. Cuma yang wajib ialah menumis cili sehingga benar benar masak dan garing. Barulah ianya menjadi sedap. Kalau tidak, kuahnya akan terasa seolah cili yang tidak masak. Boleh layan video penyediaannya di dalam Instagram Azie Kitchen. Terutama bab merebus kacang tanah selepas ianya dikisar.

Saya memasak Kuah Kacang bersekali dengan memasak Rendang Daging. Bayangkan saya bersilat di dapur. Sambil memasak, sambil juga merakam video. Bila kuah kacang masak, dah agak malam.  Tapi Juita dan Aween terus makan selepas diangkat dari dapur. Pada mulanya, saya hanya mengambil sesudu dari pinggan Juita. Tapi selepas merasakan kuah kacangnya sangat sedap, saya mula menceduk semangkuk untuk saya sendiri. Aduhaai selamba rock jer walaupun dah tengah malam, masih lagi boleh makan. Makanan berat pulak tu. Macam mana nak slim kalau macam ni. Apa apa pun, kuah kacang ini sangat sedap. Tambah pulak dimakan sekali dengan rendang daging, memang bertambah meletop nyer. Tips juga adalah kuahnya mesti ada rasa manis manis sikit, barulah ada kick. Hihihi.





Jom layan resepi yang sangat istimewa ini. Telah hampir 30 tahun menjadi resepi kuah kacang keluarga saya. Pendek kata, ianya adalah salah satu dari keeper recipe untuk kami. Selamat mencuba.




Kuah Kacang dengan Daging Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil dan rebus
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar - 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa - dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
1 cawan minyak mazola

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak atau dibakar di dalam oven sehingga berbau wangi. Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur.

Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing dengan minyak mazola, setelah garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.

Masukkan daging dan kacau rata. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air rebusan daging, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.

Bolehlah angkat dan dihidangkan dengan nasi impit dan hirisan timun serta bawang. Hari ini, saya makan nasi impit kuah kacang dan rendang daging sekali. Memang terbaikk..



Nota:
Boleh masukkan dalam bekas bertutup kecil dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang.


Saturday 23 July 2016

Resepi Popia Ayam Cendawan!! | Di sini saya besar hati nak kongsi resepi popia ayam cendawan yg sedap gile ni cz ramai sgt yg tanya resepi popia ni. Resepi ni pn dpt dr FB yg dikongsi oleh biras Hasniyati Muin pada awalnya. mula rase biras yg buat dulu. so biras kongsikan resepinya buat saya try pulak. tp seperti kebiasaan sya akan olah balik ikut citerasa tekak sya la. tambah tolak mane2 yang kurang..hihihi. So kat sini saya nak kongsikan juga buat rakan FB saya. blh la same2 kite nikmati popia sedap ni. Mane2 yang kurang boleh la tambah n mane2 yg terlebih boleh la dikurangkan ikut citerasa tekak masing.

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : FB Dek La



Bahan-bahan untuk buat popia sedap ni..



10 batang sosej.. belah dua n potong kecik macam gini..



400 gm ayam cincang (beli ramli @ ayam mas).. kalau nak pakai daging ayam segar pun sedap jugak.. potong kecik.. anggaran berat lebih kurang la.. ambil bahagian dada..



1 tin cendawan butang potong nipis.



1 batang carot potong memanjang nipis-nipis.. kalau malas nak sagat kasar pun boleh aje..



2 biji bawang besar potong dadu dan 5 ulas bawang putih cincang halus..



2 tin cream of chicken @ cream of mushrooms.. mana-mana pun boleh.. sedap aje rasenya.. coz dua-dua dah penah buat ok aje



kulit popia.. kalo rase nak buat yg comel-comel beli la saiz kecik sikit.. yg ni mmg dapat gedabak besar-besar popianya.. hihihi..



mula tumis bawang dulu.. kasi layu sikit je..



masukan ayam hancur @ daging ayam segar n kacau kasi isi ayam masak sepenuhnya.. kalau tidak ada ayam nak guna daging pn boleh ajer..



masukan sosej.. kacau bagi sosej agak masak sedikit baru masuk bahan seterusnya.



masukan carot kacau sekejap je..



masukan cendawan butang.. pun kacau sekejap je.



last masukan cream of chicken @ cream of mushrooms tadi.. kalau rase pekat tambah air sikit..



