Jika ditanya manakah tempat yang saya ingin pergi bercuti, pasti saya tak menpunyai jawapan. Sebabnya kerana saya terasa ingin bercuti tapi dalam masa yang sama malas dan tak ada hati untuk bercuti. Apa yang saya inginkan sekarang adalah rehat. Saya ingin berehat dengan dapat berbaring baring pukul 9.00 pagi, baring lagi pukul 2.30 petang. Saya pun tak tahu kenapa saya dilanda penyakit seperti ini. Penyakit tak ada semangat. Seronok jer tengok kawan kawan bercuti luar dan dalam negara tapi saya rasa macam malas kalau sekadar pergi melihat lihat pemandangan indah . Saya ingin apa pun sebenarnya, saya sendiri pun tak tahu. Pelik. Saya suka bershopping tapi nak pergi shopping pun tak ada hati juga. Tengok semua baju, tak ada yang berkenan. Beli handbag baru tapi nak bawa pun tak ada hati juga. Bawa jer handbag yang dah buruk tu ke sana sini. Jadi malas nak menukar handbag. Ke mana perginya hati saya? Tolooong....
Saya sebenarnya tak tahu pun bagaimana rupa daun kemangi sehingga saya ke nurseri belakang rumah untuk membeli pokok herba yang banyak khasiat ini. Barulah tahu, rupanya daun kemangi juga dipanggil daun selasih. Bau nya ala ala bau serai dan ada juga bau seperti daun mint pudina. Saya tertarik untuk mencuba resepi ini kerana kata Bonda Rozita, jika ingin memikat hati ibu mertua, masak kerabu timun dan daun kemangi ini. Yang bestnya dikata "haa boleh juling mata ibu mertua jika menantu memasak lauk ini". Hahaha so catchy. Hanya kerana kata kata itu, telah menarik saya untuk mencuba hingga sanggup bersusah payah mencari daun kemangi. Mahal pulak harganya. Satu polibeg kecil sahaja berharga RM18. Itu pun selepas puas menawar. Harga asal RM25. Aduuii... Biasalah lauk macam ni, anak anak tak makan. Jadi hanya saya dan Hubby jer yang makan. Anak anak usahkan pandang, jeling pun tidak.

Jom layan resepi yang saya salin dari video yang dikongsikan oleh Bonda Rozita Pengasas Sendayu Tinggi. Singgah di Instagram Azie Kitchen untuk video dan juga di Azie Kitchen channel di youtube...
Kerabu Timun Daun Kemangi
Daun kemangi
1 batang timun - hiris nipis
1 biji buah limau nipis
1/2 kotak santan kotak
Garam
Gula
Sedikit ajino moto - saya tambah
Bahan tumbuk:
Sedikit ajino moto - saya tambah
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 tangkai cili padi
Sedikit belacan - sebesar ibu jari
Cara cara:
Cara cara:
Hiris timun nipis nipis dan perah asam limau nipis di atasnya.
Masakkan santan dan bahan tumbuk dengan daun kemangi sehingga daun kemangi layu. Masukkan garam, gula dan sedikit ajino moto secukup rasa.
No comments:
Post a Comment