Pada suatu hari, saya mendengar slot Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah di radio berkenaan keluhan isteri terhadap suami yang mula berubah dan tidak lagi mesra selepas berkahwin. Malahan lebih mesra dengan perempuan lain berbanding isteri sendiri. Dengan masalah yang sedang menimpa rumahtangga sahabat baik saya menyebabkan saya memberi fokus kepada apa yang diperkatakan. Saya sebenarnya tidak percaya pada cinta sejati seorang suami pada isteri. Pada saya, tiada istilah cinta sejati, melainkan cinta pada Allah dan Rasulullah. Mungkin ada kes lelaki yang setia sehingga ke hujung nyawa tetapi sangat jarang untuk ditemui. Seorang lelaki yang menyintai isterinya, pasti tidak akan sanggup mendua walau dalam apa cara sekali pun. Hatta untuk jatuh cinta pada perempuan lain pun, tidak mungkin berlaku. Jadi kita belajar berpijak di bumi nyata. Cintai hanya pada Allah. Setiap kali saya menghadiri majlis perkahwinan, saya pasti akan melihat suasana gembira. Majlis penyatuan dua hati, majlis meraikan cinta kedua mempelai. Namun saya menpunyai pandangan lain di dalam hati kecil saya, hati berkata berapa lama gelak tawa dan kegembiraan seperti itu akan berkekalan. Mungkin tidak baik untuk saya berpersepsi negatif begini tapi itulah yang saya fikirkan. Apabila isteri mula berusia dengan badan yang menggeleber di sana sini, si suami mula menjauh. Mata mula mencari pucuk muda. Bukan isteri tidak mahu menjaga badan tetapi kemampuan suami juga membataskan isteri untuk mendapat penjagaan badan yang seharusnya. Ke mana kah perginya kata cinta dan sumpah setia berpuluh tahun perkahwinan, bila sekelip mata segalanya berubah. Cinta berubah arah pada perempuan yang hanya muncul di dalam perjalanan. Maaf saya tidak dapat memendam perasaan jengkel dengan lelaki yang hanya mahu melayan percakapan perempuan yang bukan bergelar isteri sahaja. Maklum selagi belum berkahwin, tak perlu memikir bab kewangan, rumahtangga, pelajaran anak anak dan lain lain tanggungjawab. Yang ada, semuanya indah belaka. Nama pun cinta buta, tak bermata tak berhati. Namun apabila telah berkahwin, percakapan isteri tidak lagi dilayan. Mendengar juga secara acuh tidak acuh. Muka pasti berkerut konon memikir pelbagai masalah hidup. Huh...
Sekarang meh kita bercerita sedikit bab resepi. Di samping menyediakan Cekodok Pisang atau di Kelantan dipanggil Jemput Pisang, saya juga menyediakan Kek Pisang untuk dibawa ke rumah Dato Salehuddin sebelah petang. Dato Saleh menjemput kawan kawan rapat untuk jamuan durian Musang King yang dibeli dari kebun kawan beliau. Boleh klik di SINI. Saya telah menggunakan resepi ini banyak kali dan hasilnya memang sangat sangat memuaskan. Gebu dan lembap, sesuai dengan citarasa saya untuk sekeping Kek Pisang. Boleh klik di SINI dan di SINI. Kali ini saya menggunakan 2 adunan dengan menggandakan bahan yang digunakan. Tapi resepi di bawah adalah untuk satu adunan sahaja ya. Resepi ini memang "a keeper recipe", kek nyer sangat lembap dan lebih sedap lepas sehari. Malahan saya menyimpan di dalam tupperware dan dimasukkan dalam peti ais, setiap hari makan sepotong sepotong. Tetap lembut dan nyaman jer dengan sejuk sejuk tu.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Seperti biasa layan video di Azie Kitchen youtube channel dan juga di Instagram Azie Kitchen. Selamat mencuba...

Kek Pisang Gebu dan Lembap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 biji pisang emas - lecek
1 cawan gula kaster
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A - saya guna gred B
Bahan ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan lain:
1 sudu besar jus limau nipis - tak letak
1 sudu kecil esen vanila - guna vanilla extract
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5 minit atau hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.
Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.
No comments:
Post a Comment