Kesedapan tiada tandingan, boleh try okey, jangan asyik order kat kedai jer, kerana kita mampu membuatnya..hehee. .. Aummm......
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar
Bahan-bahannya:
Udang
cili padi
bawang putih
daun kari
lada sulah
garam
daun kari
minyak masak
butter
kuning telur
susu cair
Mula-mu;a bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika
Mula-mula kita buat dulu serdak telur kuning dulu.... erk... serdak ya namanya... belasah je lah labu....
Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak.
Kacau kuning telur hingga sebati
Bila minyak dan butter sudah panas... masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul-betul cantik....
Proses ini kena menggunakan kedua-dua belah tangan.
Kacau laju-laju tapi pastikan semuanya dalam kawalan.... jangan terbang minyak dan telur sudah....
Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti ini. Serdak tu akan terapung kalau dah masak.
Angkat dan toskan
Gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang
Goreng udang separuh masak sahaja
Angkat dan toskan
yang ni untuk buat kuahnya.
tumbuk cili padi dan bawang putih
Masih menggunakan minyak tadi
Masih menggunakan minyak tadi
Masukkan setengah cawan susu cair
Masak sampai mendidih
Masukkan udang tadi
Masa ni boleh serasikan rasa... kalau tak masin boleh tambah garam ya. Siap!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Sumber : FB Maisarawani Spahat
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
No comments:
Post a Comment