mase ni perasakan ngan lada hitam, lada sula, serbuk perasa, garam sikit je n gula.. xnak letak garam pn xpe.. cuba rasa dulu la ikut citarasa masing-masing



okey.. inti popia dah siap.. kalo nak lebih creamer tambah air@susu sikit la..



haaa.. ni dah siap balut.. kalo nk tambah sedap letak la cheesedale penambah lemak.. hihihi.. 1keping tu blh dpt 6 popia gak la..



sekarang dah boleh goreng.. hati-hati mase goreng coz akan meletup-meletup sikit.. kalau nak kurangkan meletup sblm goreng simpan dalam peti jap bagi cream nya agak pekat baru digoreng.. so kurang sikit meletupnya..



ta daa... siap goreng kasi tos dulu buang minyak degil.. hihi..



popia oh popia.. nyummy..


Selamat mencuba..
Jangan lupa share.....





Kami menyediakan Soto Ayam untuk hidangan tetamu di majlis makan makan raya kecil kecil di rumah kami. Saya menjemput Ezzaty dan keluarga beraya di rumah kami sebelum beliau berangkat melanjutkan pengajian beliau di USA. Jadi alang alang nak memasak, saya mencadangkan Nana menjemput sekali rakan rakan beliau. Saya mengenali Zaty semasa sama sama mengerjakan solat terawih. Kebetulan adik Zaty merupakan imam solat terawih di surau kami. Oleh kerana kami tinggal dalam kejiranan yang sama, saya meminta Zaty mengajak sekali ibubapa dan adik beradik beliau untuk sekali datang beraya.






Kalau menpunyai majlis makan makan terutama sempena raya, juadah yang biasa disediakan di rumah kami adalah Soto Ayam, Lontong atau laksa. Selain menjadi kegemaran ramai, ianya juga mudah disediakan. Maklum musim perayaan seperti ini, juadah yang simple lebih digemari. Boleh rujuk juga entri mengenai Soto Ayam kami sebelum ini di SINIKali ini saya meminta Nana menyediakan untuk 2 adunan. Saya juga menyediakan video ringkas penyediaan Soto Ayam dan Sambal Kicap Meletop. Jika anda ingin melihat video tersebut, sila lawat Instagram Azie Kitchen. Jangan lupa follow IG Azie Kitchen ya...

Jom layan a keeper recipe Soto Ayam Azie Kitchen di bawah ini...


Soto Ayam Azie Kitchen
Bahan bahan:
I ekor ayam � potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih. Nota: saya guna air dalam 2-2 1/2 blender. 

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.





Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.



Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Kali ini kami guna resepi Sambal Kicap Meletop. 



Bahan bahan Lain:

Taugeh

Daun sup � hiris

Daun bawang � hiris

Bawang goreng
Mee hoon goreng - jgn cuci, terus digoreng
Begedil
Kacang tanah goreng
Mee hoon � celur
Nasi Impit � potong kecil

Nota:
Tips nak menggoreng kacang tanah, masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas dengan menggunakan api yang kecil supaya tak hangus dan rangup.

Tengok 2 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini. Kami guna cara Sambal Kicap Meletop sebagai kelainan. 


Sambal Kicap Kak Yatie:
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula

Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.


Sambal Kicap Meletop:
50 biji cili padi kampung - potong 2
10 ulas bawang putih - hiris hiris
1/2 biji limau nipis atau secukup rasa - ambil jus
Kicap lemak manis Cap Kipas Udang secukupnya
Sedikit bawang goreng - opsyenal

Cara-cara:
Masuk minyak masak dalam kuali dan lepas tu terus masukkan cili padi dan bawang putih dan tutup dengan penutup. Jangan tunggu minyak panas kerana cili akan meletop-letop. Tips: cili potong 2 untuk mengelakkan ianya meletup.

Goreng sehingga hangus sikit. Selepas itu, keluarkan dari kuali dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan kicap dan perahan limau nipis. Tak perlu masukkan air. Jika suka, boleh juga ditumbuk bahan yang digoreng tadi.

Nota:
Jika suka, masukkan bawang goreng semasa mengisar.


Resepi Lengkap Nasi Dagang Terengganu!! | Assalammualaikum.. Hai semua, baru kali ni admin berpeluang nak up resepi feberet sebagai orang tganu jati, Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol. Sebenarnya resepi ni mak admin yang buat sendiri pada hari raya ke-3, tapi disebabkan masa yang terhad, baru sekarang admin dapat up kat page admin sendiri Aneka Resepi Masakan untuk semua pengemar Nasi Dagang bersama Kuah Gulai Ikan Tongkol. Boleh la buat untuk open house korang yer.. Selamat mencuba..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...

