Responsive Ads Here

Thursday 6 October 2016

Ikan Goreng Berlado Hijau Mudah dan Sedap






Bila melihat persekitaran hati menjadi sangat sedih dan bimbang. Lihat sahaja di sekeliling kita betapa ramai orang asing di negara ini. Pekerja di restoran, hotel, pekerja sekuriti jaga dan banyak lagi adalah terdiri dari orang asing. Belum mengambilkira Pembantu Rumah yang memang orang asing. Kadang kadang kita merasa seolah berada di negara luar bila berada di setengah lokasi di ibu kota. Yang lagi bertambah sedih bila melihat orang asing membina rumah besar besar sedang ada rakyat tempatan yang tidak ada tempat tinggal selesa. Ada yang menjadi taukeh restoran atau taukeh kedai kedai runcit yang pelanggannya adalah rakyat tempatan. Yang lebih menjadikan hati luluh bila orang Melayu bekerja dengan majikan Bangla atau Indon di tanahair sendiri. Di mana maruah dan ketuanan kita. Serious saya melihat fenomena ini dengan hati yang bagai dicucuk cucuk sembilu.

Kebelakangan ini banyak kes rompakan yang dikatakan melibatkan orang Melayu. Sangat menyedihkan. Adakah kerana orang Melayu tiada peluang untuk bekerja di tanah air sendiri sehingga menjurus diri menjadi seorang perompak? Kes rompakan bersenjata di Ara Damansara pada 5 Oktober juga melibatkan lelaki Melayu yang kemudiannya diviralkan sebagai telah mati ditembak oleh pihak polis. Setelah mengetahui berita perompak tersebut telah mati, saya meluahkan perasaan kesian saya. Namun ada kalangan yang mengatakan buat apa nak kesian. Padan dengan muka. Manusia seperti binatang bla bla bla. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka tidak mengetahui dari konteks mana saya melihat dan mengatakan perasaan kesian saya. Saya merasa kesian kerana dia diberitakan  telah mati. Jika betul, maknanya dia telah mati sebagai seorang penjenayah, bukan kematian yang baik. Saya bercakap dari kacamata kasar kita sebagai manusia. Yang lebih Mengetahui hanyalah Allah. Manusia mati hanya sekali. Jadi jika mati dalam keadaan berdosa, tiada lagi peluang untuk berbuat kebaikan di dunia. Ini juga hanyalah berdasarkan apa yang saya dengar secara general, tidak merujuk kepada sesiapa. Akhirat hanyalah tempat menerima balasan dari perbuatan di dunia. Dalam konteks itulah saya merasa kesian. Keadaan berbeza jika dia masih hidup yang mungkin masih ada peluang untuk insaf dan bertaubat. Kadang kadang saya kesian dengan orang seperti ini kerana atas desakan apa kah yang mendorong mereka bertindak melakukan perkara jenayah. Jangan salah faham mengatakan saya menyokong jenayah. Tidak sama sekali. Maka kita yang telah diberi pelbagai nikmat harus bersyukur. Apakah kita mendapat nikmat ini kerana kita bijak pandai, cerdik dsb. Pasti nya tidak. Kerana Allah memberikan rezeki dan peluang untuk kita. Kadang kadang bila membeli satu barang mahal, saya ada perasaan bersalah bila memikirkan ada orang yang perlu bekerja untuk 2 bulan atau lebih untuk harga yang kita bayar. Sama juga jika kita kaki masjid. Jangan sesekali merendahkan mereka yang tidak ke masjid. Kita ke masjid kerana Allah menggerakkan kita. Kita insan terpilih. Bukan kerana kita sendiri. Kita sepatutnya merasa kesian dengan mereka yang belum diberi petunjuk dan Hidayah. Sepatutnya kita sama sama mendoakan mereka. Haa cukuplah setakat ini dulu bab kehidupan yang kita semua lalui.

Sekarang kita masuk bab resepi pula. Di samping menyediakan Rendang Ayam Pencen yang sedap, saya juga menyediakan Ikan Berlado Hijau. Bahan asas untuk membuat Ikan Berlado sangat mudah iaitu cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Bahan opsyenal adalah seperti belacan dan buah tomato. Lauk goreng berlado memang kegemaran saya. Tak kiralah ayam, ikan atau daging berlado, semuanya sedap jer pada selera saya. Selain itu, ianya sangat mudah dan cepat disediakan. Jika kita tidak menpunyai banyak masa, bolehlah sediakan lauk ini.

Jom layan resepi yang sangat mudah, cepat disediakan dan yang paling penting ianya boleh membangkitkan selera.




Ikan Goreng Berlado Hijau
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 ulas bawang merah  - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit dan goreng
Garam
1 biji tomato buah - belah 4

Bahan kisar:
3-4 batang cili hijau 
4 tangkai cili padi 

Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pula bahan kisar. Kacau rata sehingga ianya pecah minyak.

Masukkan garam, buah tomato dan ikan yang telah digoreng. 





Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia untuk diangkat. 


 

No comments:

Post a Comment