Responsive Ads Here

Wednesday 10 May 2017

Tom Yam Thai Sedap








Sedikit petikan yang saya salin semasa tazkirah Zohor tafsir dari Surah An Nisa oleh Ustaz Amran. Di akhirat apa yang diamal semasa dunia itulah yang kita dapat. Tak boleh mengharap pertolongan dari sesiapa lagi. Seperti lirik lagu selimut putih, tiada lagi gunanya harta, rakan karib sanak saudara. Jikalau ada amal di dunia, itulah hanya pembela kita. Jika ada orang yang dapat menolong pun kerana amalan baik kita semasa kita hidup dulu. Bila mati anak Adam, maka terputus segala amalan kecuali 3 perkara, iaitu doa anak anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat. Tapi amal dari orang lain sampai juga pada kita iaitu bekas amal atau kesan amal kita di dunia, akan sampai pada kita. Contoh kita mengajar sesuatu ilmu yang mana kemudian ilmu tersebut diamalkan, kita juga akan dapat beroleh pahalanya. Jadi kita kenalah perbanyakkan berkongsi ilmu yang bermanafaat dan berpesan pesan pada kebaikan. Semoga bermanafaat ya.

Alhamdulillah sejak Nana berpindah ke hospital UiTM, setiap hari dia balik memasak untuk makan malam. Kalau dulu, kami balik dari pejabat terus singgah di kedai untuk makan malam. Tapi kini, boleh dikatakan tiap hari makan di rumah. Bila Nana memasak, saya hanya melihat lihat apa apa yang patut di samping mengajar mana mana yang perlu. Nana memang pandai memasak tetapi memasak memerlukan praktis juga untuk menghasilkan masakan yang sedap dan cantik. Cantik juga perlu bagi menambah selera. Saya dah beberapa kali menyediakan tom yam menggunakan resepi ini. Ini kalau saya ada masa lah. Kalau tidak, saya hanya menggunakan pes tom yam segera. Namun begitu, lebih puas hati jika dapat menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Jom layan resepi yang kami gunakan pada hari ini. Sangat mudah, malahan pes tomyam boleh dibuat banyak banyak dan simpan untuk kegunaan di masa hadapan...






Tom Yam Thai
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.



Bahan Sup Tom Yam:


Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung

Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.




Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.



Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.




Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.
Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment