Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan pembaca blog Azie Kitchen. Saya sama sekali tidak menyangka blog saya dikunjungi begitu ramai orang. Alhamdulillah kerana niat saya untuk berkongsi resepi serta sedikit ilmu dari kuliah yang saya hadiri menjadi kenyataan. Seperti yang saya tulis sebelum sebelum ini, saya memang minat mengumpul resepi dan tidak teragak agak untuk menanyakan resepi bila merasa masakan yang sedap. Saya menpunyai buku masakan sejak di sekolah menengah rendah lagi. Jadi alangkah rugi, jika apa yang kita pelajari tidak dipanjangkan. Zaman zaman dahulu agak sukar untuk belajar memasak. Ilmu memasak hanya diturunkan dari ibu kepada anak perempuan masing masing. Jadi kalau saya ingin belajar memasak masakan dari negeri lain seperti masakan Nogori, memang kena mengendeng resepi dari kawan kawan pejabat. Tapi kini tidak lagi, dengan adanya dunia alam maya, semuanya menjadi tanpa sempadan. Sesiapa pun boleh memasak dan boleh belajar memasak dari kawan kawan di alam maya.
Selain menyediakan Ikan Siakap 3 Rasa di SINI dan Sup Daging di SINI, Nana juga menyediakan Sayur Kubis Goreng Telur. Nana pun seperti saya, bila memasak main masukkan jer apa apa yang rasa boleh menyedapkan masakan. Itu yang Nana masukkan juga serbuk lada putih berperisa AJI-SHIO dan juga minyak bijan. Memang sangat sedap sayur yang mudah dan ringkas ini. Pendek kata licin pinggan. Hahaha. Bila memasak sayur seperti ini, saya tidak suka memasukkan air. Saya lebih suka sayur yang bergoreng dengan minyak dan rangup.
Jom layan resepi yang mudah dan ringkas tetapi sangat sedap. Kalau menyediakan hidangan, rasa tidak lengkap jika tiada disediakan sekali sayuran. Walaupun ada anak anak yang tidak suka sayur tapi ada juga yang suka sayur terutama Aween dan Juita.
Sayur Kubis Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk kubis
1 tangkai cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji telur - kocok seketika
Garam
Sedikit serbuk lada putih AJI-SHIO
Sedikit minyak bijan
Minyak
Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan sayur kubis. Kacau seketika sebelum dituangkan telur. Kacau rata.
Masukkan garam, serbuk perasa serta sedikit minyak bijan. Akhir sekali, masukkan cili merah.
Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan daun bawang. Tadaaa siaaap...
No comments:
Post a Comment