Responsive Ads Here

Friday 9 September 2016

Masak Lemak Cili Padi Udang Dengan Kacang Buncis Sedap




 
Dah lama tak berkongsi intipati yang dipelajari dari majlis ilmu. Hari ini adalah kuliah Zohor Ustaz Najhan berkenaan 4 jenis manusia yang mencari kemuliaan di muka bumi ini. Pertama, golongan yang mencari kemuliaan dengan pangkat. Sedang pangkat adalah satu amanah dan tanggungjawab. Sahabat bertanya Rasulullah tentang bila datangnya kiamat, setelah ditanya kali ketiga, baru baginda menjawab tentang tanda tandanya. Iaitu bila mana orang mensia siakan amanah. Apa bentuk orang mensia sia amanah. Iaitu bila orang yang diberi tanggungjawab ialah orang bukan ahli. Tak boleh cari kemuliaan melalui pangkat. Setiap manusia ada tanggungjawab masing masing dan akan bertanggungjawab atas orang di bawah mereka. Contoh seorang suami bertanggungjawab pada keluarganya. Pangkat adalah jalan penyesalan pada orang bertaqwa. Pangkat akan menjadikan penyesalan di hari kiamat. Jangan jadikan jawatan sebagai batu loncatan untuk beroleh kemuliaan. Anggap ianya sebagai ujian dan amanah. Pangkat yang paling rendah adalah amanah menjaga diri sendiri. Apa kegunaan anggota badan kita yang merupakan pinjaman Allah untuk dijaga. Tubuh kita adalah milik Allah. Kedua, golongan yang menyangka kemuliaan bergantung kepada banyaknya harta. Dipandang rendah pada orang miskin yang tak menpunyai banyak harta. Rezeki adalah Allah yang beri. Allah yang melapangkan rezeki dan menentukan kadar meningkatnya rezeki. Rezeki adalah hak mutlak pemberian Allah. Ada habuan masing masing. Mereka yang diberi kelebihan harta, jangan gunakan kelebihan itu untuk mencari kemuliaan. Sebaliknya guna kelebihan itu untuk jalan agama. Bukan banyaknya dapat duit tapi banyaknya membelanjakannya ke jalan Allah. Allah gandakan pahala orang berinfaq ke jalan Allah. Ketiga adalah golongan yang mencari kemuliaan dengan mengalah atau menindas orang yang lemah. Seperti medan perang. Islam datang tanpa peperangan. Akhir sekali kemuliaan tidak bergantung pada banyaknya belanja. Pembaziran adalah saudara pada syaitan. Simpanan negara perlu dibelanja dengan berhemah untuk hadapi masa perlu seperti kemarau. Membelanjakan ikut keperluan dan mengikut prioriti. Kemuliaan mesti datang dari sifat taqwa. Iaitu mentaati perintah Allah. 





Sempena cuti Hari Kemerdekaan yang ke 59 pada hari ini, saya memasak untuk hidangan tengahari. Lauk pauk yang saya sediakan adalah Masak Lemak Udang dengan Kacang Buncis, ikan terubuk goreng garam kunyit dan Ikan Cencaru Sumbat. Saya memang sangat teruja bila melihat gambar gambar masakan. Sekarang ini pula, trend video masakan yang begitu banyak di Instagram. Tapi seperti biasa, tiada dikongsikan bahan bahan yang digunakan secara bertulis. Jadi kena melihat video berulang ulang kali untuk melihat bahan yang digunakan. Saya juga tidak meletak bahan yang digunakan secara bertulis kerana saya akan berkongsi detail bahan dan cara penyediaan di blog. Hari ini saya ingin kongsikan Masak Lemak Udang dengan Kacang Buncis dek gara gara terliur melihat lauk ini yang ditayangkan di instagram. Itu yang pagi pagi terus ke dapur menyiapkan bahan bahan yang diperlukan sementara Hubby ke kedai runcit untuk membeli santan dan kacang buncis. Kebelakangan ini, memang saya telah mengurangkan pengambilan nasi. Tujuannya untuk meringankan sedikit berat badan dan memudahkan pergerakan. Jadi lauk ini saya makan secara meratah ratah sahaja. Memang sedap kerana menggunakan udang segar, santan segar dan makan pula beramai ramai.

Jom sama sama layan resepi di bawah ini. Kali ini, bahan bahan yang ditumbuk ditumis seketika sebelum dimasukkan santan. Saya lebih suka cara ini berbanding dengan cara tradisional yang memerlukan kita mengacau santan tanpa henti. Kuah saya hari ini agak berketul. Mana tak nya, sambil memasak sambil mengambil gambar, sambil merakam video. Tapi rasanya tetap sangat sedap. Layan juga video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen. Jom layaan...
 
 


Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Kacang Buncis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan tumbuk:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Segenggam cili padi
2 inci kunyit hidup
Belacan - opsyenal

Bahan lain:
Udang - buang muncung tajam sahaja
1 tangkai cili merah - hiris halus
Kacang buncis - potong pendek dan serong
1 helai daun kunyit - opsyenal
Garam

Cara cara:
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan udang dan kacau seketika. Masukkan santan dan masak sehingga santan mendidih.




Akhir sekali, masukkan kacang buncis dan cili merah. Perasakan dengan garam dan sedia untuk diangkat. 




No comments:

Post a Comment