Responsive Ads Here

Thursday, 27 April 2017

Satu kelemahan saya dari dulu hingga sekarang ialah tidak dapat membuat keputusan sendiri dalam bab berfesyen. Saya perlukan input dari orang lain. Itu sebab bila ke Jakel, saya perlukan sales assistant yang boleh memberi input akan sesuatu design atau corak. Saya akan mendengar apa yang diperkatakan sehingga ianya dapat menyakinkan saya akan sesuatu...

Saturday, 22 April 2017

Setiap biasa setiap kali menjelang hari jadi kami dan anak anak, kami hanya meraikan secara simple dengan keluar makan malam di restoran pilihan sahaja. Tiada hadiah mahu pun percutian, saya lebih selesa dengan sesuatu yang simple tetapi diraikan bersama keluarga yang saya sayangi. Jadi hari jadi saya tahun ini juga sama, hanya diraikan dengan suami...

Thursday, 20 April 2017

Saya memang penggemar tegar telur masin terutama bahagian telur kuning. Adoi bahagian yang memang tinggi kolesterolnya. Jika makan di hotel, saya akan ke bahagian poridge yang diletakkan telur masin sebagai lauk untuk nasi air. Sejak kecil memang keluarga saya menyediakan sendiri telur masin menggunakan telur yang dikutip segar dari reban itik belakang...

Tuesday, 18 April 2017

Sebenarnya hari ini adalah hari jadi saya. Telah setahun lagi usia meningkat. Walaupun kita biasa mendengar yang umur hanyalah sekadar angka, tapi saya melihatnya sebagai baki umur yang kian pendek. Semoga Allah menunjukkan saya dan kita semua petunjuk dan hidayahNya. Berbalik pada hari jadi saya, memang sangat terharu dengan ingatan rakan rakan pejabat...

Thursday, 13 April 2017

Tazkirah Zohor Ustaz Najhan kitab Ayyuhal Walad iaitu Nasihat Imam Ghazali ke 19. Makna tawakkal. Bahawa engkau memantapkan iktikad dan janji Allah bahawa apa yang ditakdir atas kamu pasti akan sampai pada kamu walaupun seluruh makhluk berusaha menghalangnya. Jika ia bukan ditakdir untuk kamu, nescaya tak akan sampai walaupun seluruh makhluk mahu...

Wednesday, 12 April 2017

Jika ditanya manakah tempat yang saya ingin pergi bercuti, pasti saya tak menpunyai jawapan. Sebabnya kerana saya terasa ingin bercuti tapi dalam masa yang sama malas dan tak ada hati untuk bercuti. Apa yang saya inginkan sekarang adalah rehat. Saya ingin berehat dengan dapat berbaring baring pukul 9.00 pagi, baring lagi pukul 2.30 petang. Saya pun...

Monday, 10 April 2017

Memang benar apa yang didengar sebelum ini, tiada kegembiraan mutlak dalam hidup ini. Selepas kita berjaya memiliki sesuatu yang dihajati, kita akan berhajat kepada perkara yang lain pula. Tiada kesudahan kerana kehendak manusia yang tidak terbatas. Kegembiraan jika dinikmati pun hanya seketika. Selepas tawa ria, kita akan kembali bersendirian atau...

Sunday, 9 April 2017

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan pembaca blog Azie Kitchen. Saya sama sekali tidak menyangka blog saya dikunjungi begitu ramai orang. Alhamdulillah kerana niat saya untuk berkongsi resepi serta sedikit ilmu dari kuliah yang saya hadiri menjadi kenyataan. Seperti yang saya tulis sebelum sebelum ini, saya memang minat...

Thursday, 6 April 2017

Pada suatu hari, saya mendengar slot Dato Dr Haji  Fadzilah Kamsah di radio berkenaan keluhan isteri terhadap suami yang mula berubah dan tidak lagi mesra selepas berkahwin. Malahan lebih mesra dengan perempuan lain berbanding isteri sendiri. Dengan masalah yang sedang menimpa rumahtangga sahabat baik saya menyebabkan saya memberi fokus kepada...