Responsive Ads Here

Monday 10 October 2016

Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap







Hari ini saya nak kongsikan sedikit mengenai Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Meor Abdullah Meor Omar Baki. Sekarang kita berada di bulan Muharram di mana kita baru sahaja menyambut peristiwa Maal Hijrah. Ustaz mengambil salah satu perkara yang berkait dengan Hijrah tapi jarang dikisah dengan terperinci. Perihal makhluk yang ditugas untuk menyembunyikan Nabi Muhammad SAW iaitu Bukit Thur yang terletak 5 km dari Masjidil Haram. Dahulu dengan berpadang pasir, bukan mudah untuk berjalan sejauh 5 km, bukan seperti sekarang. Bukit yang terdiri dari batu bata semata mata. Ketinggian 200 meter lebih, bayangkan 2 padang bola dan ditegakkan. Tinggi tak? Ianya adalah antara bukit tertinggi di Mekah. Kenapa kena tengok atau melawat Jabal Thur? Jawapannya ialah kerana ianya tempat kekasih kita Nabi Muhammad pernah sampai ke situ. Bila sayang dan cinta, patut kita pergi lah tengok kerana Nabi pernah sampai ke sana dengan keadaan susah payah demi menyampaikan Islam yang kita ada pada hari ini. Ambik pengajaran bagaimana besarnya bukit ini yang Nabi panjat. Untuk sampai ke sana memerlukan masa 45 minit hingga 1 jam setengah bergantung kepada tenaga dan usia. Bayangkan ketika Nabi memanjat bukit tersebut, baginda berusia 53 tahun. Mendaki Jabal Thur yang berzig zag bukanlah sesuatu yang mudah untuk baginda ketika itu.  Di gua Thur lah tempat baginda bersembunyi sebelum berhijrah ke Madinah. Untuk masuk ke dalam gua, kena duduk mencangkung, baru boleh masuk. Sempit dan tak selesa. Jadi Ustaz mencadangkan supaya setiap kali ke Mekah, ambillah peluang untuk berziarah ke Gua Thur yang juga merupakan satu ibadah. Ianya seperti mana kita mengunjungi tempat kenang kenangan yang dikunjungi oleh kekasih kita atau orang yang kita puja seperti Avenue of Stars. Hari ini segalanya mudah. Untuk ke masjid, tak perlu panjat bangunan bagai. Hanya satu level antara masjid dengan parking. Pun begitu masih ramai yang tidak mahu mengunjungi masjid untuk bersolat dan menghadiri majlis ilmu. Itulah point yang perlu kita renungkan. Sekarang kita tukar topik pula.

Dulu masa baru baru kawin, saya merasa pelik bila setiap pagi arwah Bonda Mertua akan mengajak anak lelaki untuk ke pasar. Saya pelik kerana di rumah ada peti sejuk kenapa tak dibeli lebih sikit. Hanya kini baru saya faham menyediakan masakan dengan lauk pauk yang segar sangat menyedapkan. Kita yang bekerja pulak memang tak berpeluang untuk berbuat begitu. Terpaksa lah membeli banyak dan simpan dalam freezer. Entah kenapa teringin sangat nak makan sotong bertelur dan masak lemak ketam. Jadi terpaksalah mengajak Boy ke pasar Taman Tun. Bila di sana, memang mata menjadi rambang. Semua ikan, udang, ketam semuanya segar bugar. Duit RM200 bertukar tangan dengan cepat. Satu yang kurang dengan Kota Damansara adalah ketiadaan pasar basah. Terpaksa membeli makanan basah di kedai runcit kepunyaan orang Acheh. Orang Acheh you. Jadi tauke di tanahair kita.

Hari ini saya nak kongsikan resepi Masak Lemak Ketam. Yang pertama perlu ada pastilah ketam. Ketam pulak kena cari yang betina baru banyak isi. Di samping itu, kalau nak beli ketam kena beli masa seminggu selepas bulan purnama. Kalau memasak makanan laut, saya suka masakan yang simple supaya kemanisan rasa semulajadi makanan laut tidak hilang dek rasa rempah ratus bahan. Jadi untuk masak lemak hari ini, saya menggunakan Masak Lemak Cili Padi Nogori. Hanya menggunakan santan, cili padi dan kunyit sahaja. Ringkas bahan bahan nya tapi tetap sedap meletop.

Jom layan resepi di bawah ini...



Masak Lemak Cili Padi Ketam

Bahan bahan;
3 ekor ketam betina
1-2 biji kelapa - santan pekat
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
Garam
1/2 keping asam keping

Cara cara:
Potong ketam dan bersihkan. Kisar cili padi dan kunyit dengan santan sehingga lumat.



Satukan bahan kisar dengan santan dan kacau rata. Jerang atas dapur dan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.

Bila hampir mendidih, masukkan ketam, daun kunyit dan garam secukupnya.

Bila ketam masak, bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment