Responsive Ads Here

Wednesday, 29 June 2016

Ayam Sambe Cho Yang Sedap









Malam ini adalah malam ke 25 Ramadhan. Masa untuk memburu malam Lailatul Qadr kerana Allah. Masa untuk mempertingkatkan ibadah dan memecut laju. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tazkirah oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi di surau BNM berkenaan Lailatul Qadr. Harap sudi membaca sehingga ke akhirnya. Ramai yang dah tahu berkenaan perkara ini, jadi anggaplah ianya sebagai ulangkaji. Bulan Ramadhan adalah bulan yang barakah iaitu kebaikan melimpah ruah. Buat amal sikit diberi ganjaran yg banyak. Bulan penuh makfirah di mana setiap malam disenaraikan nama nama orang diberi pembebasan dari api neraka pada mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan. Doa pada bulan Ramadhan sangat mustajab. Tak payah tunggu lepas solat baru hendak berdoa. Bila teringat jer akan sesuatu, terus minta dari Allah. Dan yang utama, dalam bulan Ramadhan adanya malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Matlamat utama berpuasa ialah untuk mendapatkan ganjaran taqwa. Taqwa adalah rasa berhati hati dan berjaga jaga akan hukum Allah dalam hati kita supaya tidak terbuat perkara yang dimurkai. Ianya umpama orang berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri yang akan berhati hati supaya tidak terpijak duri. Bila keluar Ramadhan kita jadi sangat berhati hati dengan hukum hakam Allah. 

Ada 2 pengertian malam lailatul Qadr iaitu malam kemuliaan kerana ianya malam Al Quran diturunkan. Manusia yang sebelumnya dalam keadaan gelap gelita dapat disatukan kerana panduan dalam Al Quran. Al Quran diturun sekali gus dari luh Mahfouz ke baitul Izzah. Dari baitul Izzah diturun berperingkat memakan masa 23 tahun. Rasulullah sebelum terima wahyu rimas melihat kemungkaran masyarakat jahiliah. Baginda mengasingkan diri di gua hira kerana tidak nampak jalan untuk membaiki keadaan sehingga turun surah Al Alaq. Dengan adanya Al Quran, Rasulullah menpunyai kaedah untuk hadapi orang jahiliah. Kedua malam ketentuan atau ketetapan. Lebih baik dari 1000 bulan dari segi kedalaman, keseriusan, kualiti dsb. Malaikat turun batch by batch bermula maghrib hingga subuh. Kalau dapat digambar dengan pandangan biasa, pasti tergambar bagaimana lalu lintas langit dengan bumi terlalu sibuk dan sesak. Termasuk ketua malaikat iaitu Jibril juga turun ke langit dunia. Malaikat akan mengatur semua urusan serta agenda kehidupan semua manusia dari rezeki ajal dll secara detail untuk tahun itu. 

Antara urusan malaikat pada malam tersebut adalah termasuk singgah di hati manusia yang dipilih untuk bertemu dengan Al Qadr pada malam itu. Dalaman diri seseorang terdiri dari akal, hati dan nafsu. Hati dipengaruhi nafsu, nafsu pula datang dari bisikan kejahatan. Hati juga dapat bisikan kebaikan dari akal. Di dalam hati sentiasa berlaku peperangan antara akal dan nafsu. Sentiasa tak stabil dan berbolak balik. Sentiasa berebut antara malaikat dan syaitan. Manusia terpilih dan ada rezeki maka waktu itu akan diilhamkan pada hati mereka, bisikan kebaikan akan lebih kuat dari bisikan nafsu kejahatan sehingga akhir hayat. Hasilnya akhlak akan berubah. Beliau akan berjaya marah dengan lebih mudah. Akan lebih mendekatkan diri ke masjid. Jarak masjid ke rumah adalah terletak pada hati bukan jarak kaki. Itu sebab orang yang rumahnya jauh boleh datang solat ke masjid berbanding dengan orang yang dekat. Bisikan hati akan cepat cepat mengingati bisikan kejahatan. Bila nak mengumpat akan cepat berhenti. Hubungan dg Allah seperti solat menjadi lebih baik. Kalau dalam bulan Ramadhan boleh solat sunat banyak, begitu juga di luar Ramadhan. Tanda tanda malam Lailatul Qadr seperti cahaya matahari keesokan hari agak mendung. Tak sejuk dan tak panas sangat. Air mengalir membeku, air laut masin jadi tawar, pokok sujud dan anjing tidak menyalak semuanya sangat subjektif dan relative dan semuanya bersifat past tenses. Allah tak bagi tanda yang tepat sebelum berlaku kerana ingin menguji keikhlasan hambaNya. Kalau kita memburu kerana Allah, kita tidak akan memilih tapi lebih bersemangat jika mengetahui tanda tandanya. Kalau kita melakukan semata kerana Al Qadr kita akan berputus asa bila dapat tahu yang ianya telah berlaku. Contoh tujuan kita balik kampung untuk menemui ibubapa tapi jika diberitahu di kampung ada musim durian, kita akan menjadi lebih bersemangat. Kedua, jika sesuatu perakar dirahsiakan, akan timbul keghairahan untuk buat lebih dari biasa. Contoh rezeki orang makan gaji dengan orang berniaga. Orang berniaga, tak pasti berapa rezeki yang akan diperolehi setiap bulan. Jadi mereka akan lebih gigih berusaha berbanding orang makan gaji yang pendapatan tetap. Rumusan jangan mencari tanda Al Qadr pada awan, langit dsb. Tapi cari tanda Al Qadr pada diri kita sendiri. Apakah kita konsisten beramal. Sekiranya kita tiada tanda pun, kita pretend lah kita dah dapat dengan berazam memperbaiki akhlak kita dan ubah cara hidup kita. Ambik peluang untuk buat persediaan seperti mandi. Pakai pakaian khusus. Pakai wangi wangian. Guna peluang yang ada beberapa hari Ramadhan ini dengan bersungguh sungguh. Andai kita mati selepas ini, Insya Allah kita akan mendapat keampunan Allah. 

 
 
 


Dalam IG Cholaholla yang merupakan anak kepada Puan Seri Raja Noorashikin, beliau selalu menayangkan gambar masakan yang dikenali sebagai Ayam Sambe Cho. Saya nampak memang sangat mudah dengan menggunakan bahan yang mudah tapi sangat menyelerakan. Setelah lama memerhatikan video yang dikongsi, saya dapati ianya sama dengan resepi yang biasa saya gunakan sebelum ini. Cuma versi Azie Kitchen di SINI dan di SINI lebih banyak bahan dengan adanya penggunaan bawang besar, tomato buah, asam keping dan halia. Semuanya sedap sedap cuma versi Cho lebih ringkas tanpa banyak accessories. Meh layan video di bawah ini...




 
Jom layan resepi mudah yang dipelajari dari Cholaholla yang sedap sekali. Terima kasih pada Cho yang tidak lokek untuk berkongsi resepi..




Ayam Sambe Cho

Bahan bahan:
5 ketul paha ayam � lumur garam kunyit & goreng 3/4 masak
2 sudu besar cili kisar
Garam
Sedikit gula

Bahan kisar kasar:
5 ulas bawang merah � potong
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  kasar dan masukkan cili kisar. Tumis dalam 5-7 minit dan masukkan garam serta gula secukup rasa.




Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.





No comments:

Post a Comment