Responsive Ads Here

Sunday 12 February 2017

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap






Hari ni nak kongsi petikan kuliah Ustaz Najhan iatu apa yang dimaksudkan hamba Allah ialah hamba yang taat pada semua perintah dan larangan Allah. Hari ini manusia jadi hamba pada yang lain. Atau kita hamba pada manusia, pada duit pada pangkat dsb. Manusia bebas dari menjadi hamba lain hanya dengan Islam sahaja. Apa dia sebenarnya hakikat seorang hamba Allah. Imam Ghazali menyebut ada 3 ciri orang yang menjadi hamba pada Allah ialah:

1. Orang yang jaga hukum syariat Allah, jaga suruhan Allah walaupun tak disukai oleh nafsu kita. Jauhi apa yang dilarang Allah walaupun amat disukai oleh nafsu kita. Jaga hak Allah, nescaya Allah akan jaga hak kamu. Hanya Islam yang boleh menyelesaikan segala permasalahan termasuk ekonomi politik dsb. Kalau nak minta pertolongan, mintalah dari Allah. Bukan dengan yang lain. Pergantungan kita pada Allah sahaja. Kalau manusia berhimpun semuanya untuk beri kebaikan pada kamu nescaya mereka tak mampu kecuali Allah mengizinkan. Begitu juga jika seluruh manusia berhimpun untuk beri keburukan pada kamu nescaya mereka tak akan mampu melainkan Allah mengizinkannya.  Letak hak Allah di atas segala hak hidup kita untuk dapat hidup yang berkat. Check apa kata hukum Allah, baru buat. Inilah sifat seorang hamba pada Allah. Islam seimbangkan antara dunia dan akhirat. Masih boleh berkeluarga, masih boleh cari kekayaan. Tak perlu tinggalkan dunia. Semua yang kita dapat di dunia akan dibawa ke akhirat jika kita ikut peraturan Islam. Luasnya akhirat berbanding dengan dunia. Target semuanya pada akhirat, nescaya semua urusan dunia akan menjadi betul dan akan menjurus pada akhirat. Kita akan jadi berhati hati di atas dunia. Kita tak akan lakukan kejahatan kerana tahu ianya tidak akan terlepas di akhirat. 

2. Redha dengan qada dan qadar dan pembahagian serta ketetapan Allah. Rahsia Allah yang maha Mengetahui kenapa seorang dapat rezeki berbeza, pangkat berbeza. Semuanya dalam pengetahuan Allah yang bijaksana. Rupanya ada kebaikan disebalik susah iaitu untuk dapat pahala kebaikan sabar yang lebih dari pahala kekayaan. Pandang orang yang kurang dari kita, baru kita rasa besarnya nikmat Allah. Kena bersyukur atas nikmat Allah dan redha dengan ujian Allah atas kita. Bukan bermakna kita tidak harus berusaha tetapi bila datang keputusan Allah, kita terima. Jangan putus asa. Jangan give up dengan kezaliman pemerintah. Inilah sifat seorang hamba Allah. 

3. Cari keredhaan Allah walaupun terpaksa meninggalkan keredhaan diri sendiri. Cari hanya keredhaan Allah. Urusan manusia, Allah yang akan jaga. Kita tak mampu menjaga manusia walaupun anak kita sendiri. Kita tak boleh jaga hati anak kita apa tah lagi manusia lain. Allah akan jaga hati anak kita supaya menjadi orang beriman. Manusia kalau tak tunduk pada Allah, akan tunduk pada benda lain seperti dunia atau manusia lain. OK cukup setakat ini dulu pesanan dari Iman Ghazali untuk kita segera amalkan di masa masa yang masih berbaki ini.

Jika sebelum ini saya mencuba masak kicap cara Noor Nabila kakak Neelofa di SINI, hari ini saya nak kongsikan pula masak kicap versi rozisangdewi, kakak ipar Dato Siti Nurhaliza. Yang membezakan ialah dia menggunakan banyak serai yang diketuk. Kalau biasa saya suka menggunakan kulit kayu manis untuk menambah aroma masak kicap saya. Tengok Nota di bahagian bawah sekali. Memasak ni perlukan kita adjust di sana sini mengikut bahan apa yang ada di dapur kita. CUma apa yang perlu diperhatikan ialah ayam mesti dimasak lama dengan api perlahan supaya rasa ayam sebati dengan sos kicap kita.
Saya

Jom layan resepi dan cara penyediaan masak kicap yang mudah dan sedap ini. Jangan takut mencuba sedikit kelainan. Jangan lupa juga melihat video di instagram Azie Kitchen..



Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
1 biji kentang
4 batang serai - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sedikit susu pekat manis
Kicap lemak manis
Kicap pekat
Sos tiram

Bahan Tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland - belah 6
1 biji tomato - belah 6
2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
Cili padi

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan serai hingga wangi.



Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.

Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.

Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.



Nota:
Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.

Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.

Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang  dan buah pelaga.

No comments:

Post a Comment