Responsive Ads Here

Wednesday 5 April 2017

Pesta Durian Musang King di Casa Iman





Sejak kecil saya memang penggemar durian. Maklumlah masa dulu, kami tidak menpunyai pokok durian walaupun arwah bapa menanam pelbagai pokok buah buahan di kebun berhampiran rumah. Dari sekecil pokok sehingga sebesar pokok. Antara yang saya ingat pokok nangka, bacang, mangga, rambutan, kundang, jambu air, durian belanda, pokok limau, pokok petai, jering, pisang, nenas dan pelbagai lagi. Arwah pernah menanam sebatang pokok durian Bangkok tapi sebaiknya mula berbuah, kami telah berpindah kerana tanah diambik kerajaan untuk dijadikan tapak universiti. Jadi durian adalah kategori buah yang mewah untuk keluarga kami. Bila dibeli beberapa biji, kena makan dengan pulut santan. Tak ada nya boleh makan ratah begitu sahaja. Makan kena kongsi ramai ramai. Ada ketika arwah ayah akan memasukkan seulas dua durian dalam budu untuk dimakan dengan nasi. Durian yang dalam budu pun, saya akan cubit makan kerana mahukan isi durian, bukan kerana sukakan budu pun. Kini bila dah bekerja dan berumahtangga, barulah merasa makan durian dengan mewah. Sekarang ini, kalau hari hari makan durian pun saya tak akan pernah rasa jemu atau muak. Tapi setiap hari dapat makan 2 atau 3 ulas pun cukup. Yang penting dapat makan hari hari. 





 
Jemputan Dato Salehuddin untuk kawan kawan rapat makan durian musang King di rumah beliau, pasti tidak akan saya lepaskan. Durian ini sangat mahal. Kalau di SS2, harganya mencecah RM68 sekilo. Maknanya sebiji dah hampir RM150. Tapi memang berbaloi dengan harga. Sangat sedap. Kalau tak sedap, memang bukan durian Musang King walaupun dijual oleh orang mengatakan durian musang king. 



Durian Musang King ini dibawa dari Negeri Sembilan, kebun keluarga kenalan Dato Saleh. Jadi memang terpilih dan segar dari ladang. Bukan sahaja rupanya yang cantik kekuningan tetapi juga rasanya yang sangat sedap. Ada yang rasa manis berlemak dan ada yang rasa sedikit pahit manis. Isinya sungguh lembut bak krim yang dihisap tanpa perlu dikunyah. Haa Boleh tak gambarkan teksturnya tu. Oleh kerana ramai yang tidak dapat hadir pada saat terakhir, maka kami yang hadirlah makan hingga tak henggat. Yang hadir hanya keluarga Dato' Alias dan keluarga kami sahaja. Nana pun datang walaupun beliau tak suka makan durian. Ini kerana Alain juga penggemar durian. 





 
Sehingga balik ke rumah pun, saya masih terkenang kenang durian Musang King yang dimakan di Casa Iman, kediaman Dato Salehuddin dan Datin Nursinah. Di samping durian, Datin juga menyediakan pulut dan pelbagai kuih muih. 





Seriously inilah kali pertama saya makan durian yang sangat sangat mewah dan sedap. Pastinya ia akan dikenang seumur hidup. Dulu pernah juga makan durian tanpa had di kampung Hubby kerana mereka menpunyai dusun durian sendiri di belakang rumah. Tapi biasalah durian kampung, ada yang sedap dan ada yang biasa biasa sahaja. Tapi kalau kali ini, memang semua Musang King. Pengalaman makan durian yang berbeza lah. Terima kasih kepada Dato dan Datin kerana menjemput kami. 



 



No comments:

Post a Comment