Sumber : Mak Tersayang (Tengku Fatimah)



Kerana admin lambat nak snap gambar, tengok-tengok mak dah kukus nasi dah. Tapi caranya ada kat bawah yer,,,

Pertama:

UNTUK NASI

1) 2 Kg beras biasa dan rendamkan 2 jam sebelum kukus (pakai beras cap pisang/serindit)
Kalau guna beras lembut 1 jam dah ok..

2) Secawan beras pulut tak perlu rendam dan nak kukus baru campur bersama beras yang direndam tadi dan kukus

3) Kukus sehingga masak separuh dulu/tak nampak bantuk beras dah.. Check selalu



4) Angkat nasi tadi dan masukkan dalam besen (masa ni nasi nampak kering)



5) Masukkan air ke dalam bekas agak-agak nampak basah gitu, dan gaulkan rata.



6) Biarkan seketika (3-5 minit) bagi nasi kembang sikit



7) Masukkan semula dalam bekas pengukus bersama bahan-bahan berikutnya..



8) Masukkan bersama-sama nasi tadi, bahan bahan di bawah:

?? Bawang merah saiz sederhana 5 ulas (di mayang halus)
?? Halia 3 inci (di mayang halus)
?? Halba - 1 sudu makan
?? Daun pandan - 3 helai




9) Buat lubang sikit kat tengah, masukkan daun pandan dulu




10) Pastu campuran bawang, halba dan halia



11) Tutup bahan tadi dengan nasi sampai tak nampak



12) Kukus kali ke dua sampai nasi masak




13) Check nasi tadi kalau dah masak dan lembut, angkat dan masukkan dalam bekas,

Campurkan bersama santan dan gaul biar rata, santan tu secukupnya bagi nampak lembab jer..

Sebelum tu, dalam santan tadi, letak sikit garam yer, bagi rasa masin-masin sikit




14) Keadaan selepas di campurkan dengan santan



15) Siapp untuk Nasi Dagang kita..
Jom masak Gulai Ikan Tongkol/Aya 



GULAI IKAN TONGKOL / AYA

1) Ikan tongkol 2 ekor sebab kecik (dikukus bersama asam keping (4 keping)

2) Lengkuas 1 inci - dihiris nipis

3) Gula melaka (3 inci) tujuan nak maniskan isi ikan. Tak nak letak pun takpe

P/s : Mak admin dah kukus awal-awal lagi, malam sebelum tu lagi,., Lagi kaw!!



4) Keadaan ikan lepas dikukus..



5) Bahan:

?? 7-8 Ulas bawang merah
?? 3-4 biji bawang merah
?? Halia

Dikisar bersama..



6) Campurkan dengan rempah gulai khas untuk nasi dagang ( kat ganu banyak jual/boleh juga guna rempah gulai ikan biasa)

Tak sedap tak tahu la yer..huhu



7) Campurkan sedikit air dan kacau rata



8) Panaskan minyak..



9) Masukkan lada kisar 3 sudu makan

10) Masukkan campuran rempah dan bawang



11) kacau rata sehingga naik bau



12) Masukkan santan dan kacau lagi



13) Masukkan 1 sudu serbuk kunyit

14) Masukkan asam jawa saiz besar ibu jari

15) Sedikit gula melaka

16) Garam secukup rasa

17) Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih..



18) Dah mendidih, barulah masukkan ikan yang dah dikukus tadi

19) Campurkan 1 sudu serbuk lada adabi untuk nampak kuah jadi merah.. nampak lazat sikit, 
tak nak letak pun takpe..

20) Biarkan lama sikit, bagi pecah minyak..



21) Masukkan cili padi

22) Biarkan mendidih lama, makin lama makin sedap tauuu..



23) Siap!!!!! Nyummmmm!!!!



ACAR TIMUN

?? 3 Batang timun
?? 1/2 lobak merah
?? 1 biji cili besar
?? 2 biji bawang merah saiz sederhana

1) Potong bawang, lobak, cili dan bawang seperti dalam gambar, campurkan bersama cuka, sedikit garam dan sedikit air. Rasa, dan campurkan garam or air ikut selera masing-masing



Gabungkan semua... Selamat menjamu selera.. 


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..