Responsive Ads Here

Monday 15 August 2016

Kek Oren Lembab Yang Mudah






Sebenarnya menulis entri di blog memerlukan mood. Jika tidak ada mood, memang kita tak mampu mencoret walaupun sebaris ayat. Di saat ini, memang kepala saya agak penuh memikirkan bermacam macam hal yang perlu dibereskan. Belum masanya untuk saya membuat apa apa pengumuman. Nantikan sahaja, kerana saya pasti akan berkongsi di sini bila tiba masanya yang sesuai. Ada kala saya terasa bersalah bila lama tidak update blog. Saya dapat merasakan pembaca yang singgah di blog saya memang sangat ikhlas menyokong saya selama ini. Jadi sedaya mungkin, saya akan membalas komen yang ditinggalkan dan paling pasti, saya akan membaca setiap komen yang dihantar. Anda semua telah mewarnai hidup saya yang kadang kadang memang agak streotaip dan membosankan. Kadang kadang terfikir alangkah bahagianya mereka yang hidup simple, berfikir juga perkara yang mudah mudah. Sedang saya, setiap perkara adalah serius yang perlu difikir dan dikaji. Saya mahukan yang terbaik dalam setiap perkara. Mana mungkin kita melakukannya sedang manusia penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Mudah mudahan saya ditunjukkan jalan dan dipermudahkan dalam segala urusan.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Kek Oren Mudah yang telah lama disediakan. Saya mengambil resepinya di SINI. Terima kasih kepada Noor, tuanpunya blog kerana berkongsi resepi. Tidak dinafikan yang ada masa, saya juga mengalami kesukaran untuk mendapat resepi. Ada yang bila ditanya satu, jawab satu. Bila ditanya lagi, jawapan yang diterima adalah, alaa masak biasa sahaja. Hmm memang ada orang yang seperti ini. Berkongsi gambar masakan tapi bila kita meminta resepi, akan terus menyepi. Tapi mungkin juga kita tak boleh menyalahkan mereka. Manalah tahu, kalau ianya sumber pendapatan mereka. Jalan paling selamat, adalah dengan cepat cepat memujuk hati dan cuba bersangka baik. Hidup di dunia bukan lah lama, untuk memikirkan perkara negatif apa lagi mencetuskan krisis.

Layan juga resepi Kek Oren Gebu dan Lembab yang saya sediakan sebelum ini di SINI. Saya lebih suka kek Oren ini yang sangat sedap gebu dan lembab. Tapi citarasa kita pasti tak sama. Jadi kalau ada yang mahu mencuba resepi Kek Oren Mudah ini, jangan lupa tonton video penyediaannya di Instagram Azie Kitchen. Lagi pun ianya sangat mudah, semudah ABC sahaja.

Jom layan resepi Kek Oren Mudah yang cepat disediakan dan sangat lembab. Selepas sehari, ianya menjadi lebih lembab..


  
Kek Oren Mudah

Bahan-bahan
1 biji buah limau sunkist
1 cawan minyak canola
1 cawan gula halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
?Kupas kulit dan buang biji serta urat putih di tengah tengah. Kulit diparut sedikit untuk aroma. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
?Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit sedikit sambil dikacau. Akhir sekali, masukkan juga parutan kulit oren dan kacau sebati.

Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris atau kertas kek. ?Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.


No comments:

Post a Comment