Kuliah Ustaz Mohd Zainuddin Abu Bakar berkenaan matlamat utama kehidupan adalah kehidupan selepas mati. Sebelum tu, bila kita akan mati? Kita sibuk merancang benda akan datang, hingga lupa apa yang ada sekarang. Sibuk share pasal dunia nak kiamat dsb tapi tak buat apa apa persediaan pun. Sama juga dapat berita kematian, komen kita ialah Al Fatihah. Tulis jer Al Fatihah tapi tak baca pun. Copy paste doa Allahummaghfir lahum warhamhum wa �afihim wa'fu 'anhum tapi tak baca pun doa tersebut. Hadis Qudsi Allah menyebut wahai Anak Adam. Aku heran dengan manusia yang yakin dengan kematian tapi masih lagi boleh bersukaria. Yakin kematian boleh berlaku bila bila masa tapi masih boleh bersukaria. Kita dengar khabar kawan meninggal sebagaimana dia juga sebelum ini dengar khabar kawan dia meninggal dunia. Untuk hidup selepas mati adalah dengan bersedia dengan diri semdiri. Bonus kalau ada bantuan dari orang lain. Kalau nak masuk syurga dengan amalan dan ibadah, memang out. Buat sikit tapi tak ikhlas. Jadi apa nak buat? Caranya ialah dengan mencari pengampunan Allah. Siapa berpuasa dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa yang lalu. Mudah sahaja kerana yang ada adalah 2 sahaja samada syurga atau neraka, dosa atau pahala. Tiada di tengah tengah antara keduanya. Caranya untuk masuk syurga ialah dengan memperbanyakkan pahala dan kurangkan dosa atau hapuskan dosa.
Bulan ramadhan, Allah tawarkan diampunkan dosa kita yang lalu. Hari ini jika Allah terima ibadah puasa, esok jika kita meninggal diampunkan dosa kita yang lalu. Tapi tak ramai bersungguh rebut tawaran ini. Allah heran dengan manusia yang masih bersukaria walaupun tahu kematian pasti berlaku. Malahan si Penggali kubur semasa tengah menggali kubur pun masih boleh merokok. Bunyi azan pun masih boleh terus menngali kubur dengan alasan mahu menyegerakan kebumi jenazah. Apa hukum segera kebumi jenazah atau segera menunaikan solat? Selepas persoalan hidup selepas mati, persoalan kedua, ialah bila kita akan mati? Siapa yakin lepas pukul 2.30 ni, dia akan terus hidup lagi. Kita tak pernah tahu bila kita akan mati. Sakit hanya asbab sahaja. Agama ajar kita supaya berusaha seolah kamu hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seolah kamu akan mati esok hari. Jika kita tahu kita akan mati esok, apa yang kita kena buat dalam masa beberapa jam yang ada. Ada keutamaan yang perlu dibuat segera iaitu taubat. Solat Jumaat, dipesan orang orang bertaubat dari dosanya seolah olah mereka tiada dosa.
Selepas mati, orang yang yakin ada hisab tapi masih leka lagi kumpul harta. Seseorang akan dihisab tentang:
1. nikmat dikurniakan seperti anggota tubuh badan, mata dll. Apa yang kita guna dengan nikmat tersebut. Guna mata untuk apa? Guna untuk kebaikan dapat pahala dan jika untuk kemurkaan Allah pasti dapat dosa.
2. Amalan dan hubungan dengan Allah. Ctntoh Solat. Adakah kita telah menunaikan solat dengan ilmu atau dengan sekadar ikut ikutan sahaja? Sejauh mana kita belajar tentang ilmu solat. Amalan yang mula mula dihisab adalah solat. Selepas dapat ilmu, amal pasal solat. Kemuncak solat adalah mencegah fahsad dan mungkar.
3. Dihisab tentang hubungan kita dengan manusia. Nabi tanya pada sahabat kenal tak siapa orang muflis. Mereka ialah orang yang terpaksa bagi pahala kat orang lain kerana ada urusan dengan manusia yang belum beres. Di Padang Masyar masing masing nak selamatkan diri. Bila pahala telah habis diambil, akhirnya mereka terpaksa ambil dosa orang lain. Hubungan dengan Allah penting dan juga hubungan dengan manusia. Buat penyata kira kira dalam tempoh 24 jam, apa dosa yang telah kita buat dengan orang?
Akhir sekali, bayangkan nenek Moyang kita yang dah lama di kubur. Agak agak mereka sekarang dalam taman syurga atau neraka? Makin lama makin mereka mengharapkan doa dari orang yang hidup. Sedang orang yang hidup akan lagi lupa pada orang yang telah mati. Jika kita buat macam itu pada ibubapa dan nenek moyang kita, itu juga apa yang akan kita dapat dari anak cucu kita kelak.

Masuk sikit bab resepi, saya sangat gemarkan kuih ini tetapi amat susah untuk mencari kuih yang benar benar kena dengan selera saya. Setakat ini kuih yang dibakar dalam bekas sebagai kuih bakar Kemboja yang dijual di kampung Baru adalah masih yang terbaik. Saya dah banyak kali guna resepi ini. Boleh klik di SINI untuk antara entri sebelum ini. Walaupun ianya sedap tetapi saya masih mencari resepi yang mungkin menghasilkan kuih bakar yang benar benar sedap. Sesiapa ada resepi keluarga kuih Bakar yang sedap, bolehlah share dengan saya. Boleh layan video yang saya sediakan di bawah ini.
Jom layan resepi di bawah ini.
Jom layan resepi di bawah ini.
Kuih Bakar Pandan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan blend dg air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati. Saya cuma whisk.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan. Saya tabur bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yg berkerak/garing. Saya bakar hampir 1 jam setengah.
Bila dah sejuk, baru dipotong.
?
No comments:
Post a Comment