Hari ini saya nak kongsikan resepi Daging Masak Kicap yang sangat mudah dan antara masakan terawal yang saya sediakan untuk hidangan Encik Hubby ketika baru baru berkahwin. Masih menggunakan daging Korban kiriman kakak dari kampung. Hahaha jangan tak percaya, nak memasak ini pun saya belajar dari rakan sekerja. Teringat lagi ketika itu, saya baru berkahwin jadi banyaklah menyalin resepi dari Kak Zahibah, Kak Halimah dan Kak Norihan selain arwah Kak Ena. Zaman zaman remaja dulu saya hanya suka membuat kek dan biskut tetapi memasak hari hari tak lah pulak saya gemar walaupun saya suka menyalin dan menyimpan resepi. Lagi pulak makanan harian keluarga saya sangat simple. Banyak lauk pauk berasaskan air sahaja seperti singgang, sayur air dsb. Adalah sekali sekala masak lemak dan masak kari yang menggunakan santan. Makanan orang kampung lah, memang simple dan mudah. Zaman dulu, dapur rumah kami menggunakan kayu api, bukan dapur gas. Itu pun antara sebab saya tak suka ke dapur ketika remaja. Bukan senang nak hidupkan api. Ada kala, saya curi curi tuang jer minyak dari pelita ayam.
Bercakap pasal pelita ayam ini, saya ada kenangan yang sangat trauma. Ketika itu saya masih berada di sekolah kebangsaan. Saya hampir kebakaran bila api membakar tilam kekabu yang saya tidur. Saya takut tidur seorang diri tapi dah tak sanggup menunggu kakak belajar. Bila pelita di letak di bawah katil, masih gelap. Jadi saya ambil pelita dan letak atas tilam. Ketika itu, kakak yang masih study di luar bilik tercium bau api dan mengejutkan kedua ibubapa kami. Dari cerita mereka, saya ketika itu, sedang memadamkan api dengan meniup. Arwah bapa yang panik lantas mengambil pelita dan melempar ke arah pintu. Terkena pula, langsir di pintu dan terbakar pula di situ. Arwah ibubapa saya telah mengangkat tempayan berisi air untuk memadamkan api. Secara jujur, saya sebenarnya tidak ingat apa apa pun. Saya mungkin seperti mamai atau bermimpi ketika itu. Alhamdulillah tiada apa apa yang berlaku pada saya atau rumah kami. Rasanya sebesar 2 kaki persegi tilam yang telah terbakar. Tidak sepatah pun ibubapa saya memarahi atau menegur saya. Mereka juga panik agaknya. Sebak dan hampir menitis air mata, di kala saya menulis entri ini. Sebelum kejadian, rakan mengaji Quran kami mati kerana terbakar juga. Itulah kenangan saya di zaman kanak kanak. Rumah kami hanya menpunyai kemudahan elektrik ketika saya berada dalam darjah lima.
Berbalik bab memasak, teringat mak saudara saya yang saya panggil Mak Su menegur macam mana nak kawin kalau tak pandai memasak. Saya selamba jer menjawab, kawin dengan anak orang kaya. Huh kalaulah rupa tu lawa, bolehlah kawin dengan anak orang kaya. Hahaha menunjukkan saya memang pemalas masa kecil kecil dulu. Dapur kami bertukar pada dapur gas hanya setelah berpindah ke rumah sekarang.

Jom kita layan resepi yagn saya gunakan hari ini. Sekadar kenangan dan mungkin berguna untuk anak anak yang baru belajar memasak. Jom layan. Nak tengok video, kena singgah di Instagram Azie Kitchen ya.....
Daging Masak Kicap Simple
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging - lumur garam dan kunyit
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris
Minyak untuk menggoreng
Cuka
Kicap lemak manis Jalen
Cara cara:
Rebus daging dalam kuali dengan air secukupnya sehingga daging empuk dan air kering. Jika belum empuk, tambah air.
Bila air kering, tuang minyak masak secukupnya dan goreng seketika sehingga agak keperangan. Masukkan cuka dan kicap secukupnya. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sehingga bawang layu. Sedia untuk diangkat.
No comments:
Post a Comment