Resepi Ayam Kari Ungkep Berempah!! | Asalamualaikummm... resepi daripada Azlina Ina, cikgu masakan yang tak asing lagi. Memang serba boleh beliau tu, sekarang ni beliau kongsikan resepi ayam kari ungkep berempah jom cikedot... boleh buat berbuka puasa nanti..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)
Sumber : ?Azlina Ina Fans
Bahan ini adalah untuk 1/2 ekor ayam:
5 tangkai daun kari..jgn leraikan dgn tangkai
1 peket serbuk kari ina gune babas ko nak gune terbabas ke alagapas ke alagopal ke boleh
1sk serbuk kunyit dan 1sk lada putih ditumbuk
3 ulaa bawang merah bombay
1/2 labu bwang besa
sedikit halia
2 ulas bawang putih
hiris semua
ok tomato sebagai hiasan ko nak masuk kan jambu batu pon sukati
Ok ayam bersih kan ina suke basuh dengan air beras hilang bau hanyir.. jangan basuh dengan sabun nanti mulut ko bebuih
Ok panas kan minyak lepastu tumis kan 2 tangkai daun kari api slow kang hangus
Masuk semua bahan dihiris tadi
Dah agak garing masuk kan serbuk kari serbuk kunyit dan lada sulah tadi eh terus masukkn 1/4 cawan air biar rempah masak
Nak tau masak dia terbit minyak.. jangan tunggu sampai terbit matahari pulak
Ok masuk ayam dan baki daun kari tadi
Tuang 1 cawan 1/2 air fan tutup api slow kan biar mendidih dan kering
Masuk garam dan perisa
Masukkan 1sb asam jawa bancuh dengan sedikit air
Ok lepas 5 minit siap sudahhh senang sedap dan meletop kebabom hahahaa selamat berbuka berpuasa korang..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
No comments:
Post a Comment